Friday, February 10, 2017

Tempoh Kritikal

Orang kata: Budak-budak, biar dulu nanti besar dia retilah.

Saya kata: Anak perlu diasuh dan dididik dari usia awal mengikut tahap kebolehan mereka. Ada tempoh penting yang anak menunjukkan minat dan initiatif melakukan sesuatu. Itulah yang dinamakan tempoh kritikal atau " critical period".

Contoh: anak 3 tahun suka menolong. Ibu bapa mesti memberi peluang anak menolong seperti membasuh pinggan, menyapu dan mengemas mengikut kemampuan mereka. Pengajaran yang berkesan adalah melalui ibu bapa sebagai pemudah cara.

Jika anak yang menunjukkan minat dan initiatif dikongkong dan dihalang maka mereka sukar melakukan semua itu apabila besar.

Rujuk Teori Erik Erikson:.

1.Otonomi lawan ragu-ragu/malu-1 1/2 -3 tahun
2.Inisiatif vs rasa bersalah-3-5 tahun

Meluntur buluh biarlah waktu rebung.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

No comments: