Thursday, March 30, 2017

Kerja Rumah Yang Damai

Bila membuat kerja-kerja rumah
Bersyukur dan bersabarlah
Kerana menyantuni keluarga itu besar ganjaran dariNya
Betulkan niatmu
Berzikirlah
Senyumlah
Damailah dirimu yang bahagia dan membahagiakan
Dengan izinNya.

Rosnah Ahmad
#SenangkanlahHatimu
#MengemasMemasak😄

Tuesday, March 28, 2017

Sentap

Apabila kita sentap
Ada sesuatu yang mengusik ego kita
Kita ada pilihan
Samada untuk istighfar, mengaku,  menerima yang benar dan usaha berubah ke arah yang lebih baik
Atau sentap, marah-marah dan kekal begitu...

Huhu..tazkirah utk saya😄yang kadang-kadang sentap juga

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Penglibatan Ibu Bapa Meningkatkan Potensi Anak

Orang kata:  Anak mesti dihantar ke TASKA dan TADIKA yang berkualiti bagi menjamin kejayaan mereka di kemudian hari.

Saya kata: Itu sahaja tidak memadai dan bukan penentu kejayaan. Rumah sekolah pertama dan ibu bapa guru utama. Pendidikan bermula di rumah dan penglibatan ibu bapa di TASKA & TADIKA sangat penting untuk meningkatkan potensi dan perkembangan anak.

Maka institusi keluarga perlu diperkasakan dan peranan ibu bapa dalam pengasuhan dan pendidikan perlu dikembalikan disamping adanya sistem sokongan yang berkualiti.

Wallahu'Alam.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu.

Thursday, March 23, 2017

Be at Peace

Accept
Do not resist
Know your strength and weakness
Make your choice
Conquer your fear
Fight your defense mechanism
Reflect and learn
Progress and prosper
Be on the path of excellence
Be at peace.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Be at Peace

Accept
Do not resist
Know your strength and weakness
Make your choice
Conquer your fear
Fight your defense mechanism
Reflect and learn
Progress and prosper
Be on the path of excellence
Be at peace.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Tegas Berprinsip

Orang yang berprinsip tegas berbicara
Untuk menegakkan kebenaran
Bukan untuk meraih populariti
Orang yang tidak berprinsip terlalu menjaga hati dalam berbicara
Untuk disukai ramai
Hingga hilang integriti.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Tuesday, March 21, 2017

Hidup Dengan KeredhaanNya

Hidup ini perlukan keredhaanNYA
Bukan pujian dan sanjungan manusia
Cukuplah DIA bagi mereka yang  berserah

Rosnah Ahmad
#SenangkanHatimu

Monday, March 20, 2017

Redha dengan ujian

Kita dilahirkan suci
Kita inginkan akhiran yang suci
Di pertengahannya adalah ujian
Itulah hakikat
Jika kita menerimanya dengan redha
Dan menyucikan hati
InsyaAllah kita merasai kedamaian
Dalam apa jua.

Rosnah Ahmad
#SenangkanHatimu

Friday, March 17, 2017

Fight Your Defense Mechanism

Fear often leads to defense
Acknowledge your fear
Fight your defense mechanism
Step out of your comfort zone
Empower the leader in you
Execute the power of NOW
Progress and prosper

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Masa

Copy paste
Masa XII

Hampir 30 tahun dulu, aku bertanya kepada seorang professor tentang pengurusan masa. Katanya, kita tidak boleh uruskan benda yang tidak ada.

Kenapa pulak? Tanya ku.

Sebab masa tidak wujud. Jawabnya.

Melihat aku terdiam dan termenung, seakan2 cuba menyelami maksud kata2nya, dia menambah:  Masa tidak wujud. Ia sekadar bayangan prioriti. Uruskan prioriti mu dengan baik, maka akan terurus lah masa mu.

Semenjak itu aku tidak lagi berusaha menguruskan masa. Aku sekadar berusaha perbetulkan prioriti hidupku.

Think big picture

Think big
Think beyond your needs
Think big picture
Empower the leader in you
Lead with the end in mind

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Thursday, March 16, 2017

Thrive with honour

Do not try to be popular
Be principle centred
Stand tall
Strive with courage
Thrive with honour

Ungkapkan Sayang

Kasih yang diungkap
Sayang yang didengar
Berkata dari hati
Tersemat di hati
Yang bahagia dan membahagiakan.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
#DoakanAnakUngkapkanSayang

Kekasih Awal dan Akhir

Siang yang berlalu
Bermakna buat yang berbakti
Malam yang damai
Bermakna buat yang mengerti
Esok yang belum pasti
Bermakna buat yang menanti
Malam dan siang
Menyeru nama Kekasih
Kekasih Awal dan Akhir.

Selamat malam.
Assalamualaikum.

Rosnah Ahmad
#DamailahSemua

Wednesday, March 15, 2017

Serve

Serve
Where you are appreciated
Strive
With courage
Thrive
With honour

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#SentuhanBapaBelaianIbu
#KolejKomunitiRompin

Yang indah

Persepsi membezakan bagaimana seseorang melihat sesuatu
Yang indah itu biasanya melihat yang indah
Maka...
Jernihkan hatimu
Positifkan fikiranmu
Berbaik sangka selalu
Jika ingin melihat keindahan dalam apa jua

Rosnah Ahmad
#SenangkanHatimu

Thrive with honour

Empower the leader in you
Execute the power of NOW
Strive in the process of change
Hope for courage
Be on the path of excellence
Thrive with honour
Reflect and learn
Progress as you go

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Sunday, March 12, 2017

Life-LIVE in it


If you chase money
You are not LIVING
LIFE-Live in it
Grow with fundamentals and principles
-Abang Abu

Quotes by Rosnah Ahmad

Saturday, March 11, 2017

WE CARE

WE CARE
Wise (Bijak)
Bijak mngeluarkn kata2 yg mngembirakan org lain.

Emphathy(Empati)
Mengucapkan kata2 yg  mgambarkn rasa ehsan, memahami, simpati atau enak di dengari.

CARE ( Cakna)
Mengeluarkn kata2 yg mlambangkn sikap ambil berat atau cakna antara satu sama lain

ACCOUNTABILITY ( Kebertanggungjawaban)

Bertanggungjawan atas setiap perkataan atau nasihat yg diberi selari dgn perbuatan dn tingkahlaku.

RESPECT ( Hormat)
Mengeluarkn prkataan dgn rasa penuh hormat mngikut kategori umur, pangkat dlm kluarga @ jabatan.

ENJOY(Gmbira@Seronok)
Melahirkn kata2 yg mnyeronokkan hati org lain  wlaupn diri ketika itu tidak selesa dgn org brkenaan,namun prcakapan yg dikluarkn tetap mesra dn brsopan.

Dr Wan Fauziah

Jaga Adab dan Akhlaq

Orang kita: Anak generasi sekarang lain. Aktif dan kreatif. Mereka tak macam kita dulu.

Saya kata: Fitrah manusia tetap sama walau zaman berbeza. Akhlaq dan adab perlu dijaga walau generasi apapun yang kita didik. Tegurlah anak dan ajarlah adab dan akhlaq seperti adab berjalan depan orang tua, adab dalam masjid dan akhlaq ketika tetamu datang ke rumah.

Wallahu'alam.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Thursday, March 9, 2017

Anologi Kapal Titanic

Analogi Kapal Titanic

Kenapa Kapal Titanic tenggelam:

1. Nampak seperti kerana melanggar "tip of the iceberg". Namun iceberg yang di bawah lebih besar lalu merosakkan kapal Titanic dan tenggelam

2. Kajian sains selepas 100 tahun mendapati keadaan suhu yg berbeza  menyebabkan "mirage" yang menyukarkan penglihatan. Ini menyebabkan pengawal menara tidak nampak iceberg sehingga pada jarak yg sudah terlalu dekat untuk Titanic mengubah haluan dengan selamat.

3. Apa pun faktor-faktor itu hanya asbab- Titanic tenggelam kerana keangguhan manusia kpd Yang Esa yang menyatakan Titanic sebagai:

" The ship that never sank"

Begitu juga apabila orang bercakap berkaitan masalah biasanya yang dinyatakan itu hanya " tip of the iceberg". Jadilah pendengar yang baik dan selami untuk mendapatkan punca masalah sebenar.

Apa pun bantulah mereka melihat ke dalam diri, mencari punca mencari dan penyelesaian masalah. Ia adalah proses kembali kepada fitrah, penyucian jiwa dan pengislahan diri.

Wallahu'alam.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#SantuniFitrah!TransformasiDiri
#StayHumble

Lead With Love

I humble myself through life
I humble myself before You
Oh my God
The Almighty
The Most Merciful
The Most Beneficient
Help me lead with love
Shower me with Your guidance
Make ease my endeavours
Onto You I seek forgiveness
And onto You
I surrender...

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#LeadWithLove

Tuesday, March 7, 2017

Makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan

Orang kata: Biarlah anak pilih sendiri makanan yang dia suka asalkan dia nak makan.

Saya kata: Anak kecil belum tahu khasiat makanan. Kita sebagai ibu bapa perlu masak makanan dan galakkan anak makan makanan berkhasiat sesuai dengan usia kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Wallahu 'alam.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Penawar dari Al-Quran

Jernihkan hatimu dengan Al-Quran.

Yunus, Verse 57:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Surah Yunus, Verse 58:
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".

via iQuran

Sunday, March 5, 2017

Syukur

Assalamualaikum sahabat yang dirindu & dirahmati Allah.

Pagi yang bercahaya
Hari yang bahagia
Ya Allah
Ya Hayyu Ya Quyyum
Ya Ghafur
Ya Jalali Wal Ikram
Jadikan kami golongan yang sentiasa mensyukuri
Yang selalu ingat dan yakin
Bahawasanya kami pasti kembali dan bertemu denganMu
Anugerahkan kami iman yang sempurna
Hati yang kusyuk
Ilmu yang bermanfaat
Keyakinan yang mantap
Rezeki yang berkat
Kesihatan yang baik
Dan akhiran yang mulia.

Rosnah Ahmad
#SalamKeindahan&Kedamaian

Judgement doesn't define you

People judge you according to their perceptions
Or they mirror you
It doesn't define you but it defines them
Just check and balance yourself
Do not take in if it is not true
Ignore the unnecesary
You cannot please everybody
Move on
Progress as you go.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Saturday, March 4, 2017

Tegas itu perlu

Orang kata: Kalau tegas dengan anak nanti mereka tertekan

Saya kata: Ketegasan perlu dalam mendidik anak supaya mereka rasa selamat dan hormat terhadap ibu bapa.

Tanpa ketegasan anak sukar membezakan yang benar dan salah. Mereka juga kadang-kadang keliru.

Wallahu 'alam.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Friday, March 3, 2017

Kami Ini HambaMu

Siang sudah berganti malam
Sehari lagi sudah berlalu
Ya Allah
Ya Ghafur
Ya Jalalil Wal Ikram
Jadikan kami orang yang selalu ingat
Bahawasanya kami hamba
Tiadalah kepunyaan kami kecuali pinjaman yang diamanahkan
Jadikan kami pemimpin yang amanah dan adil
Ampuni dosa-dosa kami
Kurniakan kami akhiran yang baik
Dan tempat tinggal yang lebih baik.

Rosnah Ahmad
#DamailahSemua
#SelamatMalam

Assalamualaikum...

Thursday, March 2, 2017

Jumaat Yang Mulia

Assalamualaikum. Salam jernih dan indah buat semua🌺☘🌴🍀🌻

Pagi yang damai
Hari yang bermakna
Jumaat yang mulia
Ya Allah Ya Rabbal Alamin
Ya Hayyu Ya Quyyum
Ya Jalali Wal Ikram
Kurniakan kami...
Ilmu yang bermanfaat
Rezki yang berkat
Keyakinan yang mantap
Keluarga yang bahagia
Ukhwah yang mekar
Mudahkan urusan kami
Terimalah amalan kami
Ampuni kami
Jadikan kami orang-orang yang mendapat petunjuk
Yang memilih jalan taqwa
Iaitu jalan orang-orang yang beruntung.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Wednesday, March 1, 2017

Aku dan ibadah

Bila aku bekerja
Aku melunaskan tujuan hidupku
Bila aku kembali
Aku menyantuni keluargaku
Membersih
Mengemas
Memasak
Membasuh
Melipat
Bila kelapangan
Aku menegur sapa dan menziarahi jiran tetanggaku
Kaum kerabat dan sahabat-sahabatku
Bila aku penat
Bersyukur jua aku
Kerana aku sudah beibadat padaMu Ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Di setiap detik hidupku
Kau berilah pertolonganMu
Dalam ikhtiarku
Menuju kecemerlangan diri dan keluarga
Supaya menjadi qudwah hasanah kepada ummah
Ikhlaskan usahaku hanya keranaMu
Ampuni aku dan kurniakan aku akhiran yang baik.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#SenangkanHatimu

Lakar kejayaanmu sendiri

Lakar kejayaanmu sendiri
Usah harapkan orang lain mengangkatmu
Usah gadai prinsip hidupmu
Berani menjadi dirimu
Tegas berprinsip
Teguh berdiri
Walau adakalanya kau terpaksa berjalan sendiri
Senangkanlah hatimu
Kerana dirimu berharga.

Rosnah Ahmad
#MemperkasakanAnda

Create Your Own Success

Create your own success
Never wait for others to raise you
Dare to be different
Never loose your principles
Stand tall
Walk alone if you have too
You are enough
Be you.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Usah Membangau Lagi

Tak tahu
Belajar
Tak faham
Tanya
Tak ada
Cari
Tak dapat
Usaha

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#UsahMembangauLagi