Wednesday, December 20, 2017

Tanda Ilmu Bermanfaat

Sekadar berkongsi pesanan guru2 kita dalam keghairahan kita menuntut ILMU.

Kerana fitnah ilmu sangat bahaya.

Marilah kita pastikan ilmu itu memberi manfaat kepada diri kita terlebih dahulu.

APAKAH TANDA ILMU ITU BERMANFAAT?
ada banyak, tapi saya yang lemah, mampu kongsi 2 tanda sahaja.

1. MAKIN DEKAT KITA DENGAN ALLAH
Ilmu itu daripada Allah. baik ilmu agama mahupun ilmu dunia (sains, teknologi dsb)

sebab itu ramainya generasi terdahulu yang bukan sahaja pakar dalam ilmu dunia, bahkan seorang yang hebat mengenal pencipta. (ibnu sina, al-khawarizmi, ibnu batutah dll)

justeru, jika ilmu yang kita ada, tapi tidak dapat mengenali kehebatan pencipta, bahkan kita semakin jauh. itu bahaya!

Istighfarlah.

2. MAKIN KENAL DENGAN AIB DIRI KITA
Ilmu yang kita pelajari sepatutnya 'menyuluh' diri kita terlebih dahulu. Mana kekurangan dan aib kita. timbul rasa berdosa lalu segera kita taubat.

Kerana maksud ilmu adalah 'ketibaan makna pada diri'

Tapi jika kita ada ilmu dan gemar mencari kelemahan orang lain, menyuluh salah orang lain. ini musibah.

dengan ilmu, kita merendah2kan orang lain, makin sombong dan angkuh. seolah2 hanya kita yang maha betul. ini fitnah ilmu dan syaitan telah menjadi guru!

justeru, dengan perkongsian ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ilmu yang kita pelajari memberi 'makna' pada diri sendiri. ilmu yang bermanfaat.

No comments: