Friday, November 2, 2018

RPA DI TASKA-MAKAN IKAN BAIK UNTUK SAYA


RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) DI TASKA
MAKAN IKAN BAIK UNTUK SAYA




Bidang: Pemakanan seimbang
Umur Kanak-Kanak: 4 tahun 
Bilangan Kanak-Kanak: 4 orang
Tema: Haiwan Laut
Tajuk: Makan ikan baik untuk saya
Pengetahuan Sedia Ada/Kebolehan: Kanak-kanak sudah boleh berbual dengan ayat panjang dan lengkap.

Objektif:
1. Kanak-kanak boleh berbual mengenai khasiat ikan dan kebaikan makan ikan (*objektif khusus)
2. Kanak-kanak boleh berbual akibat tidak makan ikan. (*objektif gabungjalin)
3. Kanak-kanak boleh berbual mengenai masakan/resepi berasaskan ikan. (*objektif gabungjalin)

Bahan: 
1. Buku resepi kanak-kanak (masakan berasaskan ikan) 
2. Kad-kad gambar kanak-kanak sihat dan tidak sihat 

Tempat/Ruang Aktiviti: Ruang makan

Langkah: (Nota: Pedagogi yang digunakan adalah permainan bahasa)
1. Ucap salam kepada kanak-kanak. Bawa kanak-kanak ke ruang makan dan galakkan kanak-kanak duduk disekeliling pendidik.
 2. Bermesra dengan kanak-kanak dengan berbual mengenai apa yang kanak-kanak makan sewaktu makan malam di rumah semalam. 
3. Berbual tentang pelbagai masakan berasaskan ikan dalam buku resepi dan berbual mengenai siapa suka makan ikan.
4. Berbual tentang khasiat ikan dan terangkan tentang kebaikan makan ikan (untuk kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak)
5. Galakkan kanak-kanak makan ikan dan bercerita kebaikan memakan ikan. Rujuk kepada gambar kanak-kanak sihat.
6. Berbual tentang akibat tidak makan ikan kepada kanak-kanak dengan merujuk kepada gambar kanak-kanak tidak sihat.
7.Memberi galakkan dan pujian pada kanak-kanak atas usaha dan kerjasama mereka dalam proses mengetahui khasiat ikan dan berbual mengenai khasiat ikan.
8. Sekiranya kanak-kanak kurang faham tentang khasiat memakan ikan, galakkan kanak-kanak mengasingkan gambar kanak-kanak sihat dan tidak sihat.
9. Bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai aktiviti yang sudah dijalankan. Berikan penghargaan atas usaha dan kerjasama kanak-kanak. 
10. Galakkan kanak-kanak mengemas barang dan ruang aktiviti. Ucapkan terima kasih.
11. Kembalikan kanak-kanak kepada pendidik mereka.

Perhatian:

Keselamatan
1. Pastikan peralatan diperbuat daripada bahan yang selamat untuk kanak-kanak.

Kebersihan
1. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan selepas aktiviti.
2. Pastikan bahan-bahan yang digunakan dalam keadaan bersih.

Kesihatan.
1. Pastikan pendidik menggunakan bahasa yang sesuai dengan umur dan pengalaman kanak-kanak dalam menerangkan khasiat.

No comments: