Wednesday, September 27, 2017

Nakhoda

Assalamualaikum...salam kejayaan dan kedamaian buat semua🌾🌴

Jika lautan tidak diharungi
Tidaklah dia dinamakan nakhoda
Jika perjuangan tidak ditempuhi
Tidaklah dia dinamakan pejuang
Jika hamba tidak diuji
Tidaklah dia dinamakan beriman

Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!

Thursday, September 21, 2017

Hijrah

You can dream so big
But HE has a bigger plan for you
Trust HIM
Let go and surrender
HIJRAH
In HIS name
The All Knowing
The Opener
The Giver
The Granter of success
Allah
The Almighty.

Salam Maal Hijrah

Rosnah Ahmad🌾
#EmpoweringYou!

Sunday, September 17, 2017

Main

Wahai ibu
Wahai ayah
Wahai guru
Wahai pemimpin kami
Kembalikan fitrah kami
Galakkan kami bermain...

Kami...
Anak-anakmu
Santunilah fitrah kami
Tentu damai jiwa kami.

Mak Long
#SantuniFitrah


Saturday, September 16, 2017

Anak

Anak
Anak aku
Anak kau
Anak kita
Generasi kita
Amanah kita...

Anak
Yang menjadi
Yang punah
Itu anak-anak kita...

Anak
Lahirnya fitrah
Sebaik-baik kejadian
Umpama kain putih
Yang mancoraknya...
KITA.

Rosnah Ahmad
#SantuniFitrah

Damai Yang Ku Temui

Execute Your Dreams

You have dreams
Make it happen
Do not fear
Do not procrastinate
Execute with TRUST
To Al- Fattah
The Opener
The Revealer
The Granter of Success.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!

Wednesday, September 6, 2017

Mentor dan Coach Anak

Dr fb Tuan Jamil Wahab
Bagaimana Ibu dan Ayah boleh menjadi Mentor dan Coach kepada anak?

1) Tanya apa yang anak mahu capai - matlamat. (Heart setting)

2) Mereka masih belum ada matlamat? Bantu mereka bentuk matlamat menggunakan kelebihan mereka. Lebih bagus, guna SESIKU mereka. ( nak tahu tentang SESIKU, kena belajar dengan Coach Ejul Lutfi)

3) Sudah ada matlamat? Tanya bagaimana mereka mahu capai dengan usaha mereka sendiri.

4) Tanya juga bantuan yang mereka perlukan daripada Ibu Bapa.

5) Pastikan mereka ingat untuk mohon bantuan Utama daripada Tuhan. DOA.

6) Nyatakan secara bertulis bantuan yang ibu bapa boleh bagi kepada anak selaras dengan permintaan mereka.

7) Usahakan agar proses mencapai matlamat itu ada peringkat-peringkatnya. Ini memudahkan untuk meraikan proses yang telah dilaksanakan.

Semua di atas mesti bertulis.

Contoh:

Anak mahu capai A dalam subjek matematik.

- Berapa markahnya? 100

- Sekarang ni berapa markahnya? 70

- Bila mahu capai 100? Periksa akhir tahun pada bulan 10

- Berapa lama masa yang ada? 6 minggu

- Berapa peringkat yang ada? 3 peringkat, 1 peringkat = 2 minggu.

- Berapa markah untuk setiap peringkat?
1 = 80
2 = 90
3 = 100

- Apa yang mahu dibuat?
Jadual waktu khas belajar matematik, buat latih tubi matematik

- Bantuan apa yang diharapkan?
Ibu dan Ayah tak tonton tv masa waktu study.
Mak buatkan air Smile-Lo penuh kasih sayang.

*jika anak tak tahu nak jawab, permudahkan soalannya.

**jika anak masih tak tahu nak jawab, maka bantulah mereka.

***Yang PENTING, DENGAR dahulu jawapan mereka.
.
.

Semoga penulisan ini memberi idea untuk dikreatifkan lagi oleh Ayahanda dan Bonda yang dihormati lagi disayangi. 😉

Salam Coaching untuk semua.
😍😍😍

Tuesday, September 5, 2017

Leaders

Leaders are made
Leaders work on themselves
Leaders lead with love
Leaders give without fear
Leaders empower with faith
Leaders invest in people
Leaders produce more leaders not followers.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Monday, September 4, 2017

Diam dan Ego

Orang kata: Diam itu baik.
Saya kata: Ada kala diam itu adalah cara seseorang mengelak atau membela diri kerana takut dikritik, takut salah atau takut konflik. Ianya juga ego kerana "play safe" dan ingin dilihat baik oleh orang lain...

Wallahu'alam.

Rosnah Ahmad
#OrangKataSayaKata

Sunday, September 3, 2017

Sahabat Syurgaku

Assalamualaikum sahabat syurgaku..salam pengorbanan

Cnp

*❤SAHABAT SURGA KU❤*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.*

*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

*Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,*

*ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*

*menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah*

*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.*

*Kuteringat satu kata-kata;* 

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."*

*Saidina Umar Al-Khattab*

*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*

*Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.*

*Buang segala sifat tercela di hati.*
*Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*

*_InsyaAllah_*

Saturday, September 2, 2017

Berkorban untuk DIA

Seringkali terjadi konflik
Dalam diri dan dengan orang lain
Hingga terluka dan menjejaskan hubungan
Kerana tidak menerima apa yang berlaku
Kerana hasrat diri yang tidak kesampaian
Kerana dunia yang membelenggu
Yang mengotori jiwa...

Kita yang merancang DIA yang menentukan
Berdamailah dengan takdir
Berdamailah dengan diri
Berdamailah dengan orang lain
Demi menundukkan ego
Demi menghapuskan dosa
Demi menjernihkan hati
Demi memperbaiki hubungan...

Demi masa yang berbaki
Demi CINTA
Berkorbanlah
Untuk DIA...

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#iShine

Tarbiah Guru Sufi

Assalamualaikum..salam bahagia🌾

Copy paste

TARBIAH GURU SUFI

Seorang murid berbincang dengan seorang Guru Sufi :
"Guru, saya tidak mahu ikut pengajian ini lagi"

"Apa alasannya?", tanya Sang Guru Sufi.

"Saya lihat di pengajian ini perempuannya suka bergosip, laki-lakinya munafik, pengurusnya cara hidupnya tidak benar, jama'ahnya sibuk dengan dunianya, dsb"

"Baiklah. Tapi sebelum kau pergi, tolong lakukan sesuatu untukku. Ambil segelas penuh air dan berjalanlah mengelilingi dalam masjid ini tanpa menumpahkan setitis air sekalipun ke lantai. Setelah itu engkau boleh meninggalkan masjid ini seperti keinginanmu."

"Itu mudah sekali!"

Diapun melakukan apa yang dimintakan Sang Guru Sufi, sementara pengajian sedang berlangsung.

Setelah selesai, dia berkata kepada Sang Guru Sufi bahwa dia siap untuk pergi.

"Sebelum kau pergi, ada satu pertanyaan. Ketika kau tadi berjalan keliling dalam masjid, apa engkau mendengar orang bergosip, melihat orang munafik, melihat orang sibuk dengan dunianya ?"

"Tidak."

"Engkau tahu mengapa?"

"Tidak."

"Kerana enSEBARus pada gelasmu, memastikan tidak tersandung dan tidak ada air yang tumpah."

Begitupun dengan kehidupan kita. Ketika kita mengarahkan pandangan kita kepada Nur Allah yang kita imani, maka :

• Kita tidak akan punya waktu untuk melihat kesalahan orang lain

• Kita tidak akan punya waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.

• Kita tidak akan punya waktu untuk bergosip ria dengan orang lain

• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita menggapai Nur-Nya

Direndahkan tidak mungkin jadi sampah, disanjung tidak mungkin jadi rembulan.

Maka jangan risaukan omongan orang, sebab setiap orang membacamu dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeda.

Teruslah melangkah selama engkau di jalan yang benar, meski terkadang kebaikan tidak selalu dihargai.

Tidak usah sibuk menjelaskan tentang dirimu, sebab yang menyukaimu tidak perlu itu dan yang membencimu tidak percaya itu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik.

Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam, tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan.

Jangan mengeluh, teruslah berdoa dan ikhtiar. Sibukkan diri dalam kebaikan hingga keburukan lelah mengikutimu.

Semoga menjadi iktibar utk diri kita kearah yg lbih baik dan bermanfaat.

Friday, September 1, 2017

Sahabat Jannahku

Wahai Sahabat Jannahku
Damailah dengan takdirNya
Usah bersedih
Kerana hakikat hidup
Yang menguji...

Wahai Sahabat Jannahku
Usah berputus asa dengan rahmatNya
Mohonlah petunjukNya
Bersabar dalam apa jua
Redha dengan yang sedikit
Bahagia dan membahagiakan dalam ketidak sempunaan...

Wahai Sahabat Jannahku
Sesungguhnya kita selalu dalam kerugian
Ayuh kita berganding bahu
Bersatu hati
Memacu kekuatan bersama
Beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran
Dalam iman dan sebenar-benar taqwa
Agar kita tergolong orang-orang yang mendapat keampunanNya
Orang-orang yang beruntung
Dan orang-orang yang mendapat kemenangan yang besar...

Wahai Sahabat Jannahku
Moga subur ukhwah kita
Hingga berlabuh di Syurga Firdausi.

Nah🌾

Bahasa cinta

Bahasa cinta lelaki...
Melindungi
Memberi nafkah
Bahasa cinta wanita...
Memelihara
Berkongsi rasa

Fahami bahasa cinta pasangan
Berasa nyaman dengannya
Suburkan kasih sayang dan rahmah
Hidup penuh keberkatan
Dalam keluarga sakeenah
Nikmat kebahagiaan di dunia
Hingga ke syurga firdausi...

Rosnah Ahmad/Mak Long🌾
#PerkasakanInstitusiKeluarga
#iShineuShine

Pantun Pengorbanan

Generasi baru pengukuh semangat
Menuai laba menghasilkan nikmat
Hidup berbakti bermandi keringat
Buru keberkatan dalam rahmat

Ibarat berjalan tidak berkasut
Perit mengembara di usia surut
Ibarat berbakti tidak merungut
Pengorbanan hamba dosa dilurut

Takkan capai restu bersatu
Allah tak diingat diseru tiada
Usaha dipacu ummah dibantu
Damai jiwa bersama Yang ADA

Mak Long🌾