Thursday, April 10, 2025

TAQWA UNTUK KEJAYAAN

Assalamualaikum. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua sahabat dan kenalan Mak Long.

Ramadhan sudah berlalu pergi. Madrasah Ramadhan yang penuh berkah, hikmah dan kebaikan. Semoga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Tujuan utama kita berpuasa adalah untuk menjadi orang yang bertaqwa. 

QS. Al-Baqarah Ayat 183

  • يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ

    Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,


Taqwa adalah ciri utama untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.

Abdullah bin Mas’ud R.A mengatakan: “Takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”

Kenapa taqwa itu ciri yang utama  untuk meraih kejayaan dunia akhirat.

Jika ada taqwa, kita akan lebih berhati-hati dalam segala tindak tanduk. Dalam apa jua kita memilih dengan kesedaran yang lebih tinggi bahawa kita sedang dinilai dan apa yang kita buat akan dihisab.

Jika ada perselisihan kita mencari kebenaran dengan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.

Kita juga memperuntukan masa untuk muhasabah diri setiap hari supaya kita boleh menilai balik apa yang sudah dilakukan, memohon ampun serta petunjuk kepada Yang Maha Esa dan kemudian berazam untuk memperbaiki amal. 

QS. An-Nahl Ayat 128

  • اِنَّ اللّٰهَ مَعَ الَّذِيْنَ اتَّقَوْا وَّالَّذِيْنَ هُمْ مُّحْسِنُوْنَ  

  • Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.


Syukurilah nikmat hidup dan apa yang ada. Buatlah kebaikan sebanyak mungkin dalam usia yang berbaki.

Suka Mak Long ingatkan kepada semua ibu ayah dan guru untuk mendidik dengan taqwa. Anak-anak adalah rahmah dan amanah. 

Sila rujuk artikel berkaitan:-
https://rentis.blogspot.com/2020/04/ledakan-emosi-mengapa-ianya-terjadi-dan_22.html?m=1

Ya Allah, golongkan kami dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan memperbaiki amal.

Semoga Allah menerima amalan kita semua, mengurniakan kita keberkatan dalam kehidupan dan akhiran yang mulia.

Allahu 'Alam.

🌹Mak Long
12 Syawal 1446H

PUASA REFLEKSI DAN PERUBAHAN

"The grass is always greener on the other side of the fence."

Ya, ungkapan itu ada benarnya. Seringkali kita melihat apa yang orang lain miliki itu lebih indah, lebih berjaya malah lebih bahagia. 

Sehingga terkadang kita tidak sedar bahawa kita kurang bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

Jadi bagaimana untuk menjadi dari golongan yang sedikit iaitu orang-orang yang bersyukur?

Sebenarnya, apa yang kita ada inilah harapan. Kurniaan Tuhan kepada kita yang bisa membawa kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mula dengan merasa cukup. Apa yang sedia ada digunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada dari diri, keluarga dan komuniti demi meraih redhaNya.

Kita ada rumah. Tak apa sekecil apa pun. Rumah itu dijaga dan dihiasi seadanya supaya nyaman untuk seisi rumah. Jika ada laman boleh bercucuk tanam seadanya dan berkongsi sesama tetangga.

Merasa bersyukur juga dengan berserah pada Tuhan yang Maha Mengatur. 

Dilindungi, dicukupi dan di

Keberkatan rezki, masa dan umur.

"Ya Allah, jadikan kami di kalangan orang-orang yang sedikit, yang mensyukuri dan yang bertaqwa."