Saturday, January 21, 2017

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Bermakna di TASKA


Dikongsikan rumusan BENGKEL RPA BERMAKNA yang dijalankan bersama 47 orang pengasuh TASKA di Kuantan pada 21 Jan 2017.

☘RPA =Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Rancangan- rancang RPA minggu sebelum pelaksanaan aktiviti ( contoh minggu ke3 Januari )
Pelaksanaan-Pada minggu berikutnya ( untuk minggu ke 4 Januari)
Aktiviti-setiap minggu mesti ada 6 bidang perkembangan kanak2 dan dan 1 pemakanan
Satu minggu ada 5 hari iaitu isnin hingga jumaat
1 hari 2 RPA jadi darab 5 hari =10 RPA utk seminggu

☘☘RPA BERMAKNA
Memberi makna dalam kehidupan kanak2
Proses adalah penting
Perlu tahu tahap2 perkembangan kanak-kanak (rujuk tahap2 dalam modul KAP)
Kaedah yang digunakan mesti berkesan
* Bermain
* 3E ( Explore, Experiment Experience)
*Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan (ABP)
*Bertema
*Projek
Guna bahan yang konkrit

☘☘☘WEB RPA MINGGUAN
Contoh . Tema Diri Saya
Umur 4 tahun
Bahan Asas- Telur
(Bahan asas yang dipilih dari persekitaran yang dekat dengan kanak2 iaitu rumah dan taska. Ia juga digunakan sepanjang minggu merentas perkembangan untuk memberi makna kepada kanak. Cara ini juga melibatkan ibu bapa dan kanak2 dalam penyediaan bahan. Pendidik bertindak sebagai pemudahcara sahaja)
Rujuk Modul 5 (3-4 tahun)
Perhatikan tahap kebolehan/pengetahuan sedia ada  kanak2 4 tahun yg diasuh.
Pecahkan 10 RPA kepada 6 bidang perkembangan dan 1 Pemakanan
Contoh:
Fizikal -1,
BKLA -2,
AMPL-, 2
SSEK-2
KE-1
DPDP -1
Pemakanan-1
Kemudian daripada tahap2 perkembangan dlm modul 5 pilih  tahap kebolehan/pengetahuan sedia  dan objektif yg boleh dicapai oleh kanak2 untuk 10 pecahan RPA  tadi.
Contoh.
1. Fizikal-
Kebolehan/pengetahuan sedia ada- kanak-kanak boleh menggunakan kemahiran motor halus untuk mengoyak dan mengupas.
Objektif: kanak-kanak boleh mengupas kulit telur 
2. BKLA
Kebolehan/pengetahuan sedia ada: Bercerita menggunakan ayat pendek (4 perkataan)
Objektif: Kanak2 bercerita dengan ayat yang panjang (5 perkataan)
3.Seterusnya untuk yang ke 3
4. Hingga 10
☘☘☘☘ Kemudian cari aktiviti yang bersesuaian dengan objektif yg dipilih. ( dengan tema diri saya dan bahan konkrit TELUR)
Contoh:
1. Fizikal
Objektif- Kanak2  boleh mengupas kulit  telur.
Aktiviti- Mari mengupas kulit telur
2.BKLA
Objektif- Bercerita tentang telur dengan ayat panjang (5 perkataan)
Aktiviti-Saya ada tiga biji telur rebus
Dan seterusnya utk semua 10 RPA

☘☘☘☘☘ JADUAL HARIAN
Daripada 10 Aktiviti tadi susun jadual seminggu ie Isnin hingga Jumaat
Contoh
Isnin-
1.Saya bawa telur rebus dari rumah
2.Mari mengupas kulit telur.
Selasa.
1. Saya suka tolong cikgu
2. Saya suka makan telur
Dan seterusnya sampai jumaat
Jadual perlu disusun dengan aturan yang betul supaya nampak proses dan kesinambungan.
Contoh aktiviti pertama hari isnin bercerita tentang telur yang kanak2 bawa dari rumah. Kemudian telur yang sama dikupas. Simpan kulit telur yang dikupas untuk aktiviti kolaj telur pada hari rabu.
Kemudian tulis RPA harian (10 RPA)
CONTOH:
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)
Bidang Pembelajaran: Fizikal
Tajuk Aktiviti: Mari mengupas telur
Umur kanak2: 4 tahun
Bil kanak2: 5 orang
Pengetahuan sedia ada/Kebolehan: Kanak-kanak boleh menggunakan motor halus untuk mengoyak dan mengupas.
*Pengetahuan sedia ada/Kebolehan kanak-kanak mestilah berkaitan dengan bidang perkembangan yang akan dilaksanakan (dalam contoh ini pengetahuan sedia ada/tahap perkembangan fizikal kanak-kanak). 

Objektif:
1. Kanak-kanak boleh mengupas kulit telur (F)
2. Kanak-kanak boleh berbual tentang telur (BKLA)
3. Kanak-kanak boleh bekerjasama mengupas telur (SSEK)

Objektif :

*Objektif #1 adalah objektif bidang fokus (dalam contoh ini fizikal)

*Objektif mesti satu tahap lebih tinggi yang mampu dicapai oleh kanak-kanak supaya perkembangan mereka dirangsang dan digalakkan dengan baik.

*Objektif mesti SMART

Spesific-khusus
Measurable-boleh diukur
Attainable-boleh dicapai
Reassonable-Bersesuaian
Time bound-Terikat pada masa pelaksanaan

*Gunakan kata kerja (verbs) yang jelas dan menggunakan ayat aktif seperti:

Menunjukkan anggota badan
Menyebut warna
Melukis bahagian tumbuhan
Menyusun blok
Mengasingkan blok mengikut saiz
Membilang objek
Menyanyi lagu

* Objektif #2 dan #3  adalah objektif gabung jalin dalam bidang lain yg berkait rapat dengan objektif bidang fokus iaitu fizikal


Bahan:
1. Pinggan (6)
2. Alas meja
3. Mangkuk (6).
4. Telur rebus (15) ( libatkan ibu bapa utk membawa 3 biji telur rebus dari rumah untuk anak masing2-tulis dalam buku log di ruangan pesanan)

*pelbagaikan bahan
·         Bahan maujud
·         Semi maujud
·         Gambar/carta
·         kad bergambar

*pastikan bilangan bahan mencukupi dan saiz sesuai dgn kanak-kanak.

Ruang Aktiviti : Ruang Depan ( luar)

Langkah-langkah pelaksanaan:

**Nota: Strategi pengajaran yang digunakan dalam aktiviti perlu dirujuk kepada Modul permata unit 4.1: Pedagogi Permata

1.      Strategi pelaksanaan pengajaran untuk mencapai objektif
2.      Mampu melibatkan kanak-kanak secara aktif dan menarik minat kanak-kanak.

Dalam contoh ini saya menggunakan strategi belajar melalui bermain-permainan fizikal (motor halus)

1. Permulaan Pengajaran

Ucap salam kepada kanak-kanak. Tanya " Siapa nak main masak-masak?"  Ajak kanak-kanak ke ruang depan bahagian luar taska. Minta kanak-kanak duduk dan bermesra dengan kanak-kanak dengan berbual mengenai  pengalaman sedia ada kanak-kanak mengupas dan mengoyak.

(* permulaan aktiviti termasuk membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti, bermesra dengan kanak-kanak. Dan menjalankan induksi berkaitan bidang fokus dan aktiviti)


2. Langkah-langkah mencapai objektif

·         Galakkan kanak-kanak mengupas kulit telur.
·         Sambil mengupas kulit telur galakkan kanak-kanak berbual tentang telur (BKLA)
(*ambil dari bidang gabung jalin di atas)
·         Galakkan kanak-kanak bekerjasama mengupas telur (SSEK)
·        Beri pujian pada usaha, galakan dan dorongan sepanjang proses bermain.

*Elakkan dari memuji  HASIL dan apabila kanak-kanak yang berjaya sahaja tetapi beri fokus pada usaha kanak-kanak dan proses yang berlaku. Beri galakan dan bimbingan kepada semua kanak-kanak.secara adil.



3. Langkah-langkah yang memerlukan langkah kontigensi

Sekiranya mudah, galakkan kanak-kanak mengupas kulit telur kepada kepingan yang lebih kecil.(kulit telur diretakkan kepada lebih kecil supaya boleh dikupas lebih halus)

(*langkah kontigensi mesti meningkatkan objektif dengan aktiviti yang sama bukan berlainan)

4. Penutup Pelaksanaan Aktiviti

· Bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai aktiviti yang sudah dijalankan.

 (*Penutup adalah langkah untuk pengasuh menilai pencapaian kanak-kanak. Sesi penutup boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti ringkas yang menggabungkan soal jawab, berbual, teka-teki, nyanyian dan lain-lain. Juga penghargaan dan pengemasan barang dan tempat. Langkah yang dipilih mesti bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan)

·Berikan penghargaan dan terima kasih atas usaha dan kerjasama kanak-kanak. 
·Galakkan kanak-kanak mengemas barang dan ruang aktiviti.
·Bawa kanak-kanak masuk ke dalam TASKA.



5. Perhatian

Keselamatan
1.      Pastikan kanak-kanak berhati-hati mengupas telur supaya  tidak luka

Kebersihan

      1. Pastikan kanak-kanak membasuh dan mengelap tangan dengan betul selepas aktiviti.
      2. Pastikan ruang aktiviti dibersihkan selepas selesai.
1.               3.     Pastikan kebersihan semua peralatan.

Kesihatan

2.                1. Pastikan tiada kanak-kanak yang alergik pada telur.

(* Perhatian mesti merangkumi aspek keselamatan, kebersihan dan kesihatan. Ianya mestilah berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan bukan sama sahaja untuk setiap aktiviti)

Nota:

1. Tajuk mesti menggambarkan strategi pedagogi yang sesuai bukan objektif..dalam contoh  "mari mengemas meja makan" BUKAN "mengasingkan pinggan dan mangkuk" .
2. Pengetahuan sedia ada/kebolehan mesti sesuai dengan objektif. Objektif juga mesti lebih tinggi pencapaian dari pengetahuan/kebolehan sedia ada.Gunakan kata kerja (verb) cth kanak-kanak boleh melukis anggota badan
3. Aktiviti mestilah ada objektif dan gabung jalin yang memberi makna kepada kehidupan seharian kanak-kanak seperti aktiviti ini.
4. Sila beri penekanan kpd proses bukan hasil sahaja.
5. Pujian dan galakan diberi atas usaha dan pencapaian yg kecil sepanjang proses untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak.
6. Bahan yang digunakan mestilah konkrit/semi konkrit seperti model gajah dan kemudian barulah abstrak gambar dan carta
7. Bahan dan kuantiti bahan yang dibawa mesti sesuai dgn aktiviti dan cukup untuk kanak-kanak dan pengasuh juga. Maksudnya kalau guntingnya pengasuh juga guna gunting kanak-kanak.
8. Peka kepada keselamatan kanak2. Saya pernah tengok pengasuh bawa pisau betul. Semasa aktiviti pengasuh kurang peka terhadap keselamatan dan ini boleh mencederakan kanak-kanak. Jadi elakkan membawa pisau atau gunting org dewasa.
9. RPA Ini adalah yg minimum yg perlu di tulis. Apabila  sudah faham langkah yg tersusun bolehlah menulis dengan lebih kreatif.

Refleksi

Refleksi ditulis  selepas aktiviti dijalankan untuk penilaian dan sebagai panduan serta rujukan semasa menulis RPA minggu seterusnya.Pendidik mengimbas semula  pelaksanan aktiviti :

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan  perlaksanaan dari aspek:
o   strategi/teknik
o   bahan/alatan
o   ruang
o   pengurusan kanak-kanak
Contoh:
1.      Adakah anak minat dengan aktiviti yang dijalankan?
2.      Adakah ruang yang dipilih sesuai dengan aktiviti?
3.      Bagaimana pencapaian setiap kanak-kanak?
4.      Adakah bahan yang digunakan sesuai?
5.      Adakah cara dan kaedah yang digunakan sesuai ?
6.      Bagaimana perbualan dan interaksi semasa aktiviti dijalankan?
7.      Apa masalah yang timbul dan cara mengatasi?

Setelah dikenal pasti kekuatan dan kelemahan pendidik  perlu memberikan cadangan  tindakan susulan (pengukuhan dan penambahbaikan).
y

Refleksi sangat penting untuk memerhati dan mencatat pencapaian tahap kanak-kanak. Catatan boleh terus ditulis dalam senarai semak perkembangan dan buku log harian kanak-kanak.(*sila rujuk senarai semak perkembangan kanak-kanak dalam modul permata). Ia juga membantu pendidik membuat refleksi berkaitan penulisan RPA dan aktiviti yang dijalankan supaya pendidik belajar dan membuat penambahbaikkan di minggu-minggu berikutnya.


“Setiap Anak Permata Negara”

Sekian. Terima Kasih. Allahu ‘Alam.





No comments: