Monday, May 23, 2016

Santuni Fitrah Anak-Petikan dari Blog Kak Fauziah

Santuni Fitrah Anak - part 1


Assalamualaikum,



Semoga anda semua sihat.  Saya ingin berkongsi sedikit ilmu parenting yang saya timba bersana Pn Rosnah binti Ahmad pada 17 & 18 mei yang lalu yang berkongsi ilmu dan pengalaman beliau sendiri.

Jujur saya katakan ini adalah parenting programme pertama saya sepanjang saya bergelar seorang ibu dan sesungguhnya ia benar-benar telah menjentik hati saya untuk mencari ilmu dan memperbaiki diri sendiri untuk terus membantu anak-anak kandung mahupun anak-anak didik.  Banyak kesilapan yang telah saya lakukan namun saya bersyukur masih diberi peluang olehNya. 

Kenapa saya katakan saya melakukan kesilapan dan ada kekurangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kandung sendiri ?  Ini kerana dalam teori perkembangan kanak-kanak, perkembangan anak bermula dari 0-6 tahun dimana kesemua anak-anak saya telah pun melebihi had umur kritikal ini,   Namun saya bersyukur.  Allah masih beri saya peluang.  Peluang terbesar adalah kesedaran yang diberikan oleh Allah untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan dengan cara bertaubat padaNya.  Ya, inlah jalan penyelesaian terbaik bagi saya dalam usaha membantu anak-anak.

Mari saya kongsikan tips yang boleh digunakan dalam menyantuni fitrah anak :

1.  Stop bangau-ing.

Ini langkah pertama yang anda kena buat.  Kenapa dengan bangau ? Mari kita nyanyi bersama,

Bangau o bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macamana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul, 
Ikan tak nak timbul.

Ikan o ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macamana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat, 
Rumput panjang sangat.

Rumput o rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku,
Kerbau tak makan aku.

Kerbau o kerbau..............

Perut o perut............

Nasi o nasi...........

Kayu o kayu.........

Hujan o hujan.......

Katak o katak........

Ular o ular.......

Terus menyanyi lagu bangau sampai habis ya kawan-kawan.  Dalam kita seronok menyanyi lagu rakyat yang telah lama kita tinggalkan sambil mengimbau zaman kecik dulu-dulu, terselit satu pengajaran. Ya sahabat semua, pengajaran yang cukup mendalam.  Kita pernah mendengarnya dulu-dulu dari mak kita mahupun mak sedara ataupun tok wan.  Apakah pengajaran dari bangau ?  Ya, tepat sekali jawapan anda.  Jangan sesekali menyalahkan orang lain namun inilah yang kita amalkan sehingga ke hari ini dalam semua aspek kehidupan.  Percaya atau tidak, kita menyalahkan orang lain dalam semua hal hingga dalam urusan anak-anak kita masih berkata penat, banyak kerja, stress bla bla bla.   Sebenarnya helah bela diri inilah yang menjadi tiket untuk anda untuk melepaskan diri namun ia memakan diri anda sendiri dan kesannya akan anda dapat lihat bila anak-anak makin besar dan meningkat remaja.

Solusi yang paling tepat dan mujarab adalah bertaubat.   Perbanyakkan solat sunat taubat, hidupkan sepertiga malam, baca quran, berzikir dan lain-lain amalan lain sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.  Ya, kita kena kembali kepada fitrah dan hentikan budaya bangau.



 Santuni Fitrah Anak; Dewan Al-Ghazali, PKB, tq La for your post

Saya akan sambung point seterusnya dalam entry akan datang.  Selamat beramal. Ingat, kita adalah ibubapa hebat yang sanggup berubah, berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sehati dan mulia.........lagu P.Ramlee.........untuk anak-anak agar cemerlang dunia dan akhirat......kerana sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berlak

No comments: