Tuesday, February 28, 2017

Keep Climbing

There is always another mountain to climb
Just take a break
Enjoy the view
Then keep climbing
You will get to the next peak

Failure lead to success

More than often
Failure leads to success
Make your discoveries
LEAP!
Success is just around the corner

Leap

Fear of being judged
Often hold you back
Hold your fear in one hand
Hold your passion in the other
LEAP!
Execute the power of NOW
You have greatness within you.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Matlamat prasekolah

Matlamat pendidikan prasekolah bukan hanya untuk membaca, menulis dan mengira sahaja.
Jika itu sahaja matlamatnya
maka lahirlah anak yang biasa-biasa sahaja.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Do not take it personal

Sometimes when you speak the truth you will get rejection...
Don't worry and don't take it personal
It is them fighting with their ego
Nothing is wrong with you
So let it go
Move.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#LetItGo

Tegas berprinsip

Orang yang tegas selalu disalah ertikan sebagai garang
Tapi orang yang tegas memberi hak dan menyelesaikan masalah
Orang yang tegas ada prinsip
Tidak seperti orang yang nampak lembut tapi macam lalang malah boleh memporak- perandakan.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou
#BePrincipleCentred

Isu penderaan knk2 Taska dan Tadika...

Dr fb Hazhari Ismail

Satu persatu kes yang membabitkan institusi pendidikan taska dan tadika di Malaysia.

23.10.2015 – Kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dera pengasuh di Terengganu
04.01.2016 – Bayi 4 bulan maut di Taska, Georgetown
13.01.2016 – Dera bayi 3 bulan dan pengasuh di reman, Jitra
13.08.2016 – Kanak-kanak 3 tahun menjadi mangsa dera di tadika, Tawau
21.01.2017 – Bayi dipercayai diikat di taska, Kajang
26.01.2017 – Kanak-kanak 3 tahun dihempap pagar taska, Johor Bharu

Ia berlaku di semua negeri. Sehingga ibu bapa rasa takut untuk menghantar anak-anak ke taska dan mencari alternatif jika ada suri rumah yang boleh menjaga anak masing-masing. Jika di taska, ada dua jenisnya, taska berdaftar dan tidak berdaftar. Satu hal pula.

Dikatakan, sehingga penghujung tahun 2016, hampir 77 taska dan pusat jagaan kanak-kanak ditarik balik lesen kerana melanggar peraturan. Dah berdaftar, tapi langgar peraturan pula. Sekarang lebih 4000 taska yang berdaftar sudah wujud di Malaysia.

Dan beratus lagi yang tidak berdaftar menjalankan operasi yang tidak sah, tapi ibu bapa masih tak sedar. Sebab itu kita sarankan ibu bapa untuk melihat sijil pendaftaran dan permit yang wajib dipaparkan di premis masing-masing, bukan semata-mata dekat dengan rumah sahaja.

Itu isu daftar dan tidak berdaftar. Sekarang isu requirement nak jadi pengasuh taska dan guru tadika. Kementerian meletakkan satu garis panduan dan syarat supaya guru tadika dan taska mempunyai sekurang-kurangnya diploma untuk menceburi bidang ini. Ini adalah langkah bijak kerana kita telah mula melihat perkembangan pendidikan kanak-kanak bermula seawal mungkin, dan insan yang menjadi medium pendidikan iaitu guru perlu mempunyai qualification yang lebih tinggi.

Cuma, kita masih teragak-agak dan mengambil lepasan SPM untuk menjadi guru tadika dan pengasuh. Atas sebab, mengajar kanak-kanak adalah benda yang mudah dan tidak perlukan qualification yang tinggi. Betul tak? Kita sendiri yang merendah-rendahkan taraf guru tadika, tetapi kita mengharapkan sesuatu yang tinggi dari mereka?

Apabila ada persatuan tadika dan taska di Malaysia menimbang semula level pendidikan guru tadika dan taska dari Diploma ke SPM, ia adalah sesuatu yang menyedihkan. Dek kerana melihat purata gaji yang diterima oleh pengasuh dan guru tadika adalah sedikit dan tidak memadai dan berbaloi untuk mereka yang mempunyai diploma. See, kita yang tidak mahu berubah.

Banyak kesan baik bila kerajaan tetapkan dasar supaya minimum diploma hanya dibenarkan. Dengan qualification itu mereka belajar tentang keselamatan menjaga kanak-kanak. Mendidik dengan pedagogi yang berkesan. Tahu dan faham perkembangan kanak-kanak. Melatih berinteraksi dengan ibu bapa. Membuat bahan bantu mengajar yang efektif.

Punya cantik tetapan yang ditetapkan. Kita nak naik tarafkan sektor pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Tatkala negara luar memandang tinggi guru tadika sama professionalnya dengan sektor lain, kita masih bersifat dangkal. Sebab itu isu dan kes-kes membabitkan kanak-kanak tidak pernah selesai dan makin meningkat. Ada pengusaha tadika dan taska main tipu dan culas untuk mengikut peraturan yang ditetapkan.

Di United Kingdom, sesiapa yang hendak bekerja dengan kanak-kanak perlu ada Disclosure and Barring Services (DRB) atau nama lamanya Criminal Record Bureau (CRB). Di Australia (Queensland), mereka perlu ada Blue Card Services. Kebanyakkan negara mengguna-pakai Certificate of Good Conducts.

Ini adalah record individu jika ada melakukan sebarang jenayah, bagi sesiapa yang tidak cantiknya recordnya, mereka diharamkan untuk bekerja dengan kanak-kanak. Buku guru sahaja, social workers, nurses, health services, even bakal guru (contoh penuntut yang mengambil jurusan pendidikan). Semualah. Asalkan ada interaction dengan kanak-kanak, so a BIG NO jika tiada dokumen pengesahan.

Di Malaysia, kita ini baik sedikit. Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengajar dan menjadi pengasuh. Ya, kita ada pekeliling yang menyatakan hanya 18 tahun ke atas, lepasan spm, sihat tubuh badan, bukan bekas banduan, tidak gila dan sebagainya. Cuma, apakah garis panduan ini benar-benar di ikut. Yelah, bagi peluang dekat bekas banduan untuk bekerja. Tak dinafikan, mereka boleh bekerja tetapi bukan dengan kanak-kanak!

Kita tidak jadikan Certificate of Good Conducts (Character) sebagai dokumen penting untuk pengambilan seorang guru dan pengasuh. Kita anggap tak penting. Bila berlaku sesuatu kes, baru nak kaji dan naik turun mahkamah untuk mereman pengasuh dan sebagainya. Boleh apply certificate tersebut di Ministry of Foreign Affair di Wisma Putra. Biar leceh sekarang, jangan leceh kemudian.

Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) masih berkira-kira tentang kewajipan pemasangan CCTV sekiranya kes meningkat. Kenapalahhh nak tunggu kes meningkat. Mahu anak siapa lagi yang terkena.

Kita boleh elakkan. Pemasangan CCTV adalah salah satu caranya. Cuma, nak jadi guru tadika dan taska ini perlu dipilih. Bukan option terakhir untuk bekerja supaya dapat gaji.

Guru ini tinggi level dia. Kita yang suka-suka rendahkan.

Sebab itu, guru tadika dan pengasuh ni kita tak panggil bibik.

Love and happiness

Love and happiness is within you
You who feel  loved and happy
Will give out love
and make others feel happy

Kita tidak sempurna

Usah cuba menjadi sempurna
Kerana kita hamba yang tidak sempurna
Tetapi usahalah untuk membaiki diri
Progres pada jalan kebenaran
Jalan DIA yang sempurna
Tuhanmu Yang Satu
Tuhan sekelian alam.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Monday, February 27, 2017

Be human

Do not try to be perfect
Act macho or control "anggun"
Be human
Be comfortable in your own skin and improve

Today is open

Yesterday has spoken
Today is open
Full of abundance
Full of blessings
Full of love
Up for grabs
Empower the leader in you
Execute the power of NOW.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Damai di DS

Assalamualaikum wrt sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah. Salam jernih dan indah dr Kg Durian Sebatang...
🌴🌺🍂🐜🐡🐒🐤☕

Ku dengar burung berkicau riang
Cengkerik menyanyi-nyanyi
Unggas bersiul-siul...

Ku lihat mentari baru muncul
Katak melompat-lompat
Tupai berlari-lari...

Ku lihat wajah ayahku
Ku hidu masakan ibuku
Ku rindu wajah kesayanganku...

Indah sungguh kampungku
Damai sungguh hatiku
Syukur jua aku
Pada Mu Allah
Alhamdulillah.

#SenangkanHatimu

Sunday, February 26, 2017

When you resist change

You come up with a lot of excuses
It is your defense mechanism
You argue a lot about the truth
It is you fighting against your ego
Because you are resisting change
And choose to remain complacent.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Wednesday, February 22, 2017

Malam

Jika malam ini masih ada
Jadikan ia lebih damai
Jika esok bakal tiba
Jadikan ia lebih bermakna
Jika noktahnya sampai
Jadikan ia akhiran yang baik

Selamat malam semua
Moga semakin hari semakin bahagia
Semakin hari semakin tenang.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 21, 2017

Improve

Just be comfortable in your own skin and improve
No one is perfect and no one will be
Keep progressing
Be on the path of excellence
Persevere.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Monday, February 20, 2017

Lawatan Muhibbah ke Masjid Spore

18 -19 Feb 2017

Jauh berjalan ke Kota Singa
Jernih hati di sambut sahabat
Menziarahi masjid ukhwah berbunga
Usaha dipacu semoga berkat


Ajarkan orang lain apabila anda sudah menguasai

Apabila anda sudah menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran.
Ajarkan kepada orang lain.
Kemudian tingkatkan diri anda dengan kemahiran lain.
Usah takut orang lain lebih menguasai dan mendahului
Semua yang dimiliki adalah amanah yang perlu dilunaskan.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

"PENDERAAN SENYAP" YANG TAK DISENGAJAKAN .


I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar.
.
Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf,
kita tak rotan anak dengan paip getah,
kita tak sebat anak dengan tali pinggang,
kita tak ikat anak kat pokok rambutan,
kita tak tampar anak sampai berbekas,
kita tak maki anak depan orang,
kita tak cekik anak bila mereka nakal,
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan.
Itu kejam.
Itu dosa.
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak. 
.
Tapi yang kita tak tahu adalah--
banyakkk penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari.
.
Kita ingat kita tak dera,
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe",
tapi rupanya--
KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.
.
Kenapa saya kata dalam-dalam?
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak.
.
Emosi & self-esteem--
adalah dua elemen yang sangat penting,
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk,
tapi sangat mudah dibunuh.
.
Ada beberapa "sikap" ibu bapa,
yang sebenarnya berbentuk penderaan,
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan.
.
This is what we call--
penderaan senyap.
.
Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak,
sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata.
.
So today, let me share 7 jenis penderaan senyap  yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari.
.
.
1) Ignorance & expressionless reaction
.
Atau dalam Bahasa Malaysia,
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi.
.
Contohnya,
bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu,
kita buat tak tahuuuuu je.
Langsung tak beri sebarang reaksi.
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain.
.
Nak main dengan anak,
tapi tangan tengah layan Facebook.
Nak buat homework dengan anak,
tapi mata tengok fattah amin kat TV.
.
Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding.
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. 😒
.
Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan,
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut.
.
Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni."
.
Tapi kita jawab, "Tak payah la."
Dan terus bagi baju warna lain.
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa?
.
Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni,
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya.
Sebab?
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.
.
.
2) Stonewalling
.
Ni lebih kurang macam yang saya explain kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding.
.
Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak,
atau malas nak layan soalan anak.
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi.
.
Contoh bila anak tanya,
"Mama suka warna apa?"
.
Kita jawab, "Entah. Pape je laaa."
.
Kalau jumpa mak bapak cemni,
bancuh simen dan tuang kat muka diorang.
Biar jadi dinding betul. 😑
.
Please parents.
When you say, quality time with children,
that means 101% of your attention goes to them.
Bukan sambil-sambil.
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak.
.
.
3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain
.
Contoh bila ada orang puji anak kita,
"Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."
.
Tapi kita jawab,
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."
.
Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi.
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain.
Anak pun terluka bila dengar.
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. 😂
.
So never make fun of your child in front of other people.
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah.
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you."
.
Lantak la orang nak cakap riak ke apa.
We are showing a good example to our children.
A good sense of appreciation and being thankful to have them.
.
.
4) Gaslighting.
.
Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.
.
Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.
.
Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je."
.
Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan.
Kita cuma cakap,
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu."
.
Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri,
dan hilang kepercayaan pada diri.
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting.
.
Nasihat saya untuk parents macam ni,
stop tengok drama pukul 7.
Dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
YOU. 😒
.
Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu,
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka.
And never deny what they feel.
Peluk and tell them,
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine."
.
.
5) Hypercritical
.
Ibu bapa yang cerewet,
terlalu banyak complaint,
terlalu banyak yang tak kena di matanya.
.
Anak comot sikit, marah.
Anak terlanggar sikit, marah.
Anak buat lawak sikit, marah.
Anak nak rehat kejap, marah.
Anak pakai baju lain seluar lain, marah.
Anak silap baca sikit, marah.
Anak pelat cakap sikit, marah.
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah.
Semuaaaaaaaa benda,
kalau tak perfect--
marah.
.
Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni,
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat,
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak.
.
So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak.
Happy life is not about perfection.
It's about embracing the imperfections,
and cherish the small good things.
.
.
6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan.
.
Ada kan parents macam ni?
.
Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak.
Sebab ego.
.
Dan bila anak capai sesuatu,
jarangggggg ucap tahniah.
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat."
.
Huk aloh 😑
.
Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa,
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung,
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting.
.
If you are this kind of parent,
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti,
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka.
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.
.
.
7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan.
.
Contoh,
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah,
yang anak kita ponteng sekolah,
atauanak kita buli rakan lain,
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri.
.
Kita lepas tangan.
.
Kita tak berdepan dengan anak,
tak heart-to-heart talk dengan anak,
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.
.
Perangai parents yang macam ni,
kalau dibiarkan berlarutan,
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak,
semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe"  dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka.
.
Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni,
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? 😒
.
Baik jadi anak yatim.
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus.
.
Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau. 😂
.
.
So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan,
tapi banyakkkkk berlaku.
.
Tak payah tengok rumah orang lain,
kat rumah sendiri pun ada berlaku.
Kan?
.
Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal.
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang.
.
Dan yang paling menyedihkan,
it's considered NORMAL in our culture.
Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni.
.
So how to fix this?
.
By changing ourselves.
By fixing our relationship with our own children.
By having more interaction and communication with them.
.
Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka.
.
Let's stop this "quiet" abuse.
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully.
Ameen.
.
Salam penghujung monday blues dari saya 😂,
Adlil Rajiah
.

Monday, February 13, 2017

Sedar & mengaku

Perubahan bermula dengan pencarian ilmu yang membawa kepada kesedaran dan pengakuan diri terhadap kesilapan.

Bukan berterusan membela diri dengan menyalahkan keadaan dan orang lain.

Usah membangau lagi!

Ayuh berubah ke arah kecemerlangan.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Empowering You

Acquiring knowledge and skills is important
Delivering knowledge and skills to others is challenging
Empowering oneself with knowledge and skills is more challenging
It is the art of moving the heart with knowledge and skills to inspire change and actions

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Friday, February 10, 2017

Tempoh Kritikal

Orang kata: Budak-budak, biar dulu nanti besar dia retilah.

Saya kata: Anak perlu diasuh dan dididik dari usia awal mengikut tahap kebolehan mereka. Ada tempoh penting yang anak menunjukkan minat dan initiatif melakukan sesuatu. Itulah yang dinamakan tempoh kritikal atau " critical period".

Contoh: anak 3 tahun suka menolong. Ibu bapa mesti memberi peluang anak menolong seperti membasuh pinggan, menyapu dan mengemas mengikut kemampuan mereka. Pengajaran yang berkesan adalah melalui ibu bapa sebagai pemudah cara.

Jika anak yang menunjukkan minat dan initiatif dikongkong dan dihalang maka mereka sukar melakukan semua itu apabila besar.

Rujuk Teori Erik Erikson:.

1.Otonomi lawan ragu-ragu/malu-1 1/2 -3 tahun
2.Inisiatif vs rasa bersalah-3-5 tahun

Meluntur buluh biarlah waktu rebung.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Thursday, February 9, 2017

Parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi

*Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi*
Antara perkongsiannya:

*1.* *Kalau kita berasa sukar mendidik anak2, bersabarlah.* Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang2nya semuka sehari, puasa Isnin & Khamis dsbnya. Tambah2 lagilah untuk mendidik org lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak2 keadaan,  matlamat kita untuk anak2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

*2.* *Tuntutlah ilmu secara berterusan.* Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

*3.* *Jangan label anak.* Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.

*4.* *Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak.* Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

*5.* *Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita.* Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak2 kepada Allah.

*6.* *Ibu sama dengan bulan Ramadhan* sebab ibu adalah madrasah anak2 dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

*7.* *Pendidikan anak2* bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.

Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

*8.* *Didiklah anak dengan Al Quran.* Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran.

Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

*9.* *Ibu bapa pemimpin kepada anak2.* Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

*10.* *Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan.* Dlm rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.

*11.* *Walk the talk.* Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

*12.* *Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan* seperti sedekah dsbnya sebagai tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

*13.* *Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita.* Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war2kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai.

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan...

Wednesday, February 8, 2017

Wanita Solehah

Wanita yang cantik membuka mata lelaki
Wanita yang baik membuka hati lelaki

#Primadona

Qudwah Hasanah

Orang kata: Anak payah nak dengar kata.

Saya kata: Anak lebih mudah belajar dari pemerhatian dan peniruan. Maka ibu bapa harus jadi qudwah hasanah atau contoh yang baik kepada anak.

Walk the talk.
Action speaks louder than words.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Anak manja salah asuhan

Orang kata: Anak kalau dimanjakan mua.

Saya kata: Anak perlu diberi perhatian dan kasih sayang. Keperluan dan hak mereka juga perlu dipenuhi. Yang manja tu bila ibu bapa tidak mendidik anak mengurus diri, melakukan segalanya untuk anak dan tiada ketegasan.

Renung-renungkan.

Rosnah Ahmad.
#SentuhanBapaBelaianIbu

Emosi wanita

Copy paste dr wassap

Jangan main-main dengan emosi wanita.
.
Kes ibu kelar anak. Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas. Kes meroyan. Kes isteri lari dari rumah. Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.
.
Kes emosi seorang wanita.
.
Saya mohon, masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.
.
Bantu dia. Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita. Peluk. Pujuk.
.
Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan. Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa-apa.
.
Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku!
.
Maka jangan masukkan apa-apa lagi. Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi untuk berdebat.
.
Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya. Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana. Sekukuh mana pun imannya, mungkin dia akan tewas juga.
.
Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah. Bantu dia melepasi saat sukarnya. Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi. Peluk. Pujuk.
.
Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega, nasihatilah dia. Insya-Allah ketika ini, nasihat kita masuk macam air. Cair dan mengalir.
.
Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya.
.
Tegurlah jika dia tersalah.  Tapi tegurlah pada masa yang betul.
.
Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. Insya-Allah, banyak masalah dan musibah dapat dijauhi.
.
"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Kalau dibengkokkan, semakin bengkok. Kalau diluruskan, ia patah. Kalau dibiarkan, ia terus bengkok. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."

Ini Rasulullah yang pesan. Saya cuma sampaikan. Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita. Justeru, berhikmahlah.

Lelaki, jangan cuma mahu  terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.
.
Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita. Insya-Allah, mudah melentur bahagia.

Tuesday, February 7, 2017

Ketenangan dlm PDP

Proses pengajaran dan pembelajaran itu perlukan ketenangan.
Disitu insyaAllah ilmu dapat digarap dengan berkesan insyaaAllah.

Rosnah Ahmad
#LearnThroughFitrah

Amal dan nilai

Apa yang pentng adalah nilai amal kita di sisiNya...
Bukan ramainya pengikut kita dan orang suka pada kita..

Wallahu 'alam

Rezki kejayaan

Jika engkau berjaya
Usahlah engkau sombong!
Semua itu kurniaan dan rezki dariNya
Bukan kerana kepandaianmu
Dan ianya ujian buatmu...

Usahamu diganjar

Jika engkau gagal setelah berusaha
Senangkanlah hatimu!
Allah menganjarkan usahamu bukan keberhasilanmu

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Prinsip Diri

Bila kita ada prinsip diri, kita tidak mudah ikut-ikut orang.
Kita sanggup jalan sendiri dengan cara kita.

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Sunday, February 5, 2017

Sanah Helwah to me

I am 51 years old today
I choose to be happy
I choose to be grateful
I choose to live, love & give
I choose to serve my life purpose
with WISDOM

Saturday, February 4, 2017

Jadilah orang berprinsip

Bila kita hendak disukai semua orang selalu kemungkinan kita tidak menyatakan kebenaran dan kurang berprinsip

Rosnah Ahmad
#EmpoweringYou

Thursday, February 2, 2017

Merengek itu fitrah

Tahukah anda?
Anak merengek atau meragam itu fitrah supaya hak anak untuk mendapat perhatian dan kasih sayang dipenuhi

Lampin dan pembaziran

Tahukah anda?
Jika anak anda masih belum dilatih ke tandas selepas usia 3 tahun
anda sedang membazir sejumlah wang yang besar

Marah dan menipu

Anak yang sering dimarahi kemungkinan akan menipu untuk mengelak diri dari dimarahi

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Urus Konflik

Berlembut dan tegas apabila perlu

Orang kata: Sayangkan anak tangan-tangankan

Saya kata: Berlembut dengan anak dan bertegas apabila perlu. Fahami tahap perkembangan dan asuh anak dengan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan (ABP). Raikan fitrah dan  santuni akhlak anak dengan kasih sayang dan doa.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu

Main di alam

Orang kata: main kat luar tu kotor dan bahaya
Saya kata: main kat luar tu mendamaikan jiwa, menyemai benih iman, meningkat perkembangan dan menjadikan anak lebih cergas dan cerdas.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu