Monday, July 5, 2021

TIPS MENULIS KESYUKURAN-PERKONGSIAAN CIK SAB



Malam semalam Mak Long berpeluang mendengar perkongsian dari Cik Sab tentang bagaimana menulis kesyukuran setiap hari dan adab berdoa.

Ada 3 perkara yang perlu disyukuri:

1. Nikmat
2. Pencapaian/achievement
3. Kebahagiaan/happiness

Kebiasaan Cik Sab mulakan menulis jurnal kesyukuran awal pagi setelah solat tahajud dengan mengucapkan syukur tentang segala nikmat dan pencapaian yang diperolehi.

Adab berdoa perlu didahului dengan meminta ampun dengan istighfar dan bertaubat. Kemudian barulah berdoa dengan menyebut 99 nama-nama Allah dan memilih nama Allah yang berkaitan dengan hajat.

Contoh, Ya Allah Ya Bariq Ya Razzaq kurniakan rezki yang berkat untuk aku dan keluargaku hari ini iaitu...(meminta apa yang hendak di capai hari ini)

Surah Al-Araf,  Ayat 180:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Hanya milik Allah Asmaa-Ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-Ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan v apa yang telah mereka kerjakan.
.
.
Doa perlu disusuli dengan usaha dan tindakan dengan bekerja untuk mencapai apa yang dihajati.

Cik Sab menutup harinya dengan menulis kesyukuran tentang segala pencapaian dan kebahagiaan yang dikecapi pada hari ini sebelum tidur. Apa yang tidak atau belum tercapai juga ditulis sebagai senarai perkara yang di syukuri.
.
.
Nikmat yang Allah karuniakan kepada setiap hamba-Nya tidak terhitung. Mulai dari saat masih di dalam rahim ibu sampai sekarang, nikmat Allah terus mengalir ke dalam kehidupan kita. Anggota badan, udara, kesehatan, makanan, minuman, pakaian dan banyak lagi nikmat yang tidak terhitung.

Surah An-Nahl, Verse 18:

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surat Ibrahim Ayat 7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

 “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’”

Surat Al Qamar Ayat 35

نِّعْمَةً مِّنْ عِندِنَا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِى مَن شَكَرَ

 “sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur,”
.
.
Terima kasih Cik Sab atas perkongsian yang sangat bermakna dan bermanfaat.

Ya Allah Ya Syakuur, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang bersyukur.

"Bukan bahagia yang buatkan kita bersyukur tapi dengan bersyukur buatkan kita bahagia. 
Bersyukur dengan sekecil-kecil win sebab itu yang akan buatkan kita tenang. Insya'Allah ❤️"- Cik Sab

Allahu 'Alam.

🌾Mak Long
#bersyukurlah

Thursday, July 1, 2021

MANFAAT ALAM-MENINGKATKAN KREATIVITI

Mak Long suka "doodling" terutama elemen alam iaitu bunga dan daun. Bahagia.

Kreativiti dan estetika penting untuk setiap insan. Menghargai kecantikan dan berkarya secara kreatif itu menjadikan hidup kita lebih seimbang, insyaAllah. 

Kreativiti mewarnai hidup kita, mententeramkan dan menyamankan. Apa tah lagi kalau berkarya di alam. Indah dan damai sekali.

Apabila rasa tepu atau mengalami "writer's block", Mak Long akan keluar ke alam. Ianya kembali menenangkan, memberi inspirasi dan idea baru.

Terima kasih Allah kerana nikmat alam yang tidak terhingga. 

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang aku dustakan. Alhamdulillah.

Surah Al-Imran, Ayat 191:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

"Creativity is an expression of yourself. Let loose. Create." - Mak Long

Allahu 'Alam.

🌱Mak Long
#NatureConnectedness
rentis.blogspot.com

Monday, June 28, 2021

MANFAAT ALAM-MERAPATKAN HUBUNGAN KEJIRANAN DAN KOMUNITI


Awal 2020 semasa PKP 1.0 ada seorang jiran (chinese) yang Mak long panggil Aunty mula berkebun. Mak Long sering menjengok tanaman dia di belakang rumah. Kecil sahaja kawasan di lorong belakang rumah teres kami. 

Mak Long kagum dengan kegigihan Aunty setiap awal pagi lagi sudah berkebun. Mak Long suka tengok hasilnya. Mulanya Aunty tanam kacang bendi sahaja dan kemudian dia mencadangkan Mak Long untuk tanam kacang bendi juga. Dia mula beri benih kacang bendi dan ajar macamana selok belok menanam. 

Mak Long pun mula tambun tanah di belakang.  Tanam bendi dulu. Kemudian ulam raja, daun kesum. Mak Long libatkan suami dan anak-anak juga. Sikit-sikitlah. Tak boleh paksa, kena galakkan sahaja. Mulakan dulu. Mak Long buat kompos dan tadah air hujan. Semangat gitu. Rasa macam Mak Long dah berusaha untuk "save the earth". 

Minat bertanam semakin mendalam. Mak Long belajar dengan banyak bertanya, Google, tengok Youtube dan "explore". Cuba jaya.

"Fast forward" setahun kemudian. 

Kebun kami semakin luas. Macam-macam sayur dan ulaman kami tanam. Bunga-bunga pun banyak. Kami sering bertukar-tukar tanaman, benih dan berkongsi rezki sesama kami dan dengan jiran-jiran yang lain. Kami turut mengajak jiran-jiran lain bertanam. Terapi alam kami kata.

Minggu lepas Mak Long dan Aunty berpakat untuk membersihkan dan tanam sayur lebih banyak di lorong belakang rumah kami dengan izin jiran-jiran yang lain. 

Selain dapat makan sayur dan ulam-ulam segar, boleh lah ambil angin dan jalan kaki ulang-ulang dari hujung ke hujung lorong. Dapatlah dalam 100 langkah. Kalau 10 pusingan sudah 1000 langkah😊.

Syukur Alhamdulillah. PKP merapatkan hubungan kami sesama jiran.

PKP insyaAllah akan berlalu. Nikmatilah masa dan hargai sesiapa yang ada dekat dengan kita. Dekati juga alam yang memberi keindahan, kedamaian dan kesejahteran.
.
.
"Time in nature is not leisure time; it's an essential investment in our chidlren's health (and also, by the way, in our own)."
Richard Louv, Last Child in the Wood

Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain-Pepatah Melayu

Allahu 'Alam.

🌱Mak Long
#NatureConnectedness

MANFAAT ALAM-MENDAMAIKAN DAN MENYIHATKAN

Sejak Mak Long menanam banyak pokok, bunga dan sayur di halaman rumah, burung-burung, rama-rama, pepatung dan lebah rajin berkunjung. Meriah gitu.

Menjadi rutin Mak long sekarang waktu pagi keluar sarapan bertemankan pepohonan dan siulan burung-burung. Sesekali pepatung, lebah dan rama-rama kelihatan berterbangan. Terasa diri, DIA dan alam bersatu. Damai sekali.

Lepas sarapan, Mak Long akan tengok-tengok pokok, menyapu dan membersihkan laman. Mak Long juga akan dapatkan matahari pagi sambil menunggu bunga Ros Jepun kembang sekitar pukul 10 pagi. Badan rasa segar dan cergas.

Kalau dulu Mak Long mencari alam yang jauh. Balik kampung, pergi pantai, suka ke Janda Baik dan Cameron Highland. Alhamdulillah rasa "recharge" semula dan kemudian pergi lagi.

Sejak PKP, Mak Long menemui sesuatu yang lebih berharga, dekat dan boleh dinikmati setiap hari. Laman di rumah sendiri. Walau pun kecil ianya cukup.

Alam anugerah Allah kepada kita semua. Hargailah dan peliharalah alam untuk kesejahteraan diri kita dan generasi pewaris.

Ya Allah, nikmatMu yang manakah yang aku dustakan. Alhamdulillah.

Surah An-Nur, Ayat 41:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.


Allahu 'Alam.

🌱Mak Long
#NatureConnectedness
rentis.blogspot.com

Friday, February 5, 2021

I am 55 today. Thank you Allah.

Setiap hari mengingatkan Mak Long kepada 

MATI-satu kepastian yang menghampiri.

Mak Long mohon ampun dan maaf atas segala silah dan silap. Terima kasih atas persahabatan yang dibina. 

Semoga kita terus sokong menyokong dan mendoakan dalam usaha kita untuk progres pada jalan kebenaran dan kecemerlangan. Amin Ya Allah Ya Mujib.

I published my new episode I am 55 today. Thank you Allah., please check it out
https://www.podbean.com/ea/pb-nz3uq-f9d914

Lots of Love
🌹Mak Long
6 FEB 2021

Thursday, January 7, 2021

KUMPULAN SOKONGAN KEIBUBAPAAN/PARENTING SUPPORT GROUP @LAMAN MAK LONG

Assalamualaikum. Salam keindahan dan kedamaian.

Mak Long menjemput 20 orang pertama untuk menyertai Kumpulan Sokongan Keibubapaan/Parenting Support Group (untuk ibu bapa/penjaga anak awal usia dan pertengahan) yang akan dikendalikan oleh Mak Long sendiri (Parenting Coach) dan Puan Norhanam Sulong (Kaunselor Berdaftar)

Objektif:

1. Mengumpulkan 20 orang ibu bapa/penjaga yang berminat di fb group Laman Mak Long.

2. Berkongsi pengalaman dan pendapat melalui zoom meeting secara berkala (untuk permulaan 2 minggu sekali).

3. Memberi sokongan berkaitan keibubapaan sesama ahli kumpulan dari semasa ke semasa.

4. Melahirkan ahli kumpulan yang berkemahiran mengenai asas menolong isu-isu keibubapaan dalam komuniti.

🌱Yuran komitmen sebanyak RM10/sebulan/seorang dikenakan bagi tujuan pengurusan dan bantuan sokongan moral kepada ibu bapa/penjaga yang memerlukan (bantuan berbentuk barang keperluan sahaja).

Kepada ibu bapa/penjaga yang berminat untuk menyertai kumpulan sokongan keibubapaan/Parenting Support Group @Laman Mak Long boleh pm Mak Long di nombor 0139308873.

Allahu 'Alam.

🌹Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com
#LamanMakLong
Ibu Bapa Tenang, Anak Cemerlang

Wednesday, January 6, 2021

KATAKAN " TIDAK" KEPADA YANG " TIDAK FITRAH".

Mutakhir ini banyak sekali produk yang mempromosikan hasil yang cepat. Contoh,  cepat membaca, menulis dan mengira.

Apabila hasil yang cepat ditekankan maka prosesnya menjadi tidak fitrah dan menekan emosi kanak-kanak.

Contoh, minat membaca seharusnya dipupuk dahulu. Anak kecil suka mendengar cerita dan suka dibacakan buku cerita. Pupuk minat membaca dengan kebiasaan membacakan buku-buku cerita. Kemudian mereka dengan sendirinya minat untuk belajar membaca dan proses mengajar membaca menjadi lebih mudah berbanding  terus mengajar membaca dengan buku cepat membaca

Juga semuanya berlaku secara holistik dan bersepadu bukan terpisah-pisah.

Contoh, anak minat menconteng, kemudian akan melakar dan melukis. Mereka akan secara natural menulis dengan bimbingan dan kemudian membaca apa yang di tulis.

Proses mendidik menjadi lebih natural, bermakna dan setiap potensi serta kebolehan anak dirangsang. InsyaAllah emosi anak tenang dan ibu bapa/pendidik juga tenang dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) begini.

Kanak-kanak ada masa tersendiri untuk berkembang. Persekitaran yang kondusif dan pedagogi yang sesuai akan melahirkan anak yang cemerlang. 

Kalau semua nak cepat bimbang lahirnya anak yang boleh membaca, menulis dan mengira tetapi emosinya tertekan dan kurang minat untuk belajar. Juga PDP hanya tertumpu di dalam kelas dan tidak memberi makna dalam kehidupan seharian.

Raikan fitrah anak.
Katakan "tidak" kepada yang "tidak fitrah".

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita serta memudahkan dan memberkati usaha kita dalam menyantuni fitrah anak-anak.

Allahu A'lam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#LamanMakLong
Ibu Bapa Tenang, Anak Cemerlang