Sunday, October 28, 2018

Selective Mutism

Dari fb Hadzari Ismail

“Puan, anak puan ni terlalu pendiam di dalam kelas. Kat rumah memang pendiam juga ke?”

Terkejut ibunya. Sebab anaknya di rumah sangatlah aktif dan banyak bercakap. Jadi, bila guru memberitahu yang anaknya seorang pendiam, mestilah ibunya terkejut.

Banyak kali saya menjadi saksi, apabila anaknya masuk sahaja ke dalam kereta, segala macam aksi dapat dilihat dari luar. Dan banyak bercakap dengan adiknya.

Di sekolah, dia hanya meriah dan aktif bercakap dengan seorang guru sahaja. Dengan guru-guru lain, memang mulut dia terkunci rapi.

Pelik bukan?

Tidak terlalu pelik jika kita faham keadaan dan tingkah laku kanak-kanak yang dipanggil ‘Selective Mutism’.

****

Selective Mutism ini adalah satu bentuk anxiety di anak kanak-kanak tidak boleh bercakap atau berkomunikasi dengan baik pada situasi-situasi tertentu. Lazimnya macam contoh di atas, kanak-kanak mampu berinteraksi dengan baik dan efektif di rumah tapi tidak di sekolah kerana di rumah, mereka berasa selesa, tenang dan selamat.

Keadaan ini hanya dapat dilihat jika kita berikan situasi yang berbeza untuk kanak-kanak, seperti di sekolah. Sebab itu masalah Selective Mutism ini tidak dapat dikenal pasti sehingga umur anak-anak ke sekolah.

Di sekolah pula, guru mungkin tersalah tafsir jika tidak diamati dengan betul. Guru akan tersilap dengan menganggap anak tersebut seorang yang pelajar yang baik, pendiam, sopan, tidak bising dan pemalu – yang penting tidak mengganggu sesi pembelajaran di dalam kelas.

Maka, ibu bapa pun gembira bila guru memberitahu anaknya berkelakukan yang sangat baik ketika ambil report card.

Ia tidak tertakluk sahaja kepada persekitaran dan ruang, tetapi juga orang! Ya, mereka juga akan bercakap dengan orang-orang tertentu sahaja.

***

Kanak-kanak yang mempunyai masalah Selective Mutism sebenarnya struggle untuk melakukan aktiviti di dalam kelas seperti membaca dengan kuat, bercakap di hadapan kelas, bekerja di dalam kumpulan – di mana ia memberi kesan kepada perkembangan yang menyeluruh.

Masakan tidak, nak minta izin pergi tandas pun takut nak angkat tangan.

Mereka bukan tak mahu cakap sebab tiada exposure atau knowledge, cuma ya, keadaan sekeliling tidak membuatkan mereka rasa cemas sehingga tidak mahu/takut untuk bercakap.

Contoh symptom lain seperti kanak-kanak ini akan menggunakan non verbal actions seperti mimik muka, angguk, facial expression. Itu pun takut-takut nak respon.

Maka ia membawa kepada masalah-masalah lain seperti masalah pembelajaran  dipinggirkan kawan-kawan (social isolation), takut dimalukan di hadapan orang lain, clingy dengan ibu bapa sahaja, dan boleh membawa kepada temper tantrum dan tingkah laku negatif yang lain.

***

Antara misconception tentang kanak-kanak yang mempunyai masalah Selective Mutism ialah ingatkan mereka mempunyai trauma. Biasanya, trauma akan berlaku dan membuatkan kanak-kanak tidak bercakap untuk semua keadaan, dan bukan dengan keadaan tertentu. Ini tidak terjadi kepada kanak-kanak Selective Mutism.

Disebabkan Selective Mutism ini adalah masalah yang jarang berlaku, ia bukan senang untuk kita recognize. Even ahli perubatan kanak-kanak sekalipun. Jika tersilap, kita akan merujuk anak-anak ini mempunyai masalah komunikasi atau autism.

Dengan kata lain, mereka mahu bercakap. Berkobar nak bercakap. Tetapi tidak boleh bercakap dan bukannya tidak mahu bercakap.

Dan kanak-kanak ini bukan pemalu. Mereka hanya terperangkap dengan anxiety dalam diri. Lagi lama mereka terperangkap, lagi sukar untuk mengatasi masalah.

***

Apakah jalan terbaik untuk mengatasi(merawat) masalah ini?

Jangan sesekali paksa mereka untuk bercakap. Paksa tidak akan selesaikan masalah. Bagi mereka bercakap adalah perkara yang sangat susah dan perlukan rawatan yang berterusan. Bukan selesai dalam masa sehari.

Untuk ibu bapa, kita tahu anak kita mempunyai masalah ini, kita ada tendency untuk membantu mereka secara berlebih. Contohnya, jika di restaurant, anak akan rasa berdebak untuk order makanan, maka secara automatic ibu bapa akan membantu mereka memesan makanan. Tujuan ibu bapa untuk mengurangkan rasa debaran si anak, tetapi ia adalah satu langkah ‘rescuing’ untuk selamatkan anak-anak. Dan ia tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah kerana mereka akan terus diam selamanya jika berada di situasi yang sama untuk kemudian hari.

Di sekolah pula, selain kanak-kanak ini dianggap sebagai kanak-kanak yang baik dan sopan, ada juga guru mengganggap mereka sebagai orang yang degil. Degil nak bercakap. Keras kepala. Lama-lama, guru pun malas layan.

*kalau ada anak-anak begini, bawa jumpa untuk diagnos. Ikut statistik, tak ramai pun ada Selective Mutism. Mungkin simptom hampir sama, tapi tidak sama. :)

No comments: