Lama bercuti dan berehat dari kerja-kerja jemaah, akhirnya berkesempatan menyertai T.O.T (Training for Trainers) Asuh Fitrah anjuran JK Athfal dan Aulad bawah pimpinan Kak Anfaal pada 31 Januari lalu.Sepetang dihabiskan mengelola dan menyertai program. Terlalu banyak perkara baru yang dipelajari terutamanya hal ehwal pendidikan anak-anak awal usia..kalau sebelum ni banyak membaca teori2 ciptaan penulis barat tentang perkembangan anak-anak, kali ini berkesempatan melihat dan mempelajari sendiri hands-on experience dari individu-individu berpengalaman yang rata-ratanya memiliki taska dan tadika sendiri.
Benar seperti kata Mak Cik Rosnah (speaker dan penulis buku berpengalaman dalam pendidikan awal usia), anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya 'sensitive period' sepanjang perkembangan mereka. Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing). Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak. Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas 'kejayaannya' itu.
Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak. Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut. Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari.
Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:
1. Sensitive period: menyonteng
Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.
Kesalahan kita: Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata)
Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil 'seninya' dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala.(At the age of 18 months my little Itqan and Ijlal had already known the correct way of holding a pencil. Little Ijlal can spend hours doodling on her art book (used exercise book)instead of watching cartoons or playing with toys.)
2. Sensitive period: main pisau
Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.
Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur.
Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia 'menjalankan' kerja-kerja dapurnya. (my little Ijlal loves to 'help' everytime I cook. So, she has her own butter knife to cut pieces of potatoes or carrots)
3. Sensitive period: basuh pinggan
Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.
Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi 'rebel' jika keinginan ini tidak dipenuhi.
Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!
4. Sensitive period: makan sendiri
Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan.
Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.
Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua. (At the age of 3, little Itqan can eat on her own without my assistance. Little Ijlal still learning)
.........more tips to comeSensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh 'sensitive periodnya' masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.
Itqan's Sensitive Period: Jaga baby
Ijlal's smile of satisfaction, done with her 'art' work