Saturday, April 15, 2017

Kejayaan Mampu Milik

Jika kejayaan itu diukur dengan harta
Maka hanya mereka yang kaya sahaja dianggap berjaya
Jika kejayaan itu diukur dengan status
Maka yang berpangkat dan ada gelaran sahaja dianggap berjaya
Jika kejayaan itu diukur dengan populariti
Maka hanya yang terkenal sahaja dianggap berjaya
Jika kejayaan itu diukur dengan kebijaksanaan
Maka hanya cendiakawan sahaja dianggap berjaya
Jika kejayaan itu diukur dengan perbandingan
Maka hanya yang di hadapan dianggap berjaya
Jika kejayaan itu diukur dengan progres 
Maka semua mampu memilikinya...

Wallahu'alam

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#KejayaanMilikMu

No comments: