Copy & Paste..terima kasih kepada penulis
Saya pernah kenal seorang pakcik di pasar malam yang jual martabak yang sangat sedap. Kalau tengok dari segi pakaian beliau dan isteri and everything memang nampak macam orang biasa-biasa. Tapi semakin hari semakin rapat maka saya cuba bertanya tentang bab perniagaan.
Alangkah terkejut bila saya dapat tahu, rupanya ada satu rumah yang paling besar yang cantik di bahagian depan jalan raya yang selalu saya lalu adalah rumah pakcik ni.
Tanya punya pasal.
Korek rahsia demi rahsia.
Mereka ada 12 orang zuriat.
Yang mana setiap seorang dari anak-anak juga punya perniagaan tersendiri hatta kerjaya mereka adalah seorang guru, doktor, polis dan sebagainya. Subhanallah ! Mereka wajib memasukkan wang ke akaun ibu ayah walaupun dengan hanya angka RM 100 untuk sebulan. (Atas arahan dan didikan abang sulung).
Woww!
Saya teruja dan terkejut biar betul ?
Bayangkan kalau setiap anak memasukkan 1k sebulan ? Itu kalau sebulan. Kalau bertahun ? Pesan pakcik ni lagi, berjaya mana pun jangan pernah belakangkan ibu ayah.
Kalau ikutkan cerita, boleh saja mereka duduk rumah goyang kaki travel sana sini. Tapi mereka memilih untuk berniaga dan bantu orang lain kerana perniagaan sebenarnya 'keuntungan' di akhirat nanti. Sebab setiap kebaikan yang pernah kita lakukan pada pembeli maka pembeli-pembeli inilah yang esok hari Insya Allah membantu kita di akhirat kelak.
Kenapa Rasulullah s.a.w berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja-kerja dakwah baginda tidak dibuat secara terang.
Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah ta'ala sahaja.
Kemudian apa?
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Di sini dalam konteks dakwah, Nabi akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhuwwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara utama yang perlu dijaga ialah 'good contact', masyarakat cina sangat menjaga hubungan 'good contact' mereka.
Contohnya ketika saya di Beijing, di mana-mana kedai yang saya masuki mereka melayan saya seperti seorang puteri. Mereka punya good contact untuk membuat saya membeli sesuatu benda atau produk yang mereka hasilkan. Kita boleh ambil sisi yang baik dari kehidupan masyarakat cina.
Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, 'good contact' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yang dibawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dengan jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dengan jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam. Right ?
Kemudian pula apa lagi?
Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan horizon dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk menghasilkan produk yang terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia. Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang ke sana ke mari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa kita dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yang tidak tahu apa yang baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah 'tarbiyyah diri' untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniaga nak kaya itu adalah kesilapan pertama. Ingat, kesilapan pertama.
Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik-baik umat nabi saw adalah yang memberi manfaat pada mukmin yang lain?
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Berapa usia kita?
Contohi nabi s.a.w di usia kita.
Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.
Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
Kita juga mungkin pernah berputus asa berniaga. Tapi kita belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak kita faham nikmatnya bangkit.
Yup! Find your strength!
Semoga bermanfaat dan bantu saya sebarkan ilmu ini kepada seluruh peniaga juga bakal peniaga. Wallahualam.
#KakHassanah
No comments:
Post a Comment