Dr fb Hazhari Ismail
Satu persatu kes yang membabitkan institusi pendidikan taska dan tadika di Malaysia.
23.10.2015 – Kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dera pengasuh di Terengganu
04.01.2016 – Bayi 4 bulan maut di Taska, Georgetown
13.01.2016 – Dera bayi 3 bulan dan pengasuh di reman, Jitra
13.08.2016 – Kanak-kanak 3 tahun menjadi mangsa dera di tadika, Tawau
21.01.2017 – Bayi dipercayai diikat di taska, Kajang
26.01.2017 – Kanak-kanak 3 tahun dihempap pagar taska, Johor Bharu
Ia berlaku di semua negeri. Sehingga ibu bapa rasa takut untuk menghantar anak-anak ke taska dan mencari alternatif jika ada suri rumah yang boleh menjaga anak masing-masing. Jika di taska, ada dua jenisnya, taska berdaftar dan tidak berdaftar. Satu hal pula.
Dikatakan, sehingga penghujung tahun 2016, hampir 77 taska dan pusat jagaan kanak-kanak ditarik balik lesen kerana melanggar peraturan. Dah berdaftar, tapi langgar peraturan pula. Sekarang lebih 4000 taska yang berdaftar sudah wujud di Malaysia.
Dan beratus lagi yang tidak berdaftar menjalankan operasi yang tidak sah, tapi ibu bapa masih tak sedar. Sebab itu kita sarankan ibu bapa untuk melihat sijil pendaftaran dan permit yang wajib dipaparkan di premis masing-masing, bukan semata-mata dekat dengan rumah sahaja.
Itu isu daftar dan tidak berdaftar. Sekarang isu requirement nak jadi pengasuh taska dan guru tadika. Kementerian meletakkan satu garis panduan dan syarat supaya guru tadika dan taska mempunyai sekurang-kurangnya diploma untuk menceburi bidang ini. Ini adalah langkah bijak kerana kita telah mula melihat perkembangan pendidikan kanak-kanak bermula seawal mungkin, dan insan yang menjadi medium pendidikan iaitu guru perlu mempunyai qualification yang lebih tinggi.
Cuma, kita masih teragak-agak dan mengambil lepasan SPM untuk menjadi guru tadika dan pengasuh. Atas sebab, mengajar kanak-kanak adalah benda yang mudah dan tidak perlukan qualification yang tinggi. Betul tak? Kita sendiri yang merendah-rendahkan taraf guru tadika, tetapi kita mengharapkan sesuatu yang tinggi dari mereka?
Apabila ada persatuan tadika dan taska di Malaysia menimbang semula level pendidikan guru tadika dan taska dari Diploma ke SPM, ia adalah sesuatu yang menyedihkan. Dek kerana melihat purata gaji yang diterima oleh pengasuh dan guru tadika adalah sedikit dan tidak memadai dan berbaloi untuk mereka yang mempunyai diploma. See, kita yang tidak mahu berubah.
Banyak kesan baik bila kerajaan tetapkan dasar supaya minimum diploma hanya dibenarkan. Dengan qualification itu mereka belajar tentang keselamatan menjaga kanak-kanak. Mendidik dengan pedagogi yang berkesan. Tahu dan faham perkembangan kanak-kanak. Melatih berinteraksi dengan ibu bapa. Membuat bahan bantu mengajar yang efektif.
Punya cantik tetapan yang ditetapkan. Kita nak naik tarafkan sektor pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Tatkala negara luar memandang tinggi guru tadika sama professionalnya dengan sektor lain, kita masih bersifat dangkal. Sebab itu isu dan kes-kes membabitkan kanak-kanak tidak pernah selesai dan makin meningkat. Ada pengusaha tadika dan taska main tipu dan culas untuk mengikut peraturan yang ditetapkan.
Di United Kingdom, sesiapa yang hendak bekerja dengan kanak-kanak perlu ada Disclosure and Barring Services (DRB) atau nama lamanya Criminal Record Bureau (CRB). Di Australia (Queensland), mereka perlu ada Blue Card Services. Kebanyakkan negara mengguna-pakai Certificate of Good Conducts.
Ini adalah record individu jika ada melakukan sebarang jenayah, bagi sesiapa yang tidak cantiknya recordnya, mereka diharamkan untuk bekerja dengan kanak-kanak. Buku guru sahaja, social workers, nurses, health services, even bakal guru (contoh penuntut yang mengambil jurusan pendidikan). Semualah. Asalkan ada interaction dengan kanak-kanak, so a BIG NO jika tiada dokumen pengesahan.
Di Malaysia, kita ini baik sedikit. Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengajar dan menjadi pengasuh. Ya, kita ada pekeliling yang menyatakan hanya 18 tahun ke atas, lepasan spm, sihat tubuh badan, bukan bekas banduan, tidak gila dan sebagainya. Cuma, apakah garis panduan ini benar-benar di ikut. Yelah, bagi peluang dekat bekas banduan untuk bekerja. Tak dinafikan, mereka boleh bekerja tetapi bukan dengan kanak-kanak!
Kita tidak jadikan Certificate of Good Conducts (Character) sebagai dokumen penting untuk pengambilan seorang guru dan pengasuh. Kita anggap tak penting. Bila berlaku sesuatu kes, baru nak kaji dan naik turun mahkamah untuk mereman pengasuh dan sebagainya. Boleh apply certificate tersebut di Ministry of Foreign Affair di Wisma Putra. Biar leceh sekarang, jangan leceh kemudian.
Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) masih berkira-kira tentang kewajipan pemasangan CCTV sekiranya kes meningkat. Kenapalahhh nak tunggu kes meningkat. Mahu anak siapa lagi yang terkena.
Kita boleh elakkan. Pemasangan CCTV adalah salah satu caranya. Cuma, nak jadi guru tadika dan taska ini perlu dipilih. Bukan option terakhir untuk bekerja supaya dapat gaji.
Guru ini tinggi level dia. Kita yang suka-suka rendahkan.
Sebab itu, guru tadika dan pengasuh ni kita tak panggil bibik.
No comments:
Post a Comment