Ibu ayah yang baik bukanlah yang tidak melakukan kesilapan, tetapi ibu ayah yang baik selalu muhasabah diri, memohon ampun, mengaku jika ada kesalahan dan berusaha menambah ilmu untuk memperbaiki amal.
Ramadhan tiba. Tujuan utama berpuasa adalah supaya kita bertaqwa.
Bulan untuk kita lebih "mindful" dan mencapai kesedaran yang lebih tinggi dalam berfikir dan bertindak
Puasa melatih diri untuk mendidik dengan taqwa.
Bagaimana?
Masalah tandanya berlaku "deviation from fitrah".
Apakah itu fitrah?
Fitrah "salimah" bermaksud fitrah yang baik iaitu tabiat semula jadi yang bersih.
Setiap kerosakan dan kekurangan yang melekat atau mengubah kemuliaan fitrah mesti dihilangkan supaya ia kembali dalam keadaan fitrah "salimah".
Orang yang bertaqwa boleh jadikan diri sendiri tempat untuk mencari fatwa apabila menghadapi masalah.
Sila rujuk artikel berkaitan https://rentis.blogspot.com/2024/02/fitrah-salimah-penentu-kejayaan-dan.html?m=1
Mohonlah petunjuk dari Allah dengan melihat ke dalam diri dan mengaku kesilapan. Usah menafikan, mengelak, menyalahkan orang lain atau mengungkit.
Dalam diri kita ada sumber hikmah yang perlu digali. Allah mengilhamkan dua pilihan dalam diri kita iaitu jalan taqwa dan jalan fasik.
Pilihlah jalan taqwa supaya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung BUKAN memilih jalan fasik iaitu jalan orang-orang yang rugi.
Contoh: Jika anak bergaduh, pilihlah untuk bertenang dan menjadikan apa yg berlaku sebagai peluang untuk mendidik anak bukan beremosi dan marah pada anak.
Pilihan kita untuk bertenang menjadikan fitrah kita baik.
Sebaliknya, ledakan emosi menyebabkan kita stres. Anak pula berasa takut dan respon lawan-atau-lari atau "fight-or-flight response" diaktifkan. Mereka melarikan diri atau melawan jika selalu dimarahi.
Jadi jalan taqwa yang kita pilih menjadikan fitrah anak juga baik.
Al-Qur'an: Surah Ash-Shams, Ayat 7-10
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
.فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotor
Melunaskan tugas dan tanggungjawab setiap hari bukanlah mudah. Doa adalah senjata kita. Selalulah berdoa dan berzikir. Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.
Al-Qur'an: Surah Al-Baqarah ayat 153:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."
"Ya Allah, jadikanlah Ramdhan kali ini lebih bermakna dan mudahkan segala urusan ibadah supaya kami lebih bertaqwa."
Al Qur'an: Al-Furqan ayat 74
وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
Al-Qur'an Surat Al-Araf Ayat ke-23
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ
Keduanya berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”
Allahu 'Alam.
Rujukan:
Buku " Hiduplah untuk hari ini"
Oleh Muhammad Al-Ghazali
🌹Mak Long
#closetoyourheart
rent