Penerokaan kehidupan yang perlu dirintis dan dikongsi bagi memudahkan perjalanan semua dalam dunia yang sementara ini. Moga usaha kerdil ini memberi manfaat serta dirahmati dan diberkatiNYA.
Tuesday, December 17, 2013
Monday, November 4, 2013
Sunday, October 13, 2013
Sacrifice
Salam,
Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca yang dikasihi...
Doa semoga kita semakin menghayati erti pengorbanan seiring dengan usia kita yang semakin meningkat...
Maaf zahir batin daripada saya sekeluarga.
Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca yang dikasihi...
Doa semoga kita semakin menghayati erti pengorbanan seiring dengan usia kita yang semakin meningkat...
Maaf zahir batin daripada saya sekeluarga.
Wednesday, September 18, 2013
Thursday, September 12, 2013
Monday, September 9, 2013
Wednesday, September 4, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Tuesday, August 27, 2013
Thursday, August 22, 2013
RAGAM KASIH
Nukilan
Rosnah Ahmad
Ibu
Ayah,
Apabila
aku menangis
Peluk
dan cium aku
Ungkapkan
sayang
Kerana
seharian aku
Tidak
mendengarnya darimu
Ibu
Ayah,
Apabila
aku bosan
Bermainlah bersamaku
Kerana
seharian aku
Bermain
dengan kawan-kawanku
Ibu Ayah
Apabila
aku mengganggu kerjamu
Dengan
celoteh ku
Berhentilah
sebentar
Berbual
dengan ku
Kerana
seharian
Aku bersama
pengasuhku
Ibu
Ayah,
Apabila
aku merengek
Bawa
aku keluar
Melihat
keindahan alam
Agar
damai jiwaku
Ibu
Ayah,
Apabila
aku lasak
Bawa
aku ke taman
Biar
aku berlari sepuasnya
Sampai
kepenatan
Agar
awal tidurku
Ibu
Ayah,
Bila
aku sukar lena
Dodoi
aku dengan
Cerita
yang asyik
Dan lagu
yang merdu
Pasti
indah sekali mimpiku
Ibu
Ayah,
Besok
Moga
aku bangun
Dengan
ceria dan senyuman
Mahu
ke taska lagi
Ibu Ayah,
Aku
faham kau harus pergi
Sementara
aku ditinggalkan
Cepat
pulang ya...
Sungguh
aku rindu
Ibu
Ayah,
Tika
bersua kembali
Ragamku
tanda menagih kasih
Buat
mengubat rindu
Demi
masa yang sedikit
Ibu
Ayah,
Beri
aku sedikit perhatian
Dalam
ragam kasihku
Seketika
cuma masa ku pinta
Tika
usiaku masih memerlukan
Sebelum
ia berlalu…
Agar
aku tahu aku disayangi…..
3.32
pagi 13 Syawal 1434H
Teratak
Cenderawasih Indah
Friday, May 10, 2013
HADIAH POKOK TOMATO SEMPENA HARI IBU
Salam,
Banyak sekali posting
kawan-kawan sempena hari ibu di laman muka buku. Ramai ibu-ibu yang menerima
hadiah daripada anak-anak.
Saya tertarik dengan posting seorang anak sahabat saya Solihah yang bernama Anisah.
Anisah, suami dan anak mereka Suhayb berusia tiga tahun sekarang menetap di Brisbane, Australia.
Anisah berkongsi gambar anak pohon tomato dalam pasu yang
cantik dihias yang dihadiahkan oleh Suhayb kepada ibunya sempena hari ibu
apabila ibunya mengambilnya pulang dari Taska.
Suhayb brought home a happy mother's day plant- Anisah Najib
Saya komen betapa menarik sekali usaha taska tersebut dalam menggalakkan anak kecil menghargai alam.
Kanak-kanak menghadiahkan pokok sebenar dan tidak menggunakan bunga plastik atau kertas
sebagaimana biasa diamalkan di sini. Saya sendiri saban tahun mendapat bunga
plastik atau kraf daripada kertas apabila anak-anak pulang dari tadika atau sekolah
sempena hari ibu.
Saya kemudian dimaklumkan Solihah bahawa usaha memupuk
kanak-kanak mencintai alam sangat dititikberatkan di Australia.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menggalakkan seorang
anak kecil mencintai dan memelihara alam akan memberi kesan yang positif dalam
diri seorang anak.
Melihat dan terlibat dalam penjagaan anak pokok tomato itu kemudian sudah tentu dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak serta mengaitkan kejadian dengan kekuasaan Allah SWT.
Marilah kita memupuk anak mencintai alam sejak kecil dengan meningkatkan usaha-usaha kecil seperti ini. Moga
usaha-usaha kecil kita membantu membina anak-anak yang beriman kepada Allah serta menjadikan bumi Allah ini lebih indah dan selamat untuk
semua.
" Tanggungjawab ibu bapa dan pendidik adalah membina anak-anak yang beriman dengan Allah, kekuasaan Nya dan ciptaan-ciptaan Yanga Maha Besar dengan cara banyaknya berfikir tentang penciptaan langit dan bumi"-Abdullah Nashih 'Ulwan ( Pendidikan Anak-anak dalam Islam)
Anak yang mencintai alam akan menghargai dan memelihara alam ini.
Sekian. Wallahua’lam
PENGLIBATAN IBU BAPA DI TASKA MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN KEJAYAAN KANAK-KANAK
Artikel di tulis sempena penggunaan buku log harian di taska bawah naungan Persatuan Pengasuh Negeri Pahang dan bengkel penggunaan log harian serta mesyuarat pengusaha PPNP besok di Kompleks Dagangan Indera Mahkota
.
.
Selamat hari ibu diucapkan kepada semua insan yang bergelar ibu.
Saban tahun hari ibu diraikan bagi mengingati jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan, mengasuh dan mendidik anak-anak.
Sambutan hari ibu mengingatkan tentang peranan saya sebagai ibu kepada tiga orang anak. Dua anak saya sudah remaja. Cabaran menjadi ibu hari ini berbeza sekali berbanding zaman ibu saya dahulu. Ilmu dan kemahiran keibubapaan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membantu melaksanakan amanah mendidik anak-anak kini.
Anak-anak kecil kini melalui zaman kanak-kanak yang berbeza. Kalau dulu anak lazimnya dijaga di rumah oleh ibu bapa sehingga usia anak bersedia ke TADIKA. Peredaran masa menyaksikan lebih ramai wanita keluar bekerja mengubah bagaimana anak kita diasuh dan dididik. Ramai anak kini dihantar ke TASKA institusi atau TASKA rumah sepeninggalan ibu bapa mereka keluar bekerja.
Maka tugas mengasuh dan mendidik anak kini perlu dikongsi dengan pengasuh TASKA. Pengasuh adalah ibu ganti kepada anak-anak. Sebahagian besar hidup mereka dijalani di TASKA iaitu lebih kurang 10 hingga 12 jam sehari bagi yang bekerja sepenuh masa. Sewajarnya jasa dan peranan pengasuh juga perlu lebih diiktiraf dan diberi perhatian seiring dengan jasa dan peranan ibu bapa.
Ibu bapa adalah pendidik utama dan rumah adalah madrasah pertama. TASKA pula adalah sistem sokongan kepada institusi kekeluargaan. Oleh itu ibu bapa berperanan menghubungkan rumah dan TASKA untuk kepentingan anak mereka. Ibu bapa harus mengambil inisiatif melibatkan diri di TASKA. Konsep penglibatan ibu bapa harus lebih dihayati. Ia bukan hanya sekadar menghadiri program tahunan seperti gotong royong atau sambutan hari perayaan. Ia juga termasuk perkongsian maklumat dan masalah, perkongsian ilmu keibubapaan serta perbincangan secara berterusan berkaitan perkembangan kanak-kanak.
Mengapa penglibatan ibu bapa sangat penting:-
Ø 1. Ibu bapa sayang kepada anak mereka dan mengenali personaliti serta identiti anak mereka. Mereka juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Manakala pengasuh juga sayang kepada anak jagaan dan dilatih kemahiran berkaitan perkembangan kanak-kanak. Pengasuh senantiasa memastikan kesejahteraan dan cuba memupuk potensi anak. Jadi kanak-kanak akan merasa selamat dengan adanya perhubungan yang baik antara ibu bapa dan pengasuh. Ia juga memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang terbaik .
Ø 2. Perkongsian, perhubungan, interaksi, kerjasama dan sokongan ibu bapa dan pengasuh dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.
( Rohani Abdullah, 2007)
Ø
Ib Ibu bapa boleh berbincang dengan pengasuh berkaitan perkembangan, tingkah laku dan apa sahaja masalah yang dihadapi. Perbincangan dan perkongsian begini dapat menyelesaikan banyak masalah dan meningkatkan kemahiran keibubapaan. Ia juga menolong pengasuh memahami serta menghormati pandangan, budaya dan latar belakang keluarga.
Ø 3. Penglibatan diri ibu bapa dapat meningkatkan lagi program dan aktiviti di TASKA dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti TASKA. Sesetengah pengasuh merasa kecewa apabila ibu bapa tidak menyokong penglibatan ibu bapa di TASKA. Ibu bapa perlu berusaha dan memberi komitmen yang lebih kepada usaha-usaha penglibatan ibu bapa di taska anak mereka. Dengan itu pengasuh akan lebih yakin, bersemangat dan seronok untuk meneruskan usaha serta merasakan diri mereka dihargai sebagai orang yang penting dalam hidup anak mereka.
Pe
4. Penglibatan ibu bapa yang sihat akan meningkatkan kualiti sistem kekeluargaan, sistem komuniti setempat dan seterusnya memberi impak yang besar kepada kesejahteraan negara.
Sempena Hari Ibu ini, Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menggembleng tenaga berusaha meningkatkan penglibatan ibu bapa bagi memastikan peningkatan kualiti pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di semua TASKA di Negeri Pahang.
Antaranya PPNP memperkenalkan penggunaan Log Harian di TASKA. Log harian ini bertujuan mencatat secara ringkas dan tepat apa yang berlaku sepanjang hari termasuk:-
- KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Masa ketibaan siapa yang menghantar, barang yang di bawa dan tahap kesihatan anak pada hari itu. (maklumat ini akan diisi oleh ibu bapa setiap hari)
- MEREKOD KEADAAN FIZIKAL
Catatan kesihatan anak dan pemeriksaan fizikal. ( diisi oleh ibu bapa dan pengasuh)
- MEREKOD AKTIVITI HARIAN
- MEREKOD TINGKAHLAKU
- MEREKOD RUTIN DARI ASPEK KUANTITI &KEKERAPAN
Pengasuh akan mencatat perkara-perkara ini untuk rujukan dan tindakan seterusnya oleh ibu bapa di rumah.
Penggunaan log harian ini akan menjadi asas komunikasi harian dan perkongsian maklumat antara ibu bapa dan pengasuh demi kesejahteraan kanak-kanak. Ini dapat melancarkan perkhidmatan TASKA dan mengurangkan salah faham antara ibu bapa dan pengasuh.
Usaha menulis log harian ini memerlukan sedikit komitmen daripada ibu bapa dan pengasuh. Apa pun usaha ini membantu menjamin keselamatan, kesihatan serta memperkukuhkan kesinambungan pembelajaran serta amalan asuhan di TASKA dan di rumah.
PPNP berharap sebarang masalah atau kesulitan yang mungkin timbul dalam proses melaksanakan penggunaan log harian secara efektif di semua taska dapat ditangani secara professional.
Perbincangan yang sihat diantara ibu bapa dan pengasuh dapat menyelesaikan masalah dan mempertingkatkan kualiti pengasuhan. PPNP juga sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan log harian ini dari masa ke semasa.
Akhir kata saya bagi pihak PPNP senantiasa berdoa agar kita sentiasa bersatu dan semoga segala usaha murni kita dimudahNya demi kesejahteraan generasi pewaris.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Sekian. Allahua’lam.
Rosnah Ahmad (http://rentis.blogspot.com)
Penasihat Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (http://pengasuhpahang.blogspot.com)
10 Mei 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)