Sunday, August 27, 2017

Rawatlah Hatimu

Bagaimana kita melihat dunia menggambarkan hati kita
Seringkali kita terluka dan melukai
Kerana dunia yang membelenggu
Kenali dirimu
Rawatlah hatimu
Kerana hati yang damai
Akan bahagia dan membahagiakan
Dengan izinNya...

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#iShine

Thursday, August 24, 2017

Al Kahfi 1-10

Surah Al-Kahf, Verse 1:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;

Surah Al-Kahf, Verse 2:
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

Surah Al-Kahf, Verse 3:
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Surah Al-Kahf, Verse 4:
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak".

Surah Al-Kahf, Verse 5:
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.

Surah Al-Kahf, Verse 6:
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran)

Surah Al-Kahf, Verse 7:
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

Surah Al-Kahf, Verse 8:
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.

Surah Al-Kahf, Verse 9:
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?

Surah Al-Kahf, Verse 10:
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".

Jangan menjerit-jerit

IBU BAPA/GURU, TOLONG JANGAN MENJERIT-JERIT 

Hazhari Ismail

Semasa saya menjalankan placement di salah sebuah sekolah di West Midlands, tugas utama saya sebagai Teacher Assistant (TA) di bawah pantauan supervisor, Mrs. Eve. Disebabkan ini kali pertama saya berhadapan dengan persekitaran yang berbeza dan tidak membesar persekitaran tersebut, maka semua adalah baru bagi saya.

Bahasa, kurikulum, ruang bilik darjah, bahan bantu mengajar, pedagogi guru, management dan sebagainya, semuanya adalah benda baru untu saya sesuaikan diri. Masih mentah.

Saya memerhati Mrs. Eve dari setiap sudut. Lagaknya sebagai seoarang guru yang berpengalaman, tidak pernah menaikkan suara atau menjerit kepada kanak-kanak. Penuh santun. Mata saya kadangkala terjegil keluar jika ada kanak-kanak yang tidak mendengar kata atau terlalu bising. Tetapi, tidak bagi Mrs. Eve. Setiap anak diberikan perhatian, dan mendengar kata. Pantas matanya melilau menjaga jika ada si kecil perlukan bantuan.

Ketika ada si kecil memanjat kerusi dan melompat, tidak pula dijerkahnya.
Satu kelas bising dan menjerit, tidak pula dibalas jeritan untuk mendiamkan mereka.
Kanak-kanak bergaduh berebut warna, dileraikan mereka dengan penuh keibuan.
Tiada langsung jeritan, tengkingan mahupun bebelan yang menyakitkan.
Langsung tiada.

Katanya,
“Yelling (menjerit) kepada kanak-kanak sama buruk dengan spanking (memukul) kepada mereka. Malah lebih teruk.” Aku mengangguk tanda setuju.

Masyarakat terlalu taksub dengan penderaan secara fizikal tetapi terlupa penderaan emosi. Lebih teruk, penderaan emosi mampu memberikan kesan jangka masa yang panjang sehingga dewasa berbanding fizikal. Ia jatuh di dalam kategori ‘Harsh Verbal Discipline’ yang sama kesannya jika menyumpah atau memberi kata-kata kesat kepada kanak-kanak. Menurut kajian dari Pittsburgh dan Michigan*, kanak-kanak yang kerap di jerit (yelling) pada waktu kecil, akan meningkatkan masalah behavior ketika dewasa.

Kajian pada tahun 2013, nearly average 90% ibu bapa akan yelled, menjerit, menyumpah, mencarut (yang sama dengannya) kepada anak-anak seawal usia 6 tahun.

Menurut Amy Morin, psyikoterapi yang muncul di dalam TEDx Talk yang mengkaji tentang mental manusia katanya yelling merupakan salah satu strategi yang tidak efektif untuk mendisiplinkan kanak-kanak, malah menerukkan lagi keadaan. Sebabnya?

- Penyebab masalah behavior yang lagi teruk. Ia akan menjadikan perpetuating cycle, maksudnya lagi banyak kita jerit, lagi rebel kanak-kanak. Lagi tidak mendengar kata.

- Tak alah (desentized) dengan volum suara. Kali pertama ibu bapa/guru yelling adalah untuk memberi perhatian. Tapi jika ‘nasihat’ yang selepas-selepas itu pun dalam keadaan menjerit, maka kanak-kanak sudah lali dan tidak sensitive dengan teguran tersebut.

- Ibu bapa makin frust. Sebab kanak-kanak sudah biasa dengan keadaan yelling, mereka tidak akan berubah. Kita yang dewasa ini yang rasa penat.

- Mereka belajar secara tidak sengaja yelling ini adalah pendekatan yang baik. Ibu bapa memberi role model kepada mereka. Jangan marah jika kanak-kanak yelling balik kepada kita ya.

- Yelling adalah bukan satu bentuk mengajar. Sepatutnya, jika kita melihat kanak-kanak membuat salah, kita harus memberi suggestion dan option apa yang betul. Bukan tinggalkan dalam terpinga-pinga.

- Ia menunjukkan ibu bapa hilang control untuk kanak-kanak. Kanak-kanak ini kadangkala nak perhatian dan nak test reaksi ibu bapa. Jika kita hilang kawalan, macam mana kita nak didi mereka.

- Alternatif lain selain yelling adalah negative reinforcement. Iaitu ambil keistimewaan yang kita berikan kepada mereka untuk pastikan mereka berkelakuan baik. Contoh, rampas mainan sampai dia dengar cakap, dan beri mainan semula kepada mereka.

Saya tahu, sebagai ibu bapa dan guru, kita sedaya upaya untuk tidak meninggikan suara. Tetapi terlepas juga. Jadikan habit, lama-lama sudah biasa. Jangan tak cuba langsung ya.  

Bila saya observe student praktikal dan mendengar guru kelas sebelah menjerit-jerit kepada anak murid kelasnya, saya teringat Mrs. Eve bagaimana beliau memberi dimensi baru kepada saya dalam mendidik kanak-kanak secara hikmah.

Saya juga pernah buat silap dulu, tapi tidak terlambat nak betulkan balik. Kan?

*“Longitudinal Links Between Fathers’ and Mothers’ Harsh Verbal Discipline and Adolescents’ Conduct Problems and Depressive Symptoms,”

Monday, August 21, 2017

Bertindak Dalam Sedar

Assalamualaikum shbt yg dirahmati Allah..salam bahagia🌾☘

Mohonlah petunjukNya
Buatlah pilihan
Pilihan menjadi tindakan
Tindakan yang berterusan menjadi kebiasaan
Kebiasaan yang konsisten menjadi karektor

Bertindaklah dalam SEDAR
Pilihlah jalan taqwa
Agar kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung
Dan orang-orang yang mendapat kemenangan yang besar

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Sunday, August 20, 2017

Tips Ketika Menghadapi Masalah

Copy paste

Tips Ketika Menghadapi Masalah

1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.

2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.

3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.

Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.

4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.

Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai 'tambahan' selepas solat fardhu melainkan bangun malam.

Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.

5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.

6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka.  "Ya Allah, saya ada itu dan ini.."

Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.

7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, "Innalillahi wa innalillahi rojiun".

Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Redha.

8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,

"Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas."

"Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah."

SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,

"Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba'aadi innaka anta alwahhab."

" Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."

Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.

Contoh, "Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain."

"Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah."

9. Sentiasa zikir "La haula quwwata billah". Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.

10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.

11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.

12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.

13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, "Hidup ini untuk menyelesaikan ujian." Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan 'ujian'.

Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.

14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, "Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah."

15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.

Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.

Semoga membantu. Silakan share.

Kredit: Surya Sufie

You Shine

What makes you
What breaks you
Reach in
Find peace within
Search your soul
Make it whole
You are enough
You shine!

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

TAKUT ANAK BOSAN

TAKUT ANAK BOSAN

Masa makan bagi gadget, takut anak bosan.
Masa menunggu ayah balik rumah, buka tv takut anak bosan.
Masa memasak bagi gadget, takut anak bosan sorang-sorang.
Masa nak pergi tandas bagi gadget, takut anak kacau dalam tandas.
Masa tak tahu nak buat apa sebab tak ada aktiviti, buka tv takut anak bosan.

Kenapa takut? Tak perlu takut pun anak bosan sebab perasaan bosan itu bagus. Bila bosan, komponen imaginasi dan kreativiti yang penting untuk perkembangan otak akan berkembang pesat dan laju umpama LRT. Jangan terkejut kalau saya kata otak anak bawah 3 tahun sangat-sangat laju, mereka sangat sibuk sebab dalam 1 masa dalam kepala ada 10 checklist yang perku diselesainya. Mereka tak sempat bosan pun melainkan bila dah betul-betul penat. Kalau tak percaya cuba perhatikan tanda-tanda di bawah:

1. Bila pegang 1 barang, nampak barang lain terus campak barang yang dipegang sebab tak sempat nak fikir letak barang baik-baik dibawah.
2. Bila dah excited nak pergi ke sesuatu tempat, tiba-tiba nampak mainan di lantai terus kutip lepas itu terlupa nak pergi tempat yang sepatutnya.
3. Pantang nampak benda tersusun, rasa rimas dan geram nak sepahkan. Selagi semua barang tersembunyi dan tak berada di depan mata selagi itu anak "stress".
4. Selagi tak betul-betul sepah satu rumah selagi itu rasa tak puas. Sebab kepala anak "serabut" fikir ada apa di sebalik almari atau kabinet.
5. Kalau pergi shopping mall rasa macam baru keluar penjara bebas sebebas-bebasnya, nak lari sana sini tak tentu arah sebab terlalu banyak tempat nak disepahkan dan buat "inspection".
6. Bila di kedai baju, semua baju nak sentuh macam makcik bedah. Bila dapat sentuh, rasa macam baru menang kereta.

Situasi anak ini sama sahaja macam orang dewasa, itu yang  kadang-kadang bila terlalu sibuk makan pun terlupa. Betul tak? 😅

Jadi, masa fasa ini mereka tak ada istilah BOSAN. Kita tak perlu arah buat apa-apa atau sediakan aktiviti pun mereka dah tahu apa yang nak dibuat melainkan memang tak ada benda nak dikejar atau memang dah biasa disuap dengan gadget setiap kali waktu lapang.

Kesannya, anak dah mindset
Perasaan bosan ---> Gadget/tv ---> Tenang

Setiap kali kita happy, ada beberapa hormon yang dikeluarkan tapi yang paling popular adalah hormon dopamine, endorphins, oxytoxin dan serotonin. Bila kita selalu bagi gadget sebagai "ubat penenang" untuk anak, anak akan terkeliru dan belajar hanya gadget sahaja yang akan menenangkan mereka.

Mak ayah perlu semat dalam kepala:

Bermain adalah fitrah mereka.
Bermain bukanlah suatu tanda masalah tingkah laku.
Sebab bermain adalah PEKERJAAN mereka.

Anak memang perlu bersepah untuk belajar sesuatu. Rumah bersepah itu normal untuk sesiapa yang ada anak bawah 3 tahun. Tadika atau taska yang bersepah itu normal, tadika atau taska yang kemas itu tak normal ya. 🙈

Macam mana komponen imaginasi dan kreativiti nak develop dengan baik jika mereka tak sempat untuk bosan. Bila sel sel otak baru nak berhubung, mak ayah dah sumbat penglihatan dan pendengaran anak dengan gadget atau tv. Bila otak baru nak meliar fikir benda yang nak dibuat dan direka, ataupun baru nak berangan jadi Ultraman mak ayah dah bagi mainan yang mereka perlu main sebab tak nak mereka bising main lawan sorang-sorang. Macam mana mereka nak menggabungkan rangsangan persekitaran dengan baik kalau dah terbiasa "disuap".

Contohnya,

1. Anak baru nak ambil mangkuk dan sudu konon-konon meniru mak ayah masak di dapur tak jadi bila dah disuap dengan gadget awal-awal.
2. Anak baru nak ambil selimut konon-konon main pondok-pondok bawah selimut dah tak jadi bila mak ayah terus alihkan perhatian dengan tv.
3. Anak baru nak panjat tangga sebab nak belajar dan kenal tinggi rendah, mak ayah dah angkat sambil alihkan perhatian mereka.
4. Anak baru nak cuba pakai pampers di kepala konon-konon pakai topi dah kena marah.
5. Anak baru nak buat bangunan guna cawan dah kena marah.

Di taska atau tadika juga sama. Pada pendapat saya, untuk anak bawah umur 3 tahun mereka PERLU ada free time dimana mereka boleh main sepuas-puasnya tanpa ada "structured play" untuk perkembangan otak yang sihat. Kalau ada "structured play" pun sekadar 30 minit - 1 jam sahaja sehari untuk tujuan skil sosial.

Kalau anak terbiasa disuap, disuap dan disuap. Nampak macam baik dan bagus bila mendengar arahan atau mendengar kata. Tapi yang tak bagus bila yang salah pun di ikut tanpa fikir implikasi, orang kata A ikut, orang kata B pun ikut macam lalang tak ada fikir panjang ataupun membuat kajian tentang sesuatu benda. Itu yang banyak kes viral benda tak betul, sebab dah terbiasa "dengar-dengar". 😝

Kalau nak jadi mak ayah yang baik, kita kena letakkan diri kita seperti anak. Baru kita faham betapa "struggle"nya anak dalam proses perkembangan diri. Macam proses nak berjalan,  bangun jatuh, bangun jatuh, jatuh terhantuk meja pun anak tetap tak putus asa. Cuba lagi- dan cuba.

Sama juga dengan perkembangan yang lain, tak perlu terlalu alihkan perhatian mereka selagi apa yang dilakukan tak memudaratkan. Tips saya:

1. Anak berlakon jadi Ultraman, mak ayah juga perlu berlakon juga.
2. Anak buat tower guna cawan, mak ayah join sekali buat.
3. Anak pegang botol jadi mike, mak ayah join sekali menyanyi.
4. Anak main masak-masak guna bekas plastik di dapur, mak ayah join masak sekali.

Anak cakap sorang-sorang atau berlakon bukan sebab gila ya. Tapi ini dipanggil "Imaginary play", salah satu tahap perkembangan bermain anak jadi tak perlu risau. 🤣😂🤣

InsyaAllah kalau ada masa, saya cuba kongsi tahap perkembangan bermain pula sebab nanti jadi panjang sangat. 🤔

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua follower saya yang banyak menyokong penulisan santai saya tentang isu parenting dari perspektif occupational therapy carakerja. Saya izinkan untuk share, like dan tag pasangan. 😘

Semoga semua anak-anak kita membesar dengan baik. Amin 😍

Sekian, terima kasih, semoga bermanfaat.

Maryam Jamadi
Occupational Therapist
Founder Beyond Home Therapy