Wednesday, January 6, 2010

TIP KEIBUBAPAAN 42: ANAK PINTAR

Salam,

Kembali menemui pembaca. Moga semua berada dalam lembayung rahmatNya.

Anak-anak kembali ke sekolah. Syukur. Bermula kembali sesi persekolahan. Bagi saya ini bermakna anak-anak kembali kepada rutin harian yang lebih terurus.

Minggu persekolahan mengingatkan saya kepada peristiwa 9 tahun lepas ketika saya mula-mula mengajar sementara di sebuah tadika swasta kerana ingin menimba pengalaman.

Seperti biasa minggu pertama agak sibuk dengan kerenah anak-anak dan pendaftaran. Saya mengendalikan kelas 6 tahun.

Pada hari kedua, saya memberi sehelai kertas putih dengan lakaran gambar rumah untuk di warnai oleh anak-anak. Ia bertujuan mengenalpasti tahap kemahiran jari mereka.

Belumpun bermula seorang anak perempuan bernama Hanan menghampiri saya dan berkata. ”Cikgu, saya dah siap” ujarnya dengan yakin sambil menghulurkan kertas yang diberikan tadi.

” Oh! ya ke” kata saya. ” Tapi rumah ni belum di warnakan lagi”.

” Cikgu, rumah ni warnanya putih”.

” Ok” kata saya. ”Bagaimana dengan atapnya”.

” Warna putih juga. Semua rumah tu putih”

” Pintar budak ni” bisik hati saya.

” Ok tak apa. Bagus. Terima kasih Hanan. Hanan boleh duduk tapi jangan ganggu orang lain ye.” pesan saya kepada Hanan.

Hanan akur dan duduk. Tampak tenang dan gembira. Saya rasa mungkin dia gembira kerana saya menerima hasil kerjanya.

Saya tahu saya mesti menerima pendapat Hanan dan menghargai kreativiti hasil kerjanya.

Begitulah kanak-kanak. Hanan menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak pintar. Pendapat mereka sukar diramal dan bernas. Dan tekaan saya tepat. Kebetulan Hanan anak seorang kenalan saya. Dia terus menunjukkan ciri-ciri anak pintar mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan tahun ini akan menduduki PMR.

Mungkin saya boleh berkongsi lagi berkaitan ciri-ciri anak pintar. Moga Allah mudahkan usaha sya untuk terus menulis setelah hampir dua tahun tidak begitu aktif menulis.

Setiap hari ada sahaja perkara baru yang saya pelajari dari anak-anak dan sebenarnya banyak perkara yang saya boleh kongsikan.

Hidup lebih bermakna dengan anak-anak di sekeliling kita.

Terima kasih kepada semua anak-anak yang telah mewarnai hidup saya selama ini.

Sekian. Wallhua'lam

3 comments:

sale! sale! sale! said...

Salam, saya ingin bertanyakan pendapat, memgapa anak menipu & pandai mereka cerita. Ini berlaku kepada sy. Anak sy yg sulung baru melangkah ke darjah 1. Saya bekalkan dia makanan & wang saku . Sy mengajarnya utk menabung. Selalunya anak sy tak gunakan duit itu untuk membeli, dia akan simpan ke dlm tabung. pd satu hari anak sy beli (dlm van sekolah ada jual keropok) & duit habis, dia menangis takut sy marah, sy tak marah klu dia guna duit tu. Tapi yg sy hairan mcmmana dia pandai reka cerita macam2.Dia tak naik van 2 lagilah sebab driver van 2 sentuh tangan dia. Siasat punya siasat , rupanya org van 2 pulangkan balik wang pada dia sebab 2 lah tersentuh tangan dia (dia menangis tak henti, so that guy kasi balik duit 2 pd dia). Untuk pengetahun puan Anak sy tak pernah buat hal & sangat menurut kata. Sy selalu beri positif msg to her. Tak pernah sy lafas benda-benda tak baik. Kalau dia buat salah pun sy akan cakap, salah tu perlu untuk memperbaiki prestasi. Tapi yg sy kecewa dia tak bercakap benar. Ini yg pertama dia tak cakap perkara yg benar. terima kasih

Rosnah Ahmad said...

Salam,

Maaf saya terlepas pandang comment ni...jangan bersedih...
Kanak-kanak menipu kadang-kadang sebagai helah membela diri..dalam hal ini mungkin kerana rasa bersalah...

Tak mengapa ini adalah peluang untuk anak belajar...cuba berbual dan selitkan moral bahawa membela diri itu tidak bagus...berkata benar adalah sifat mulia...kaitkan cerita2 sirah dan moral yang baik...InsyaAllah anak akan faham dan tidak mengulangi malah ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna...

Waastataghfirullah
Wallahu'alam....

Kak Rosnah..

sale! sale! sale! said...

As Salam,

Terima kasih dengan jawapan Kak Rosnah