Monday, April 17, 2017

Resepi Sardin Goreng Pedas Ala Kg Durian Sebatang Raub

(1/4Dikongsikan resepi sardin kegemaran keluarga saya.

Bahan-bahan

4 biji kentang sederhana besar- dihiris nipis.(1/4cm)
1 tin sardin saiz sederhana (saya suka pakai mackeral, sebab isi lebih besar)
7 tangkai lada kecil merah(kisar)-boleh tambah atau kurangkan ikut suka atau tidak pedas
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
( blh kisar sekali cili , bawang merah dan bawang putih. Kisar kering ie tidak campur air atau tumbuk semua bahan dgn lesung-lagi sedap dan ori)
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 keping asam keping
Garam secukup rasa.

Cara – Cara untuk memasak :

1) Gorengkan ubi kentang yg di hiris nipis. Angkat bila sudah masak.

2).Asingkan Ikan Sardin dengan kuah tersebut.
Panaskan minyak dan goreng Ikan Sardin dengan api yang perlahan. Berhati-hati kerana minyak akan meletup-letup. Pastikan tutup kuali. Kalau tak, habis dinding dapur penuh dengan minyak.😄

Bila dah separuh garing,angkat ikan tersebut. Lagi garing lagi sedap, sebab ada rangup2 sedikit ditepi2.

Boleh juga kalau tidak digoreng dahulu ikan sardin. Terus masak je, kurang berminyak untuk yg menjaga kesihatan.

3) Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar sehingga garing dan naik minyak.

4) Bila dah garing, masukkan pula kuah sardin yang kita asingkan tadi. Gaul sehingga masak dan sebati.

5) Masukkan kentang yang sudah digoreng tadi. Reneh sekejap.

6) Masukkan pula bawang besar

7) Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, asam keping dan garam. Jika terlalu kering, anda boleh tambah air sedikit. Biar seketika sehingga mendidih dan naik minyak.

Sedap dimakan dengan nasi. Boleh jugak dicicah biskut tawar, lempeng atau jemput bilis.

Jika di keringkan boleh dibuat inti karipap sardin.

Selamat mencuba.

Rosnah Ahmad
#MasakMemasakMembawaBahagia

No comments: