Thursday, June 22, 2017

Filter your thought

Never let the opinion of those who don't matter to you matters too much
Filter your thought
Reflect and learn
Progress on the path of excellence
Empower the abundance within you
Be you
You matter!

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Tuesday, June 20, 2017

Rasa Kesian Yang Boleh Melemahkan Diri

Teringat artikel lama saya👇�

13 April 2012

RASA KESIAN YANG BOLEH MELEMAHKAN DIRI
Oleh Rosnah Ahmad

Alhamdulillah, Syukur kerana selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah bermusafir di Johor Bharu selama 3 hari 2 malam melaksanakan tugas melatih pengasuh-pengasuh dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak.

Kenangan menaiki  bas pukul 8.30 malam semalam dari Stesen Bas Larkin mengusik jiwa. Dapat tempat duduk belakang sekali kerana membeli tiket pukul 6.30 petang. Kadang-kadang sukar menjangkakan waktu habis tugasan.

Hujan mula turun seketika selepas bas bergerak. Hati mula bermonolog... “Sejuk,  penat, mengantuk, badan terasa lemah kerana demam selsema sejak  malam semalam mungkin dok terkena hujan semasa dalam perjalanan ke JB pada petang Khamis."

" I can easily got into self-pity mood at times" sms saya kepada seorang sahabat..."but think positive and syukur." jawab saya sendiri.

Ya betul, pada usia saya ini kadang-kadang perasaan kesiankan diri mula menular apabila berhadapan situasi begini . Teringat pula kepada pesanan seorang lagi sahabat. Pesannya “ berhati-hatilah supaya tidak selalu terperangkap dengan rasa kesian pada diri sendiri kerana ia boleh melemahkan diri kita.”

Kembali rasa insaf, memuhasabah diri dan kenangan semasa latihan tadi mengusik jiwa. Bersyukur dapat beramal pada pengasuh-pengasuh yang sangat perlukan ilmu dan bimbingan. Juga pertemuan dengan sahabat-sahabat yang baik hati sepanjang masa di sana. Saya pujuk hati supaya sabar.

Surah Al-Baqarah, Ayat 153:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Saya kembali damai, mata terlena dan perjalanan terasa tidak terlalu lama.

Kini saya kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Syukur atas segala kurniaanNya...

Wallahua’lam...

Teratak Cenderawasih Indah, Kuantan.

Tuesday, June 6, 2017

Kawan

Kawan
Bukan siapa kau
Dan siapa aku
Apa punya kau
Apa punya aku


Dulu juga kita kawan
Bisa saja kita terima
Adanya kau
Adanya aku


Kini kita masih kawan
Masih menerima
Malah lebih mengerti
Seadanya kita.

🌴nah