Anak: Atas mata itu apa ibu?
Ibu: Itu namanya kening
(Anak belajar perkataan baru)
Penerokaan kehidupan yang perlu dirintis dan dikongsi bagi memudahkan perjalanan semua dalam dunia yang sementara ini. Moga usaha kerdil ini memberi manfaat serta dirahmati dan diberkatiNYA.
*Developmentally Appropriate Practice (DAP)* dicetuskan oleh NAEYC (National Association for the Education of Young Children) pada tahun 1998.
DAP menekankan perancangan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
Oleh itu, NAEYC menetapkan 12 Prinsip Asas 'Developmentally Appropriate Practice' sebagai panduan kepada pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
*12 Prinsip Asas DAP*
1.Seluruh aspek perkembangan kanak-kanak adalah penting. Saling berkait antara satu sama lain dan saling mempengaruhi.
2.Perkembangan kanak-kanak adalah mengikut turutan yang tertentu.
3.Setiap kanak-kanak mengikut tahapan dan kadar perkembangan yang berbeza.
4. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh kematangan biologi dan pengalaman.
5. Pengalaman awal sangat memberi kesan kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
6. Proses perkembangan menuju ke arah yang lebih kompleks, terorganisasi dan terinternalisasi.
7. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka memiliki hubungan yang terjamin dan rapat.
8. Perkembangan dan pembelajaran dipengaruhi oleh konteks budaya dan sosial yang pelbagai.
9. Kanak-kanak belajar dengan pelbagai cara
10.Bermain sebagai alat bagi kanak-kanak untuk membantu perkembangan kawalan diri (self-regulation), bahasa, pengetahuan dan kemahiran sosial.
11. Perkembangan anak akan lebih meningkat, jika anak diberikan kesempatan untuk melatih keterampilan yang baru dan meningkatkan keterampilan yang sudah dimiliknya sekarang.
12. Pengalaman kanak-kanak membentuk motivasi dan pendekatan pembelajaran mereka
Less is more
Less work😀 can be more time for yourself and your family
Plan wisely
#YouMatter
Trials
Tribulations
Reflect and learn
Forgive and forget
Progress and prosper
Life...live the moments
And everyone lived happily ever after.
🌱Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!
It begins with merely dreaming away
Then you start to believe in your dream
And it triggers action
Which gives results.
Start and get motivated.
You are enough
You have Greatness within you
You matter!
🌱Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!
Life is a journey. Make it a journey to your true self. Knowing yourself making you content and inline with your true calling...your FITRAH.
Peace is within you. Compose your life. Play the music and lyrics of your life purpose. Because you are unique.You have Greatness within you.
Be YOU!
🌱Rosnah Ahmad
#AwakenTheLeaderInYou
I am good enough.
I have greatness within me.
I lead with compassion
I am happy.
I am grateful.
🌱Rosnah Ahmad
#AwakenTheLeaderInYou
#EmpoweringYou!
Tip Mencipta Kejayaan
Oleh: Mak Long Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com
Kejayàan mampu diraih oleh semua orang yang berusaha insyaaAllah.
Dikongsikan pengalaman berguru dengan AbangAbu Abuayubul Ansari.
Tiga sebab mengapa ramai orang gagal mencapai kejayaan yang diimpikan.
BED.
B-Blame- Menyalahkan macam-macam contoh ekonomi, tempat dan tahap pendidikan.
E-Excuse- Sangat kreatif membela diri dan memberi alasan contoh tiada masa, tiada wang, tiada cukup ilmu dan lain-lain lagi.
D-Denial- Menafikan kerana tak mahu berubah dari zon selesa.
Ayuh. Bangkit dan progres pada jalan kecemerlangan.
Usah Membangau Lagi!
Wallahu'alam.
#AwakenTheLeaderInYou
🎯Gateway2Excellence
Sekadar berkongsi pesanan guru2 kita dalam keghairahan kita menuntut ILMU.
Kerana fitnah ilmu sangat bahaya.
Marilah kita pastikan ilmu itu memberi manfaat kepada diri kita terlebih dahulu.
APAKAH TANDA ILMU ITU BERMANFAAT?
ada banyak, tapi saya yang lemah, mampu kongsi 2 tanda sahaja.
1. MAKIN DEKAT KITA DENGAN ALLAH
Ilmu itu daripada Allah. baik ilmu agama mahupun ilmu dunia (sains, teknologi dsb)
sebab itu ramainya generasi terdahulu yang bukan sahaja pakar dalam ilmu dunia, bahkan seorang yang hebat mengenal pencipta. (ibnu sina, al-khawarizmi, ibnu batutah dll)
justeru, jika ilmu yang kita ada, tapi tidak dapat mengenali kehebatan pencipta, bahkan kita semakin jauh. itu bahaya!
Istighfarlah.
2. MAKIN KENAL DENGAN AIB DIRI KITA
Ilmu yang kita pelajari sepatutnya 'menyuluh' diri kita terlebih dahulu. Mana kekurangan dan aib kita. timbul rasa berdosa lalu segera kita taubat.
Kerana maksud ilmu adalah 'ketibaan makna pada diri'
Tapi jika kita ada ilmu dan gemar mencari kelemahan orang lain, menyuluh salah orang lain. ini musibah.
dengan ilmu, kita merendah2kan orang lain, makin sombong dan angkuh. seolah2 hanya kita yang maha betul. ini fitnah ilmu dan syaitan telah menjadi guru!
justeru, dengan perkongsian ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ilmu yang kita pelajari memberi 'makna' pada diri sendiri. ilmu yang bermanfaat.
Orang baik itu banyak teman, tapi penyeru kebaikan itu banyak musuh. Benarkah?
Ibnu Qudamah pernah ditanya, "Apa bedanya Orang Baik (Shalih) dan Penyeru Kebaikan (Mushlih)?"
Beliau menjawab:
الصالح خيره لنفسه والمصلح خيره لنفسه ولغيره.
Orang baik melakukan kebaikan untuk dirinya, sedangkan penyeru kebaikan mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan untuk orang lain.
الصالح تحبُه الناس. والمصلح تعاديه الناس .
Orang baik dicintai manusia, penyeru kebaikan dimusuhi manusia.
Beliau ditanya lagi oleh muridnya, "Kenapa demikian?"
Jawabnya:
الحبيب المصطفى(صلى الله عليه وسلم) قبل البعثة أحبه قومه لأنه صالح .
Rasulullah sebelum diutus sebagai Rasul, beliau dicintai oleh kaumnya karena beliau adalah orang baik.
ولكن لما بعثه الله تعالى صار مصلحًا فعادوه وقالوا ساحر كذاب مجنون.
Namun ketika Allah ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarinya sebagai Tukang sihir, Pendusta, Gila, dll.
Ibnu Qudamah kemudian menambahkan:
لأن المصلح يصطدم بصخرة
أهواء من يريد أن يصلح من فسادهم .
Karena Penyeru Kebaikan 'menyikat' batu besar nafsu angkara dan memperbaikinya dari kerusakan.
Itulah sebabnya kenapa Luqman al Hakim menasihati anaknya agar BERSABAR ketika melakukan perbaikan, karena dia pasti akan menghadapi permusuhan.
Disebutkan dalam Al Qur'an surat Luqman ayat 17:
يا بني أقم الصلاة وأمر بالمعروف وانهَ عن المنكر واصبر على ما أصابك.
"Lukman berkata: Hai anakku tegakkan shalat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabar lah atas apa yang menimpamu."
Berkata Ahlul Ilmi:
مصلحٌ واحدٌ أحب إلى الله من آلاف الصالحين.
"Satu penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik (yang tidak menyerukan kebaikan)."
Sesungguhnya melalui penyeru kebaikan itulah, Allah menjaga umat ini. Sedang orang baik hanya cukup menjaga dirinya sendiri.
Maka marilah kita berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menjadi penyeru kebaikan.
Dan semoga Allah memberi kita kesabaran dalam perjuangan berat ini. Aamiin... 🤲
When you are emotional you are not rational
Take charge of your emotion
Lead with clarity.
🌱Rosnah Ahmad
#AwakenTheLeaderInYou
Assalamualaikum.Salam keindahan dan kedamaian buat semua☘🌹
Kelmarin
Usah kau biarkan ia mengundang duka
Usah biarkan ia mengungkit lara
Usah biarkan ia menjeruk rasa
Kelmarin
Berdamailah dengan DIA
Berdamailah dengan dirimu
Berdamailah dengan semua...
Kelmarin
Usah kau kesali apa adanya
Biarkan ia berlalu dengan hikmah
Bersyukur dan bersedia berubah
Menjalani hari ini dengan lebih baik.
🌱Mak Long Rosnah Ahmad
☘Anda perlu menyaksikan ilmu itu pada diri sendiri dahulu sebelum mengajar orang lain.
#Tazkirah4Maklong
🍒You must witness yourself doing it before imparting the knowledge to others.
#Reminder4Maklong
Orang kata: Tak payah buang masa dan membazir masak sayur sebab anak tak suka makan sayur.
Saya kata: Sebagai ibu bapa kita perlu peka kepada keperluan pemakanan sihat anak-anak pada setiap peringkat umur.
Pemakanan seimbang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh anak. Ibu bapa perlu kreatif dan konsisten menggalakkan anak memakan makanan yang sihat dan seimbang mengikut keperluan tubuh.
Makanan berkhasiat bermula dengan pemilihan bahan, penyediaan dan proses memasak yang bersih dan betul.
Pilih dan sediakan makanan yang halal dan baik untuk anak-anak dan seisi keluarga.
Surah Al-Baqara, Ayat 168:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Doa dan memasak dengan penuh kasih sayang juga menambah keberkatan rezeki insyaaAllah.
http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-32-himpunan-doa-untuk-anak.html
Wallahu'alam.
🌱Mak Long Rosnah Ahmad
#AwakenTheFamily
#SentuhanBapaBelaianIbu
Assalamualaikum. Salam keindahan dan kedamaian🌻🌹
Andai semalam kau berduka
Hari ini usah bersedih lagi
Andai semalam kau bermasalah
Hari ini usah berdiam lagi
Andai semalam kau membela diri
Hari ini usah membangau lagi!
SEDAR dan bertindaklah
Kerna dirimu mampu berubah
Menuju kecemerlangan bermula SEKARANG.
🌱Mak Long Rosnah Ahmad
#AwakenTheLeaderInYou
#EmpoweringYou!
Lenaku malam ini biarlah berselimut rahmatMu
Mimpiku malam ini biarlah diulit kasihMu
Ya Allah...
Ampuni aku
Ampuni keluarga dan sahabat handaiku
Moga besok masih bercahaya buat kami
Hingga akhiran yang mulia dalam dakapan redhaMu...
Assalamualaikum..
Selamat malam
Damailah walau di mana kau berada...
Nah🌱
Air mata ini bila gugur biarlah kerna takutkanMu
Senyuman ini bila menguntum biarlah dari hati yang dekat denganMu
Ya Allah...
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam buat kami
Dan kurniakan kami akhiran yang baik.
Salam keindahan dan kedamaian🌹.
🌱Mak Long Nah
Indahnya pagi terangnya hari
Damailah puteri cantik jelita
Indahnya hati wajah berseri
Damailah hamba asyik berCinta
Assamualaikum...Salam keindahan dan kedamaian
🌱Nah
Yang kau sangka gelap itu cahaya
Yang kau sangka derita itu nikmat
Yang kau sangka sepi itu indah
Senangkanlah hatimu...
Bersangka baiklah sesama insan
Dan yakinlah dengan rahmat yang Maha Esa.
#SenangkanlahHatimu.
TEPUNG TALAM PANDAN
Puan Ramlah
BAHAGIAN BAWAH:
11/4 cwn tpg beras
3 cwn air daun pndan
1/2 gula pasir
Warna hijau
Sedikit kapur(kalau suka bubuh kalau tak suke tak payah bubuh)
(Kacau dalam kuali)
Ratakan dalam loyang, pastikan sapu minyak dalam loyang.
BAHAGIAN ATAS:
11/4 cwn tpg beras
3 cawan santan
Sedikit garam
(Tidak perlu kacau tuang terus ke atas adunan apabila air kukus mendidih,
KUKUS selama 25 minit.
Selamat mencuba..
Jika semalam jiwamu sepi senangkanlah hatimu
Kerna hari ini kau masih punya keluarga dan teman
Jika semalam jiwamu lara senangkanlah hatimu
Kerna hari ini kau masih punya tempat untuk mengadu
Jika semalam kau menangis senangkanlah hatimu
Kerna hari ini kau masih punya harapan untuk tersenyum...
Assalamualaikum buat semua
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Salam keindahan dan kedamaian...
Nah🌱
#SenangkanlahHatimu
Orang kata : Biarlah budak-budak
Saya kata: Peringkat " budak-budak" lah masa yang paling berkesan untuk mendidik. Tingkah laku anak kecil sebenarnya masih fitrah dan perlu disantuni secara SEDAR ketika ia berlaku.
Contoh: Anak yang bergaduh adalah fitrah kerana mereka perlu dididik bagaimana menangani konflik dan berdamai. Bukan dibiarkan atau dimarahi untuk menghentikan pergaduhan sahaja.
Tingkah laku anak pada setiap tahap adalah fitrah tetapi ia akan menjadi masalah tingkah laku jika tidak disantuni dengan bijak.
Ibu bapa adalah pemimpin dan contoh kepada anak. Ibu bapa yang cemerlang peka pada tahap perkembangan anak dan respon dengan ilmu dan kemahiran serta sentiasa refleksi diri dan memperbaiki amal.
Wallahu'alam.
#SentuhanBapaBelaianIbu
Surah Al-Ankaboot, Verse 69:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Melayu)
via iQuran
Konflik selalu berlaku dalam setiap keluarga dan organisasi. Bagaimana anda melihat dan menangani konflik memberi kesan kepada institusi keluarga atau organisasi-samada semakin baik atau sebaliknya.
Konflik sebenarnya adalah lumrah apabila berlaku sesuatu yang tidak sealiran dengan fitrah diri ahli keluarga atau organisasi. Ia perlu ditangani dengan efektif supaya proses mengurus konflik membawa kepada kebaikan kepada semua terlibat seperti menambahkan kefahaman, mengeratkan perhubungan, meningkatkan toleransi dan produktiviti.
Apa pun pengurusan konflik adalah satu skil perlu ada pada setiap pemimpin.
Pemimpin yang cemerlang sentiasa refleksi diri, mendalami dan respon kepada konflik dengan ilmu serta kemahiran.
Sekian. Wallahu'alam.
Rosnah Ahmad/ Mak Long
#AwakenTheLeaderInYou
#TeknikSedar
Jika semalam kau melakukan kesilapan senangkanlah hatimu
Hari ini peluang untuk kau berubah
Jika semalam kau disakiti senangkanlah hatimu
Hari ini peluang untuk kau memaafkan
Jika semalam kau memusuhi
Hari ini peluang untuk kau kembali berdamai...
Jernihkanlah hatimu
Bahagialah dikau
Di mana jua dikau berada...
Assalamualaikum
Salam keinsafan dan kesyukuran.
Mak Long Nah🌱
Apa jua yang berlaku adalah dengan izinNya dan terbaik untuk semua...
#SenangkanlahHatimu
Leaders made decision.Leaders take action.
Leaders are responsible.
Leaders gain.
#AwakenTheLeaderInYou
Setiap detik itu ujian.Setiap detik itu pilihan.Setiap detik itu pilihan sendiri.Pilihlah dengan S.E.D.A.R.
#AwakenTheLeaderInYou
Take charge.
Take action.
Be responsible.
Leaders get ready for opportunies and execute with integrity
#AwakenTheLeaderInYou
Kita diilhamkan 2 jalan- Taqwa vs Fasik. PILIHlah dengan keSEDARan yang tinggi dan setiap pilihan adalah amanah dan tanggungjawab.
#AwakenTheLeaderInYou
#TeknikSedar
Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya :
"Jika kau ingin merosak sebuah keluarga, rosaklah dulu ibunya!!"
Beri ia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.
Jika ia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.
Biarkan ia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah ia tidak memiliki apapun, selain lelah yang didapatnya.
Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah ia menjadi orang yang tidak percaya diri.
Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain dan buatlah ia lupa akan kebaikan yang ia miliki.
Buatlah ia merasa rendah diri dan merasa tidak berharga.
Jika itu sudah terjadi, ambilah juga sabarnya.
Gaduhkan hatinya agar ia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya, buatlah ia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan dari anaknya, dari suaminya.
Goda lisannya untuk berkata kasar, hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura su
Syurga dalam rumah.
Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak dari pintu seorang IBU.
SEKALI LAGI, MAKHLUK PENTING ITU ADALAH IBU.
Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan.
Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.
Jangan biarkan syaitan mengambil itu,
Jika kau lelah, rehatlah.
Jika kau lelah, berbagilah.
Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.
Ringankan tugasmu , jangan menekan dirimu terlalu keras.
Sesekali tidak bermasalah rumahmu kotor
Tidak bermasalah juga betapa banyaknya pekerjaan yang belum engkau tuntaskan.
Jangan terjebak dalam waktu,
sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang dilakukan setiap harinya.
Rehatlah...
Jika pun tak mungkin dapat melancong jarak puluhan kilometer untuk segarkan diri.
Sekadar menepi, menepilah...
Beri waktu untuk dirimu sendiri.
Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya, betapa manisnya keceriaan anak-anakmu, betapa bertanggungjawabnya suamimu.
Rasakan pelukannya, ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.
Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.
Tapi saat mendengar masalah orang lain, kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.
Jika kita melihat peranan ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.
Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin, kita tidak akan menemukan intinya.
Rewardlah diri kamu ibu.
sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.
Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU.
dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga.
Selamat beraktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.
Selalu ada BAHAGIA di segala situasi
Ibu wajib bahagia.💖
Eina Tholhah
30 November 2017
Diizinkan Share dan kongsilah agar kita semua mendapat manfaat.
Sekiranya memahami, taipkan Alhamdulillah.
#SelfReminder
#keluarga9