Friday, September 30, 2016

Aku Yang Fitrah

Aku Yang Fitrah
Rosnah Ahmad

Ibu ayah,
Apabila aku menangis ketika bayi
Segeralah mendatangi aku
Mungkin aku lapar
Sakit atau tidak selesa
Atau mungkin aku perlukan perhatian
Tika itu keperluan aku perlu dipenuhi
Agar aku membina rasa percaya
Jika aku tidak diendahkan
Aku akan membina rasa tidak percaya terhadapmu
Sukar untuk aku merasa selamat
Dan membina hubungan denganmu
Jika aku sudah ada rasa tidak percaya...

Ibu ayah,
Diusia tatih aku menunjukkan otonomi
Aku mula belajar berdikari
Aku juga semakin aktif bergerak
Aku sangat suka meneroka
Mindaku menyerap pengetahuan
melalui deria
Aku sedang memahami dunia persekitaran melalui bermain
Namun jika aku sering dikongkong, dimarahi dan dikritik
Kau akan dapati aku teragak-agak
Otonomiku terkesan
Aku mula merasa malu dan ragu-ragu
Untuk melakukan sesuatu...

Ibu ayah,
Masa begitu pantas berlalu
Selepas 3 tahun kau akan dapati aku mula menunjukkan inisiatif
Aku rajin sekali menolong
Aku semakin berdikari dan bertanggungjawab
Aku suka berkreatif
Namun jika aku selalu dikongkong, dikritik dan dimarahi
Aku akan rasa bersalah
Tidak yakin dengan kemampuanku
Jika aku diberi kertas untuk dilukis dan diwarna
Aku akan bertanya bagaimana harus aku lukis
Dan warna apa yang harus aku pilih
Kerana aku takut berbuat salah
Jika pilihan warnaku tidak memenuhi kehendakmu
Dan hasil karyaku tidak sepertimana kemahuanmu...

Ibu ayah,
Aku perlu percaya padamu
Rasa selamat dalam kasih sayangmu
Nescaya aku berkembang secara natural
Usah dipaksa
Usah dikongkong
Usah dikritik
Usah dimarahi
Jadilah pemudahcara kepadaku
Bimbinglah aku sesuai dengan kebolehanku
Dalam proses aku membesar
Berikan kebebasan kepada aku untuk meneroka dan mencuba
Cuma awasi aku
Pastikan keselamatanku dijaga
Dan didiklah aku berakhlak mulia...

Ibu ayah,
Kini aku sedia memasuki alam persekolahan
Keyakinan diri yang tinggi menjadi aset dalam mengembangkan potensiku
Sesuai dengan tujuan aku dilahirkan
Sebagai seorang Khalifah...

Ibu ayah,
Aku yang fitrah
Aku dijadikan sebaik-baik kejadian
Aku...
Anakmu
Aku...
Amanah buatmu.

Puisi 👆 adalah berkaitan teori erikson..

3 tahap perkembangan psikososial erik erikson iaitu:-

1  Trust vs mistrust...percaya lawan tidak percaya- lahir hingga 18 bulan
2. Autonomi vs shame/doubt..Otonomi lawan malu/ ragu-ragu-18 bulan hingga 3 tahun
3.Initiative vs guilt...Inisiatif lawan rasa bersalah-3 hingga 5 tahun

Wallahua'lam.

Sunday, September 25, 2016

Present

Be present with your children
Enjoy the moments
Learning is a natural process
In a loving environment...

Parenting is to be embraced
Not raced
Moments are to be enjoyed
Not captured.

#Sentuhanbapabelaianibu

Insan

Insan
Rosnah Ahmad

Wahai diri,
Ingatlah...
DIA yang menjadikanmu dengan sebaik-baik kejadian
DIA menyempurnakan jiwamu
DIA mengilhamkan jalan ketaqwaan dan kefasikan
Sebagai pilihanmu
Jalan menuju keberuntungan atau kerugian

Wahai diri,
Sesungguhnya...
DIA menjadikan hidup dan mati
Adalah untuk
Menguji amalmu...

Wahai diri,
Janganlah alpa...
Demi masa berbaki
Berpesan-pesanlah
Dengan kebenaran
Dengan kesabaran
Agar dirimu
Tidak kerugian

Wahai diri,
Sedarlah...
Bahawasanya kain kapanmu sedang disulam
Insaflah...
Akan tiba saat
Kau kembali kepada...
DIA.