Sunday, December 7, 2025

OPPRESSIVE SILENCE




Petikan dari buku " Bringing Up Boys" oleh Dr James Dobson

"BONDING" antara ibu dan anak sgt penting. Anak yg kurang bonding terdedah pada stres.

Mary Carlson seorang penyelidik dari Harvard Medical School menjalankan kajian di Rumah anak yatim Romania yang padat dengan bayi yang diabaikan. Staf di rumah anak yatim tersebut terlalu sibuk dan tiada masa untuk memberi sentuhan walaupun semasa bayi diberi susu.

Mary Carlson terkejut dengan keadaan yang senyap iaitu " oppressive silence" di situ.

"Oppressive silence" adalah keadaan apabila anak tidak menangis, meragam atau tidak berbunyi didapati stres hormon yg tinggi dalam darah iaitu hormon cortisol yang merosakkan otak.

Perkembangan anak sangat terjejas sehingga menunjukkan tahap perkembangan separuh dari umur mereka.

Allahu..๐Ÿฅฒ

"Ya Allah, jadikan kami ibu bapa dan orang dewasa yang penyayang terhadap anak-anak dan cucu-cucu kami. Golongkan kami dikalangan orang-orang yang beramal soleh dalam mendidik dan menyantuni generasi pewaris."


ุนู† ุฌุฑูŠุฑ ุจู† ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ู‚ุงู„: ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…:
«ู…َู†ْ ู„َุง ูŠَุฑْุญَู…ِ ุงู„ู†َّุงุณَ ู„َุง ูŠَุฑْุญَู…ْู‡ُ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ».  
[ุตุญูŠุญ] - [ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡] - [ุตุญูŠุญ ู…ุณู„ู…: 2319]

Jarฤซr bin Abdillah -raแธiyallฤhu 'anhu- meriwayatkan, Rasulullah ๏ทบ bersabda,
"Siapa yang tidak menyayangi manusia, tidak akan disayangi oleh Allah ๏ทป."  
[Sahih] - [Muttafaq 'alaihi] - [Sahih Muslim - 2319]
.
.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" -Pepatah Melayu

Allahu A'lam

๐ŸŒนMak Long
#IbuBapaTenangAnakCemerlang
#closetoyourheart

Sunday, November 30, 2025

TUMBUH DAN DEWASA DENGAN REFLEKSI DAN PERANCANGAN STRATEGIK



"Stop looking back with regrets. Start moving forward with reflections. "

Kata-kata yang saya dengar hari ini bermakna sekali. 

Saya pernah suka satu ungkapan tapi kini tidak lagi.

"Bury your past or your past will bury you. "

Hmmm... Mana mungkin masa lalu itu kita tanam. Yang lebih membimbangkan apa yang kita tanam itu berakar umbi dalam diri kita. Dan lagi....

"Apa yang ditanam itulah yang dituai".

Ya, kita tak mampu mengubah masa lalu. Tapi kita boleh refleksi diri dan belajar dari apa yang berlaku seperti peribahasa melayu, "yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan".

Terkadang yang menjadikan kita lemah adalah apabila kita "stuck" ibarat air yang bertakung. 

Kita perlu progres. Move forward with the end in mind. 

2025 hampir meninggalkan kita.  Masa terus berjalan. 

Ayuh kita audit diri dan buat perancangan untuk 2026. Adakan KPI diri, keluarga dan organisasi yang lebih realistik dan strategik.

"If you fail to plan, you plan to fail." 

Marilah sama-sama kita refleksi diri dan memperkasakan diri menjadi orang yang bermanfaat dan memperkasakan orang lain untuk terus maju.

Semoga kita terus istiqmah memperbaiki amal dan menambah taqwa dengan berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 128:

ุงِู†َّ ุงู„ู„ّٰู‡َ ู…َุนَ ุงู„َّุฐِูŠْู†َ ุงุชَّู‚َูˆْุง ูˆَّุงู„َّุฐِูŠْู†َ ู‡ُู…ْ ู…ُّุญْุณِู†ُูˆْู†   ۔  Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.

Dewasakan diri lewat masa berlalu dan tumbuh mendepani cabaran hari ini dengan lebih yakin.

Semoga Allah memberi petunjuk dan memudahkan segala usaha dan urusan kita ke arah kebaikan.

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya." 

"Burulah Redha Allah, yang lain akan menyusul."
 

Allahu 'Alam.

๐ŸŒนMak Long
#tumbuh

Thursday, November 27, 2025

KENAL DIRI- KUNCI PROGRES KEMAJUAN DIRI


Fitrah manusia hendak bahagia dan berjaya menyebabkan kita sering membandingkan diri dengan orang lain terutama di sosial media. Maka akan timbul pelbagai perasaan dan emosi seperti dengki dan iri hati.

Awas! Ianya mungkin membawa kemungkaran jika kita tak kenal diri.

Apabila ada perasaan yang timbul, usah ikutkan rasa. Beri masa sebelum respon.

Terima dulu apa sahaja perasaan yang hadir, nilai apakah perasaan itu dan apa respon yang baik supaya kita memilih jalan taqwa bukan jalan fasik.
.

Surah Ash-Shams, Ayat 7-10

ูˆَู†َูْุณٍ ูˆَู…َุง ุณَูˆَّุงู‡َุง
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
.ูَุฃَู„ْู‡َู…َู‡َุง ูُุฌُูˆุฑَู‡َุง ูˆَุชَู‚ْูˆَุงู‡َุง
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
ู‚َุฏْ ุฃَูْู„َุญَ ู…َู† ุฒَูƒَّุงู‡َุง
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
ูˆَู‚َุฏْ ุฎَุงุจَ ู…َู† ุฏَุณَّุงู‡َุง
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya


๐Ÿ–️Apa beza hasad, ghibtah dan munafasah?

๐ŸŒธHasad dengki

Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.

Hukum : Haram mengikut sepakat ulama. Firman Allah bermaksud : "Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki." (Surah Al-Falaq 113 : 5)

Dalam ayat ini, Allah meminta kita berlindung daripada bahana dan bahaya hasad. Jika sesuatu itu perlu kita jauhi, maka lebih-lebih lagi hasad tidak patut berada dalam hati kita

๐ŸŒปGhibtah (iri hati)   

Berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut  luput daripada orang lain.

Hukum : Harus - Jika berkaitan dengan urusan dunia

Mustahab (sunat) - Jika berkaitan dengan ibadah dan ketaatan

๐ŸŒบMunafasah    

Bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Hukum : Harus tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorang manusia. Munafasah ini juga perlu terhad kepada ruang lingkup perkara-perkara yang dibenarkan agama dengan cara yang juga "patuh syariah".

Sebaik-baiknya bersainglah dengan diri sendiri berdasarkan konsep, "semoga hari ini lebih baik daripada semalam".
.
.
Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tidak boleh hasad (ghibtah) kecuali kepada dua orang iaitu orang yang Allah anugerahkan kepadanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah berikan ilmu (Al-Quran dan Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya."

Ayuh kenal dan ubah diri ke arah yang lebih baik. Anda berhak bahagia dan berjaya kerana dirimu begitu berharga.

"Start and you will be motivated." 

Usah membangau lagi! 

๐ŸŒนMak Long
rentis blogspot com
#closetoyourheart

Thursday, September 25, 2025

MELENTUR REBUNG

MELENTUR REBUNG

Anak-anak fitrahnya masih suci, masih senang dibentuk. 

Mak Long nak share sikit pengalaman semalam bersama anak-anak PAKK Casuarina. 

Petang semalam kami buat aktiviti buat gelang manik yang ada bear. Mak Long beli manik bear besar untuk menarik perhatian anak-anak. Mereka menang suka kraf, jadi kena kreatif pelbagaikan bahan supaya tidak jemu. 

Nakal anak itu fitrah. Dalam pada seronok ramai-ramai duduk buat gelang, ada seoarng anak lelaki 9 tahun patahkan kelopak bunga. Salah seorang anak lain nampak dan mengadu. Dia dengan kuatnya menafikan. 

Mak Long tanya anak-anak, "nak tahu tak kenapa orang menipu atau tidak mengaku?"

Semua diam. 

Sebab biasanya apabila mereka bercakap benar mereka akan dimarahi dan dihukum. Jadi mereka tak mengaku atau menipu tuduh orang lain buat sebab nak selamatkan diri. Inilah reaksi badan kita untuk melindungi diri kita.

Mak Long tegaskan di PAKK ni kita tak marah dan hukum. Cuma akan tegur dan nasihat jika perlu.

Lepas tu semua diam dan teruskan aktiviti. 

Tiba-tiba anak yang patahkan kelopak tadi terpijak satu bunga dan patah. 

Dia cakap., "wan, kita yang patahkan, kita mengaku." 

Haha . " Innocent budak ni". Gelak dalam hati. 

Mak Long berikan kepastian bahawa tak apa kalau terpijak dan puji dia kerana  berani mengaku  Yang penting apa nak buat bila dah patah. Kutip dan buang dalam tong sampah. Dia akur.

Satu lagi kisah selepas itu dengan anak lelaki umur 4 tahun pula.

Dia ni tak boleh fokus nak buat gelang. Mula lari main kemudian datang balik macam berminat tapi tak nak buat 

Mak long galak dia buat dengan menunjuk cara dan berjanji akan hadiahkan key chain rama-rama yang Mak Long buat apabila dia berjaya menyiapkan satu gelang

Mula payah juga. Bimbing dia untuk dua tiga manik. Kemudian nampak dia  tekun. Sampai tiga perempat siap dia berhenti. Susah dan letih katanya 

Mak long ingatkan, "kalau tak siap tak dapat hadiah" . Dia kata, "tak apalah kita pun tak suka hadiah tu". 

Mak Long jawab " rasanya awak kata tak suka hadiah sebab tak nak siapkan gelang. Betul ke?". Dia angguk dengan jelas sekali tanda mengaku 

Haha. Comel 

Mak Long puji "baguslah kalau boleh ngaku tu marilah wan siapkan yang sikit lagi". Dia senyum. Lepas siap Mak Long ikat dan pakaikan. 

"A brief special moment together that time stops." 

Banyak yang Mak Long belajar di PAKK ni. Real place, real children.

Alhamdulillah  Kami sudah berpindah ke bangunan baru. 

Segalanya baru dan selesa. 

Petang itu kami tinggalkan kenangan bersama lagi dengan hubungan yang semakin mendalam. 

Syukur sangat ada tempat untuk menyantuni anak2 yang menghidupkan jiwa. 

"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya".

Allahu 'Alam. 

๐ŸŒบML
#JusticeForZara




Friday, August 29, 2025

MENDIDIK DENGAN LEBIH EMPATI, HORMAT DAN KASIH SAYANG


Fitrah manusia itu baik.

Maka jika terjadi sebaliknya sudah tentu ada puncanya. 

Contohnya kes buli melibatkan kanak-kanak. 

Usah menghukum. 
Usahalah untuk lebih memahami. 

Anak-anak kita terdedah kepada banyak bahaya baik di rumah mahu pun di sekolah.

Anak-anak kita. Amanah kita.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ianya bermula di rumah. Bermula dengan ibu ayah sebagai qudwah hasanah atau role model.

Didiklah anak nilai empati, hormat, dan belas kasihan terhadap orang lain.

Ibu bapa harus peka terhadap perubahan tingkah laku anak seperti murung, takut ke sekolah, atau lebam yang tidak dapat dijelaskan.

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa berhubung supaya anak-anak senang  meluahkan perasaan dan berkongsi masalah pada peringkat awal untuk memudahkan usaha pencegahan dan pembaikan.

๐Ÿ›‘ KATAKAN TIDAK KEPADA BULI! ๐Ÿ›‘

๐Ÿšซ Buli Fizikal
๐Ÿšซ Buli Verbal
๐Ÿšซ Buli Siber
๐Ÿšซ Buli Sosial

Jadikan rumah dan sekolah tempat yang selamat untuk kanak-kanak.

Allahu ' Alam.

๐ŸŒนMak Long
#justiceforzara

Thursday, April 10, 2025

PUASA REFLEKSI DAN PERUBAHAN

"The grass is always greener on the other side of the fence."

Ya, ungkapan itu ada benarnya. Seringkali kita melihat apa yang orang lain miliki itu lebih indah, lebih berjaya malah lebih bahagia. 

Sehingga terkadang kita tidak sedar bahawa kita kurang bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

Jadi bagaimana untuk menjadi dari golongan yang sedikit iaitu orang-orang yang bersyukur?

Sebenarnya, apa yang kita ada inilah harapan. Kurniaan Tuhan kepada kita yang bisa membawa kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mula dengan merasa cukup. Apa yang sedia ada digunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada dari diri, keluarga dan komuniti demi meraih redhaNya.

Kita ada rumah. Tak apa sekecil apa pun. Rumah itu dijaga dan dihiasi seadanya supaya nyaman untuk seisi rumah. Jika ada laman boleh bercucuk tanam seadanya dan berkongsi sesama tetangga.

Merasa bersyukur juga dengan berserah pada Tuhan yang Maha Mengatur. 

Dilindungi, dicukupi dan di

Keberkatan rezki, masa dan umur.

"Ya Allah, jadikan kami di kalangan orang-orang yang sedikit, yang mensyukuri dan yang bertaqwa."






Wednesday, January 29, 2025

TUMBUH DAN DEWASA DENGAN CABARAN

Pernah tak anda ada cita-cita atau impian
yang selalu berlegar-legar di fikiran berulang kali tapi tidak kesampaian?

Pernah tak anda terfikir apakah yang menghalang anda mencapai impian murni itu? 

Ada banyak faktor penghalang. Ada faktor dalaman yang berkaitan diri dan ada faktor luaran. 

Faktor luaran tidak boleh kita kawal. Kita hanya mampu mengubah faktor dalaman diri kita dengan usaha dan izin Allah SWT. 

Mengenal diri penting untuk menjana transgormasi diri. Antaranya mengenal kekuatan diri, helah membela diri dan ketakutan.

Contoh, kita mahu menulis tapi takut salah dan takut orang kata macam-macam.

Antara punca kegagalan adalah "self audit". Terlalu "self-audit" yang negatif sehingga menjadi ketakutan yang seterusnya menyebabkan seseorang membela diri dengan menyalahkan, mencari alasan dan menafikan.

Jadi apa yang patut kita buat dengan ketakutan tentang kita?

Apa lawannya takut?

Berani.

Bukan.

Lawan takut adalah yakin. Yakin dengan Allah. Yakin bahawa Allah bersama dengan orang-orang yang beriman, yang berbuat kebaikan dan memperbaiki amal.

Yakin Allah adalah sumber kekuatan yang memacu proses transformasi diri

Ketenangan sangat berkaitan juga dengan kemajuan diri. Ianya memerlukan seseorang itu untuk mendepani cabaran. Melalui satu proses mujahadah melawan hawa nafsu dalam proses memilih jalan kebenaran. 

Kita perlukan cabaran untuk tumbuh dan mendewasa dengan mengambil "calculated risk". 

"Trust the process in the progress on the path of excellence."

Al-Quran:Surah Al-Ankabut ayat 69

ูˆَุงู„َّุฐِูŠْู†َ ุฌَุงู‡َุฏُูˆْุง ูِูŠْู†َุง ู„َู†َู‡ْุฏِูŠَู†َّู‡ُู…ْ ุณُุจُู„َู†َุงۗ ูˆَุงِู†َّ ุงู„ู„ّٰู‡َ ู„َู…َุนَ ุงู„ْู…ُุญْุณِู†ِูŠْู†َ ࣖ  69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya-Pepatah Melayu

Allahu'Alam.

๐ŸŒนML

Friday, January 3, 2025

Amanah Yang Rahmah, Usah Diabaikan

Air mata ini kadang kala tak tertakung lagi bila menghadapi kanak-kanak dan remaja dalam kerja-kerja sukarela berkaitan kesihatan mental. 

Mengalir jua air mata keinsafan selepas sesi apabila merenung ke dalam diri sendiri. 

Anak-anak kita sedang menagih perhatian dan kasih sayang kita tapi di manakah kita? 

Terkadang kita alpa, kita pentingkan diri hingga tak nampak amanah di depan mata. Allahu... 

Apapun kanak-kanak remaja yg hadir fitrahnya sangat suci. Mereka mahu memahami diri dan mereka mahu difahami. 

"Saya mahu berubah jadi lebih baik", itu hasrat mereka. 

Kita sering menyalahkan mereka. Mahu mereka lebih memahami kita. Bukan sebaliknya. 

Ya Allah, ampuni kami. Kami sering mengabaikan anak-anak kami. Anak yang rahmah. Amanah yang dianugerahkan pada kami. Penyejuk mata kami. 

ูˆَุงู„َّุฐِูŠْู†َ ูŠَู‚ُูˆْู„ُูˆْู†َ ุฑَุจَّู†َุง ู‡َุจْ ู„َู†َุง ู…ِู†ْ ุงَุฒْูˆَุงุฌِู†َุง ูˆَุฐُุฑِّูŠّٰุชِู†َุง ู‚ُุฑَّุฉَ ุงَุนْูŠُู†ٍ ูˆَّุงุฌْุนَู„ْู†َุง ู„ِู„ْู…ُุชَّู‚ِูŠْู†َ ุงِู…َุงู…ًุง  

Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan Ayat 74)

Ya, Allah bantulah kami memperbaiki amal kami dalam menyantuni anak-anak kami.

"Ibu bapa yang baik bukanlah yang ada banyak ilmu atau harta tetapi ibu bapa yang selalu refleksi diri, mendewasa dan tumbuh pada jalan-jalan kebenaran."-ML

Allahu'Alam 




Wednesday, January 1, 2025

Tumbuh Dengan Refleksi Diri



"Stop looking back with regrets. Start moving forward with reflections. "

Kata-kata yang saya dengar hari ini bermakna sekali. 

Saya pernah suka satu ungkapan tapi kini tidak lagi.

"Bury your past or your past will bury you. "

Hmmm... Mana mungkin masa lalu itu kita tanam. Yang lebih membimbangkan apa yang kita tanam itu berakar umbi dalam diri kita. Dan lagi....

"Apa yang ditanam itulah yang dituai".

Ya, kita tak mampu mengubah masa lalu. Tapi kita boleh refleksi diri dan belajar dari apa yang berlaku seperti peribahasa melayu, "yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan".

Terkadang yang menjadikan kita lemah adalah apabila kita "stuck" ibarat air yang bertakung. 

Kita perlu progres. Move forward with the end in mind. 

2025 sudah masuk hari kedua. Masa terus berjalan. Yang makin dekat adalah mati. 

Ayuh kita berazam memperbaiki amal dan menambah taqwa dengan berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
Mendewasakan diri lewat masa berlalu dan tumbuh mendepani cabaran hari ini dengan lebih yakin.

Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 128:

ุงِู†َّ ุงู„ู„ّٰู‡َ ู…َุนَ ุงู„َّุฐِูŠْู†َ ุงุชَّู‚َูˆْุง ูˆَّุงู„َّุฐِูŠْู†َ ู‡ُู…ْ ู…ُّุญْุณِู†ُูˆْู†   ۔  Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.

Semoga Allah memberi petunjuk dan memudahkan segala usaha dan urusan kita ke arah kebaikan.

"Burulah Redha Allah, yang lain akan menyusul" 

Allahu 'Alam.

๐ŸŒนMak Long
#tumbuh


Takung Emosi dan Masalah Tingkahlaku Anak

"Saya dah spend masa dengan anak dan dah belikan macam-macam tapi anak masih tak puas. Masih kata saya tak beri perhatian. Apa lagi yang dia nak? 

Begitulah persoalan seorang ibu yang kelihatan stres. 

Kenapa ini berlaku? 

Anak-anak ada keperluan emosi juga. Ada kalanya ibu bapa bawa anak keluar atau outing tapi hanya hadir dari segi fizikal tidak dari segi emosi. Jadi keperluan emosi anak masih tidak dipenuhi dan ini tidak membantu malah kadang-kadang menyebabkan anak semakin menunjukkan masalah tingkahlaku. 

Jadi apa perlu kita lakukan?

Hadirkan diri sepenuhnya apabila bersama anak. Be present.Be in the moment. Adakan masa berkualiti bersama anak.

Ianya baik untuk semua. Baik untuk anak dan baik juga untuk ibu ayah. Cari masa untuk reconnect, bonding dan attach dengan anak. Itu fitrah. Ragam anak tanda ada keperluan dirinya yang perlu diisi.

Connect before correct.

Ya, memperbaiki hubungan dahulu akan membantu anak kembali yakin demgan ibu ayah dan mudah mendengar kata.

Semoga 2025 memberi lebih makna dalam perhubungan kita seisi keluarga dan sahabat handai.

Allahu'Alam.

๐ŸŒนMak Long
#ibubapatenanganakcemerlang
rentis.blogspot.com