Thursday, March 9, 2017

Anologi Kapal Titanic

Analogi Kapal Titanic

Kenapa Kapal Titanic tenggelam:

1. Nampak seperti kerana melanggar "tip of the iceberg". Namun iceberg yang di bawah lebih besar lalu merosakkan kapal Titanic dan tenggelam

2. Kajian sains selepas 100 tahun mendapati keadaan suhu yg berbeza  menyebabkan "mirage" yang menyukarkan penglihatan. Ini menyebabkan pengawal menara tidak nampak iceberg sehingga pada jarak yg sudah terlalu dekat untuk Tintanic mengubah haluan dengan selamat.

3. Apa pun faktor-faktor itu hanya asbab- Titanic tenggelam kerana keangguhan manusia kpd Yang Esa yang menyatakan Titanic sebagai:

" The ship that never sank"

Begitu juga apabila orang bercakap berkaitan masalah biasanya yang dinyatakan itu hanya " tip of the iceberg". Jadilah pendengar yang baik dan selami untuk mendapatkan punca masalah sebenar.

Apa pun bantulah mereka melihat ke dalam diri, mencari punca mencari dan penyelesaian masalah. Ia adalah proses kembali kepada fitrah, penyucian jiwa dan pengislahan diri.

Wallahu'alam.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#SantuniFitrah!TransformasiDiri
#StayHumble

No comments: