Kita selalu fikir, ibu bapa dan guru yang hebat itu yang paling banyak ilmu. Yang hafal banyak teori, yang ada duit dan rumah tangga yang sempurna
Tapi hakikatnya, bukan itu.
*Ibu bapa dan guru yang hebat adalah yang ISTIQAMAH.*
Istiqamah dalam 4 perkara:
*1. Menambah Ilmu*
Dia sedar, ilmu parenting & ilmu mendidik tak pernah habis. Hari ini anak lain, zaman lain. Dia tak malu belajar lagi. Dia buka buku, dengar ceramah, pergi kelas. Walaupun penat, dia tetap mahu tambah ilmu.
*2. Refleksi Diri*
Ini paling berat. Dia berani tanya diri sendiri, "Di mana aku silap hari ni?" Bukan cepat salahkan anak murid atau anak di rumah. Dia cari masa setiap hari untuk muhasabah. Adakah aku sudah jadi contoh yang baik?
*3. Membaiki Amal*
Bila dah refleksi, dia terus baiki. Bukan sekadar tahu. Dia ubah cara dia bercakap, cara dia marah, cara dia sayang. Sedikit-sedikit, tapi konsisten. Amal yang sedikit tapi istiqamah, lebih Allah sayang.
*4. Progres Pada Jalan Kebenaran*
Dia tak kejar untuk jadi sempurna esok. Dia kejar progres, 1% lebih baik setiap hari, asalkan di atas jalan yang benar. Jalan yang diredhai Allah.
Sebab tu, jangan sedih kalau kita rasa ilmu kita tak banyak. Allah tak pandang banyaknya ilmu kita, tapi Allah pandang istiqamahnya kita.
> Hebat itu bukan siapa paling pandai, tapi siapa paling istiqamah membaiki diri.
Tenang itu adab. Istiqamah itu kekuatan.
🌹Mak Long
#closetoyourheart
_Membangun Adab, Membina Negara_
No comments:
Post a Comment