Sunday, August 22, 2021

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN--USAHA SEDIKIT UNTUK CEMERLANG

“If you want different results, do not do the same the same thing”-Albert Einstein

Ya, kunci kepada kejayaan dan kebahagiaan adalah melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Jika kita rasa tidak selesa atau tidak tenang, itu bermakna ada sesuatu yang tidak harmoni atau sealiran dengan fitrah diri. Apa yang kita lakukan apabila ini berlaku membezakan kita.

Contoh kita selalu hilang sabar dan marah-marah pada anak. Jika dibiarkan dan tidak menanganinya, ianya akan memberi kesan buruk kepada diri dan orang-orang disekelililng kita. Hubungan kekeluargaan antara pasangan, anak-anak akan terjejas dan semakin hari semakin renggang. Kita terbawa-bawa masalah di tempat kerja yang akan menjejaskan prestasi dan hubungan dengan rakan tempat kerja. 

Masalah menjadi peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik jika kita kenal diri, mengaku bahawa kita ada masalah dan berusaha mencari solusi untuk mengembalikan kesejahteraan diri.

Pilihan ditangan kita samada mahu fokus kepada masalah atau mencari solusi.

“What you focus on grows”

Kesedaran kendiri perlu diiringi dengan mendalami ilmu dan kemahiran berkaitan. Mencari solusi memerlukan pengorbanan, kesungguhan dan usaha yang berterusan. Ilmu dan kemahiran sukar dikuasai jika tidak berguru. Ianya memerlukan pelaburan masa, tenaga dan wang ringgit.

Contoh kita menghadiri bengkel “Anger Management” untuk mengatasi masalah marah-marah yang sedang dihadapi. Kemudian kita berubah dari amalan biasa kepada amalan baru yang dipelajari. Kesannya tentu berbeza dan kita membuat refleksi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Usaha sedikit akan menjadikan kita lebih cemerlang. Proses transformasi diri itu membawa kepada progres diri. 

Proses diri kita sebagai ibu atau bapa akan membawa kepada progres anak, InsyaAllah.

“We are leaders. Leaders work on themselves. True leaders produce more leaders not followers.”

Ayuh kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang memperbaiki amal.


Surah Al-Mulk, Ayat 2:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
.
.

“Ibu bapa tenang, anak cemerlang”-Mak Long

Allahu ‘Alam

🌾Mak Long
rentis.blogspot.com
#CloseToYourHeart

Friday, August 20, 2021

Be Better After Hardship

Just sharing..after what happened surprisingly I become more empowered..

Death is real. Losing my sister and then my father 2 weeks later makes me stronger...Alhamdulillah it doesnt break me. It makes me want to live ...live a meaningful and purposeful life and leave legacy

Something new that I learnt about myself..reflection..maybe this graph explains it better.




Strive and thrive to be better after every hardship..

Keep going
You matter!

🌾ML

Thursday, August 19, 2021

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN- Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN-
Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

"There is a saying that says,  practice makes perfect".

Mak Long lebih suka menggunakan "practice makes improvement". Mengapa?

Sebab hanya Allah yang sempurna. Manusia tiada yang sempurna tetapi sebagai manusia kita mampu memperbaiki diri menjadi lebih baik.

"Be better"

Ya, kita berusaha memperbaiki amal supaya hari ini kita menjadi lebih baik dari semalam.

Apa implikasinya jika mahu jadi "perfect" atau terbaik. Kita boleh jadi sombong dan kalau kita tak dapat yng terbaik kita mungkin kecewa sehingga boleh menyebabkan depresi.

Ayuh kita hijrah menuju kejayaan dengan progres pada jalan-jalan kebenaran.

Semoga kita semua dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik. Dalam proses berubah itu semoga Allah mengampunkan dosa-dosa dan menganjarkan pahala dan syurga buat kita.
.
Surah Al-Baqara, Ayat 218:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
.
Surah Al-Ankabut, Ayat 69:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
.
"You are enough. Execute! Reflect and learn. Be among those who do good deeds and those who progress on the path of excellence"- Mak Long

Allahu 'Alam

🌾Mak Long
rentis.blogspot.com
#ListenWithYourHeart

Monday, August 16, 2021

HALANGAN DALAM MENGAPAI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN

Antara halangan untuk berjaya dan bahagia adalah orang-orang yang toksik. Boleh jadi dari kalangan keluarga kita, rakan-rakan, pasangan atau majikan kita. Mereka boleh menyebabkan kita rasa "kecil", "not enough" dan "feeling low".

Mak Long belajar tentang teknik DEEP dari Dr Ramani, seorang psikologist yang banyak buat kajian tentang Narcarcissism.

Apa itu teknik DEEP?

Ia adalah cara yang boleh kita amalkan apabila berhadapan dengan orang-orang yang toksik atau narcissist.

Do not DEEP...

D-Defend
E-Engage
E-Explain
P-Personalise

Mengapa? Kerana mereka tidak akan terkesan dengan apa yang anda cuba pertahankan (defend) dan jelaskan (explain). Lebih baik jangan "engage" dan jangan "personalise". 

"You are not the problem. They are."

Jadi, kenali orang-orang yang toksik dan amalkan DEEP.

InsyaAllah, anda akan berjaya dan bahagia.

https://youtu.be/7HcU3sdrzU0

Allahu 'Alam

Lots of Love
🌹Mak Long
rentis.blogspot.com
#CloseToYourHeart

Tuesday, August 10, 2021

HIJRAH KERANAMU

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah buat semua keluarga dan sahabat yang dirindu dan dirahmati Allah.
.
.

Aku yang baru kehilangan
Masih bernafas di pagi nan damai
Mensyukuri nikmat 
Bertemankan keindahan alam 
Di kampung nan permai
Menanti munculnya mentari
Yang membawa sinar baru...

Aku yang ditinggalkan
Masih berduka
Kedukaan yang bersamanya ada ketenangan
Ada amanat dan amanah yang perlu dilunaskan...

Aku yang yakin bahawasanya
Aku pasti kembali dan bertemu denganNya
Perlu terus melangkah...

Demi masa yang berbaki
Masa untuk aku berhijrah...
Hijrah menuju kejayaan
Terimalah hijrahku keranaMu 
Allah.

🌹Mak Long
#CloseToYourHeart
1 Muharam 1443H
Kg Durian Sebatang
Raub Pahang