Friday, April 13, 2012

Rasa Kesian Yang Boleh Melemahkan...


Alhamdulillah, Syukur kerana selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah bermusafir di Johor Bharu selama 3 hari 2 malam melaksanakan tugas melatih pengasuh-pengasuh dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak.

Kenangan menaiki  bas pukul 8.30 malam semalam dari Stesen Bas Larkin mengusik jiwa. Dapat tempat duduk belakang sekali kerana membeli tiket pukul 6.30 petang. Kadang-kadang sukar menjangkakan waktu habis tugasan.

Hujan mula turun  seketika selepas bas bergerak. Hati mula bermonolog... “Sejuk,  penat, mengantuk, badan terasa lemah kerana demam selsema sejak  malam semalam mungkin dok terkena hujan semasa dalam perjalanan ke JB pada petang Khamis.

 " I can easily got into self-pity mood at times" sms saya kepada seorang sahabat..."but think positive and syukur." jawab saya sendiri.

Ya betul, pada usia saya ini kadang-kadang perasaan kesiankan diri mula menular apabila berhadapan situasi begini . Teringat pula kepada pesanan seorang lagi sahabat. Pesannya “ berhati-hatilah supaya tidak selalu terperangkap dengan rasa kesian pada diri sendiri kerana ia boleh melemahkan kita”

Kembali rasa insaf, memuhasabah diri dan kenangan  semasa latihan tadi mengusik jiwa. Bersyukur dapat beramal pada pengasuh-pengasuh yang sangat perlukan ilmu dan bimbingan. Juga pertemuan dengan sahabat-sahabat yang baik hati sepanjang masa di sana...

Wasta3iinu bis sabri was solaah ..
Dan mohonlah pertolongan (ALLAH) dengan Sabar dan Solat .”

Hati kembali damai, mata terlena dan perjalanan terasa tidak terlalu lama.
Kini saya kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Syukur atas segala kurniaanNya...

Wallhua’lam...
Rosnah Ahmad
Taman Cenderawasih Indah, Kuantan.

No comments: