Thursday, January 7, 2021

KUMPULAN SOKONGAN KEIBUBAPAAN/PARENTING SUPPORT GROUP @LAMAN MAK LONG

Assalamualaikum. Salam keindahan dan kedamaian.

Mak Long menjemput 20 orang pertama untuk menyertai Kumpulan Sokongan Keibubapaan/Parenting Support Group (untuk ibu bapa/penjaga anak awal usia dan pertengahan) yang akan dikendalikan oleh Mak Long sendiri (Parenting Coach) dan Puan Norhanam Sulong (Kaunselor Berdaftar)

Objektif:

1. Mengumpulkan 20 orang ibu bapa/penjaga yang berminat di fb group Laman Mak Long.

2. Berkongsi pengalaman dan pendapat melalui zoom meeting secara berkala (untuk permulaan 2 minggu sekali).

3. Memberi sokongan berkaitan keibubapaan sesama ahli kumpulan dari semasa ke semasa.

4. Melahirkan ahli kumpulan yang berkemahiran mengenai asas menolong isu-isu keibubapaan dalam komuniti.

🌱Yuran komitmen sebanyak RM10/sebulan/seorang dikenakan bagi tujuan pengurusan dan bantuan sokongan moral kepada ibu bapa/penjaga yang memerlukan (bantuan berbentuk barang keperluan sahaja).

Kepada ibu bapa/penjaga yang berminat untuk menyertai kumpulan sokongan keibubapaan/Parenting Support Group @Laman Mak Long boleh pm Mak Long di nombor 0139308873.

Allahu 'Alam.

🌹Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com
#LamanMakLong
Ibu Bapa Tenang, Anak Cemerlang

Wednesday, January 6, 2021

KATAKAN " TIDAK" KEPADA YANG " TIDAK FITRAH".

Mutakhir ini banyak sekali produk yang mempromosikan hasil yang cepat. Contoh,  cepat membaca, menulis dan mengira.

Apabila hasil yang cepat ditekankan maka prosesnya menjadi tidak fitrah dan menekan emosi kanak-kanak.

Contoh, minat membaca seharusnya dipupuk dahulu. Anak kecil suka mendengar cerita dan suka dibacakan buku cerita. Pupuk minat membaca dengan kebiasaan membacakan buku-buku cerita. Kemudian mereka dengan sendirinya minat untuk belajar membaca dan proses mengajar membaca menjadi lebih mudah berbanding  terus mengajar membaca dengan buku cepat membaca

Juga semuanya berlaku secara holistik dan bersepadu bukan terpisah-pisah.

Contoh, anak minat menconteng, kemudian akan melakar dan melukis. Mereka akan secara natural menulis dengan bimbingan dan kemudian membaca apa yang di tulis.

Proses mendidik menjadi lebih natural, bermakna dan setiap potensi serta kebolehan anak dirangsang. InsyaAllah emosi anak tenang dan ibu bapa/pendidik juga tenang dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) begini.

Kanak-kanak ada masa tersendiri untuk berkembang. Persekitaran yang kondusif dan pedagogi yang sesuai akan melahirkan anak yang cemerlang. 

Kalau semua nak cepat bimbang lahirnya anak yang boleh membaca, menulis dan mengira tetapi emosinya tertekan dan kurang minat untuk belajar. Juga PDP hanya tertumpu di dalam kelas dan tidak memberi makna dalam kehidupan seharian.

Raikan fitrah anak.
Katakan "tidak" kepada yang "tidak fitrah".

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita serta memudahkan dan memberkati usaha kita dalam menyantuni fitrah anak-anak.

Allahu A'lam.

🌾Rosnah Ahmad/Mak Long
#LamanMakLong
Ibu Bapa Tenang, Anak Cemerlang