Wednesday, October 18, 2017

EGO

EGO kita sering timbul dalam perkataan, perbuatan dan tindakan kita.

Jika kita SELALU dalam keadaan SEDAR dan IHSAN insyaaAllah kita akan INGAT untuk lihat ke dalam diri,  REFLEKSI, ISTIGHFAR dan berusaha menyantuni FITRAH serta TRANSFORMASI DIRI  pada jalan KEBENARAN  dan  KECEMERLANGAN.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!

Monday, October 16, 2017

Masa Berkualiti Bersama Anak

Masa Berkualiti Bersama Anak
Rosnah Ahmad/Mak Long

Sempena cuti sekolah seminggu ini ramai ibu bapa yang berusaha meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam aktiviti keluarga.

Apa pun aktiviti masa berkualiti memerlukan ibu bapa bersama anak dalam melakukan sesuatu supaya anak merasai kebersamaan dan rasa lebih dihargai. Contoh jika anak mandi sungai ibu bapa mandilah bersama bukan sekadar menunggu anak-anak mandi sahaja.

Aktiviti masa berkualiti juga bukan tertumpu hanya waktu cuti sekolah dan percutian. Setiap hari anak perlukan masa berkualiti bersama keluarga di rumah seperti memasak, berkebun dan berbual. Yang penting ibu bapa perlu SEDAR dan fokus semasa bersama anak-anak.

Masa adalah kasih sayang. Ya, anak-anak juga menilai masa yang ibu bapa peruntukan untuk mereka secara kualiti sebagai kasih sayang.

Kasih sayang dan ibu bapa sebagai contoh yg baik atau " role model" adalah asas untuk melahirkan anak yang cemerlang.

Selamat mendekati dan menyantuni anak secara fitrah.

Wallahu'alam.

Responsible

You have to choose
Choose wisely
Be responsible for the choices you made

#EmpoweringYou!

Damai Yang Di Cari

Monday, October 9, 2017

Santuni Fitrahku

Santuni Fitrahku
Rosnah Ahmad

Ibu ayah,
Seringkali aku disuruh diam
Seringkali aku diminta ikut arahan
Seringkali aku dihukum...

Ibu ayah,
Fitrahku bergerak
Fitrahku bermain
Biarkan aku bergerak dan bermain
Tentu cergas dan cerdas diriku

Ibu ayah,
Aku bisa saja jadi baik
Jika aku melihat kau baik
Berkata yang santun
Berakhlaq yang baik
Mencontohi Rasulullah...

Ibu ayah,
Aku seringkali juga nakal
Sering mencabar kesabaranmu
Itu juga fitrahh diriku yang masih kecil
Usah dimarahi
Usah dipukul
Nanti bisa keras hatiku
Tapi usah dibiarkan saja lakuku begitu...
Didiklah aku dengan ketegasan apabila perlu
Istiqamahlah mendidikku
Sesungguhnya tarbiyah itu panjang...

Ibu ayah,
Jangan lupa refleksi diri
Apa saja tindakanmu
Itu perlu dimuhasabah
Jika benar
Teruskan saja
Jika tidak
Mohonlah ampun pada Tuhan
Lawanlah hawa nafsumu
Koreksi dirimu
Belajar lagi ya ibu, ayah
Pasti semakin mahir dirimu menyantuni aku
Dari hari ke hari...

Ibu ayah,
Santuni fitrahku dengan tenang
Usah kau bersedih
Usah kau berputus asa dengan rahmatNya
Mohonlah pertolonganNya
Supaya dibaiki urusanmu
Dalam menyantuni aku
Supaya aku menjadi
Anak yang soleh
Anak yang mendoakan
Dengan izinNya.

#SentuhanBapaBelaianIbu

Tarbiyah

Tarbiyah anak dari kecil sangat penting. Mereka perlukan kasih sayang dan role model- ibu bapa, guru dan orang dewasa dalam komuniti.

Rosnah Ahmad/Maklong
#EmpoweringYou!
#SentuhanBapaBelaianIbu

Sunday, October 8, 2017

Wednesday, October 4, 2017

Bahagia dengan memberi

Memberilah...
Ketika susah
Ketika senang
Ketika sihat
Ketika sakit
Ketika bergembira
Ketika berduka
Memberilah walau hanya sebiji tamar
Memberi itu membahagiakan
Bahagialah diri yang istiqamah memberi
KeranaNYA.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!

Tuesday, October 3, 2017

EGO-Bagaimana menguasai ego untuk berjaya

Dikongsikan live AbangAbu berkaitan ego dan bagaimana menguasai ego untuk  meningkatkan potensi diri...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155214763098542&id=198026308541

Segalanya bermula dgn diri kita
Melihat diri
Sedar diri
Menerima kelebihan dan kekurangan diri
Mujahadah melawan ego
Kembalikan fitrah diri
Langkah transformasi diri
Menuju jalan kebenaran
Ke arah kcemerlangan diri.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!

Monday, October 2, 2017

Be YOU

Do not ACT macho
Do not CONTROL anggun                  No one is perfect
Be YOU...Progress as you go
YOU Shine!

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!

Today&Now

You are not defined by your past 
TODAY & NOW is your path to excellent FUTURE
Change TODAY 
Act NOW
Because YOU have it in YOU
YOU Shine!

Rosnah Ahmad/Mak Long
#EmpoweringYou!

Kesucian Jiwa

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah SWT. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Salam kejayaan dan kedamaian buat semua🌴🌾☘

Bukan mata yang merubah lihat
Bukan telinga yang merubah dengar
Bukan lidah yang merubah rasa
Tapi roh yang merubah
Ya Rabb...
Berikan aku Taufiq dan HidayahMu
Sucikanlah jiwaku.

Rosnah Ahmad
#iShine

Sahabat

Sahabat
Jika dirimu jatuh
Carilah daku
Usah menyendiri...

Sahabat
Jika dirimu bangkit
Aku yang paling gembira
Menyokongmu disetiap usahamu...

Sahabat
Jika kau berjaya
Memberilah sebanyak-banyaknya
Tentu bahagia aku melihat kejayaanmu
Tiada apa yang ku pinta
Hanya kiriman doa
Dan ukhwah yang mekar
Hingga ke Syurga Firdausi...

Mak Long
#Sahabatmu

Sunday, October 1, 2017

ACTION

The difference between those who succeed and those who want to succeed is ACTION.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou!