Org kata:sorok perasaan kita drpd anak
Saya kata:Label perasaan kita. Biar anak tahu dan belajar memahami perasaan org lain
Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
Penerokaan kehidupan yang perlu dirintis dan dikongsi bagi memudahkan perjalanan semua dalam dunia yang sementara ini. Moga usaha kerdil ini memberi manfaat serta dirahmati dan diberkatiNYA.
Org kata:sorok perasaan kita drpd anak
Saya kata:Label perasaan kita. Biar anak tahu dan belajar memahami perasaan org lain
Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
Hati yg jernih sukakan kebaikan
Hati yg jernih mencari kedamaian
Hati yg jernih mudah memaafkan
Hati yg jernih sedar dan mengaku kelemahan diri
Hati yg jernih sedia berubah
Hati yg jernih selalu ingat mati
Hati yg jernih hidupnya berbakti
Hati yang jernih memelihara silatulrahim
Wallahu 'Alam
Rosnah Ahmad
Org kata: Jgn bagi tahu anak bila kita susah
Saya kata: Bagi tahu waktu susah dan jgn biasakan anak dgn kemewahan waktu senang
Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
💥Orang kata: Kesian nak suruh anak tolong kerja rumah sebab masih kecil
Saya kata: Latih anak menolong dan urus diri ikut kebolehan sejak kecil.Bagus untuk sahsiah dan perkembangan holistik anak.
Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
Wahai sahabat
Teruskan perjuanganmu
Walau apa jua cabaran
Mehnah dan tribulasi itu sunnatullah
Adat orang berjuang
Bersabar dan yakinlah
Allah bersamamu
Senyumlah selalu😀
Damaikan jiwamu dengan zikrullah🌴☘
Objektif :
*Objektif #1 adalah objektif bidang fokus (dalam contoh ini fizikal)
*Objektif mesti satu tahap lebih tinggi yang mampu dicapai oleh
kanak-kanak supaya perkembangan mereka dirangsang dan digalakkan dengan baik.
*Objektif mesti SMART
Spesific-khusus
Measurable-boleh diukur
Attainable-boleh dicapai
Reassonable-Bersesuaian
Time bound-Terikat pada masa pelaksanaan
*Gunakan kata kerja (verbs) yang jelas dan menggunakan ayat aktif
seperti:
Menunjukkan anggota badan
Menyebut warna
Melukis bahagian tumbuhan
Menyusun blok
Mengasingkan blok mengikut saiz
Membilang objek
Menyanyi lagu
|
Perbualan antara saya dan anak saya Izzudin aka Din (15 tahun) sebentar tadi...
Mak: Apa pendapat Din tentang anak-anak yg tak minat bermain di luar.
Din: Senang je mak. Bacakan banyak buku cerita berkaitan alam dan keindahan, nanti dia minatlah nak main di luar
Mak:Bernas jugak idea Din tu...ada lagi tak idea..
Din:Nantilah mak..ni nk bersiap nk main di luar
Mak: Oh ya..dah petang..
Bermainlah wahai anakku
Tentu damai dan indah hari2mu
#KembaliKepadaFitrah
Tahukah anda bahawa kemahiran bahasa anak adalah antara faktor penting untuk kesediaan anak ke TADIKA dan sekolah?
Menurut Teori Vygotsky, bahasa berkembang dari interaksi sosial dengan orang lain dan perkembangan bahasa sangat berkait dengan perkembangan kognitif.
Mutakhir ini saya banyak menerima persoalan daripada ibu dan guru TADIKA berkaitan anak tidak lancar bertutur dan bercakap menggunakan dua patah perkataan sahaja. Ini menyukarkan anak mengikuti pembelajaran dan pengajaran di TADIKA kerana bahasa adalah saluran mendapatkan ilmu.
Secara mudah untuk memahami tahap perkembangan bahasa anak adalah kemahiran bertutur menggunakan sekurang-kurangnya:
🌴1 patah perkataan untuk anak 1 tahun -contoh "susu",
🌴2 patah perkataan untuk 2 tahun-contoh "nak susu"
🌴3 patah perkataan untuk 3 tahun: contoh "adik nak susu"
🌴4 patah perkataan untuk 4 tahun- contoh "adik nak minum susu"
Seorang anak berusia 4 tahun lazimnya sudah boleh bercakap menggunakan 4 atau lebih patah perkataan. Mereka juga sudah boleh berbual, menyatakan kehendak,bercerita, mengambil giliran dalam perbualan, memberi pendapat dan meluahkan perasaan.
Bagaimana kanak-kanak memperolehi bahasa?
Cuba ingat balik bagaimana kita memperolehi bahasa ibunda kita. Ya, kita memperolehi kemahiran bertutur secara natural sahaja iaitu dengan mendengar berulang-ulang dan meniru pertuturan dari interaksi sosial dan komunikasi dua hala dengan ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawan. Apabila masuk sekolah kita perkayakan lagi bahasa dengan PDP di sekolah.
Peringkat awal terutama pada usia 3 tahun ke bawah adalah masa kritikal untuk perkembangan bahasa. Anak mesti didedahkan kepada sebanyak mungkin interaksi sosial dan komunikasi dua hala setiap hari. Ibu bapa dan pengasuh mesti selalu bercakap dengan bahasa yang betul dengan anak dalam perbualan harian.
Ya! berbual bukan hanya terhad kepada menamakan sahaja seperti baju, kerusi dan beg atau hanya memberi arahan seperti " mari makan", " duduk sini", " jangan berlari".
Libatkan anak dalam rutin harian di rumah seperti memasak, makan bersama, melipat pakaian, berkebun dan bermain supaya ada banyak ruang untuk berkomunikasi.
Selain daripada itu banyak bercerita dan membaca buku cerita bersama anak juga membantu perkembangan bahasa mereka.
Suka saya ingatkan! Jauhi gajet dari anak anda pada masa kritikal ini kerana ia hanya interaksi satu hala yang tidak menyokong perkembangan bahasa anak.
Apapun setiap anak berkembang dengan kesediaan masing-masing. Jika anak masih tidak bercakap dalam persekitaran sosial yang kondusif, sila rujuk kepada pakar yang berkaitan.
Sekian. Wallahu 'Alam.
#Kembali Kepada Fitrah
#Rumah Sekolah Pertama
#Ibu Bapa Guru Utama