Thursday, December 28, 2017

TAHAP PERKEMBANGAN LUKISAN DAN TULISAN KANAK-KANAK.

Tahukah anda bahawa kerjaya menulis anak bermula dengan menconteng, melakar dan melukis.
10 tips menggalakkan anak berkarya dan menulis secara natural.
1.Jadikan melukis dan menulis satu proses yang bermakna dalam kehidupan anak. Kaitkan dengan apa yg di alami.
2.Bebaskan sahaja mereka berkarya sesukanya di mana sahaja.
3.Beri kertas kosong bukan kertas kerja ( work sheet). Galakkan anak bercerita, melukis dan menulis.
4.Galakkan mereka melukis apa yang mereka nampak dan fikirkan
5. Galakkan anak menulis walaupun salah ejaan.
6.Jangan beri pemadam dan minta anak padam ejaan yang salah. Biarkan saja kerana itu "invented spelling".
7.Jangan minta anak padam lukisan atau minta anak ikut hasil lukisan yang kita mahukan.
8.Berbual dan bertanya apa yg dilukis oleh anak. Beri galakan dan pujian atas usaha anak bukan pujian atas hasil kerja sahaja. Tambah perkataan dan ayat atau maklumat yang betul sepanjang proses interaksi dengan anak.
Contoh:
Anak: Atas mata itu apa ibu?
Ibu: Itu namanya kening
(Anak belajar perkataan baru)
9. Sediakan persekitaran yang kondusif serta perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan anak.
10. Terima seadanya dan pamerkan karya anak supaya mereka rasa dihargai.
🌱Mak Long Rosnah Ahmad
#SantuniFitrah
#SentuhanBapaBelaianIbu

No comments: