Thursday, December 22, 2016

Katakan " TIDAK" kepada yang " TIDAK FITRAH".


Mutakhir ini banyak sekali produk yang mempromosikan hasil yang cepat. Contoh,  cepat membaca, menulis dan mengira.

Bila hasil yang cepat ditekankan maka prosesnya menjadi tidak fitrah dan menekan emosi kanak-kanak.

Contoh:

Minat membaca seharusnya dipupuk dahulu. Anak suka cerita dan suka dibacakan buku cerita. Bacakan anak buku-buku cerita bukan terus mengajar membaca dengan buku cepat membaca. Kemudian anak dengan sendirinya minat untuk belajar membaca.

Juga semuanya berlaku secara holistik dan bersepadu bukan terpisah-pisah.

Contoh anak minat menconteng, kemudian akan melakar dan melukis. Mereka akan secara natural menulis dgn bimbingan kita dan kemudian membaca apa yang di tulis.

Jadi proses jadi natural, lebih bermakna dan setiap potensi serta kebolehan anak diraikan. InsyaAllah emosi anak tenang dan cikgu juga tenang dalam proses PDP begini.

Kalau semua nak cepat bimbang lahirnya anak yang boleh membaca dan menulis  tetapi tidak minat membaca dan menulis.Tidak faham makna dan tidak menterjemahkan PDP untuk kehidupan dan kematian.

Terima kasih  Puan Nani Menon atas perkongsian lukisan kanak-kanak di bawah.

Raikan fitrah anak.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita serta memudahkan dan memberkati usaha kita dalam menyantuni fitrah anak-anak.

Wallahu A'lam.

Sunday, December 18, 2016

Cabaran anak tak selera makan

Rupanya ramai anak-anak dalam umur 2-6 tahun yang masih minum susu berbotol-botol yang tidak ada selera makan dan tak kurang juga yang kuat makan dan gemuk .

Saranan saya yang pertama bagi menangani situasi ini adalah hentikan botol .

Saya akan dapat respons begini :
Saya tak tahu macam mana nak hentikan, nanti dia mengamuk .
Ibubapa kena belajar untuk berfikir . Ibubapa kena tahu teknik memujuk tanpa berkeras, ibubapa kena belajar guna psychology untuk anak ikut cakap ibubapa bukan ibubapa ikut cakap anak .

Beginalah selalunya saya akan dapat respons: Susah nak hentikan gula-gula dan jajan doktor , dia mengamuk nanti terus terguling dipasaraya kalau tak bagi . Saya memang selalu kata tak boleh tapi bila dia sudah mengamuk saya pun beralah .

Beginilah keadaan : Siapa dia yang ketua rumah tangga? Anaklah ketua kalau begini.

Anak nakkan ibubapanya yang in charge, bukan dia yang in charge, anak nakkan boundaries , bukan dia nak ikut suka dia . Bila apa yang dia nak walaupun ibubapa mulanya kata tak boleh lepas itu jadi boleh, anak itu menjadi insecure dan tidak kenal boundaries dan menjadi lebih nakal , tambah pula makanan tidak berkhasiat atau yang merosakkan penghazaman diberi .

Kalau anak mengamuk nakkan sesuatu, jangan beralah dan jangan marah. Teruskan berkata padanya dengan lembut, tak boleh, sebab tak bagus. Pujuk dengan benda lain yang baik . Janjikan sesuatu yang bagus dan tunaikan janji, jangan bohong .Jangan sekali-kali beralah sebab bila beralah, anak akan belajar bahawa mengamuk itu cara nak dapatkan apa yang dia nak .

Adakan time frame: Contohnya : "Bila adik umur 5 tahun adik akan kesekolah kan ? Bila sudah kesekolah kena minum dalam cawan ya ?"  Beritahu dia selalu dan ulang selalu dan bila sampai masanya terus lakukan , jangan tukar fikiran .

Satu lagi jawapan yang saya selalu dapat. " Kesian anak saya lapar kalau saya tak berikan susu , dari tak makan saya beri lah juga susu "

Wahai ibuku sayang, kalau dia dah kenyang dengan susu macam mana dia nak makan . Biarlah dia rasa lapar dulu, perut dia kosong, barulah dia nak makan !

Begitulah juga bayi yang baru keluar hospital dimana nurse telah biasakan dia dengan botol susu . Anak ini akan mengamuk bila ibu cuba berikan susu badan dan tidak mahu hisap . Berhenti usaha seketika dan cuba lagi . Bila anak ini sudah betul-betul lapar dia akan minum juga walaupun susah sebab dia tahu dia tak ada pilihan lain . Senang hisap susu botol dari susu badan , anak kena usaha lebih untuk susu badan dan naluri anak adalah nakkan yang senang tetapi hakikatnya susu botol tidak memberi cukup exercise pada otot mulutnya dan betuk muka serta otot mulutnya mungkin tak dapat berkembang dengan baik dan ini boleh menjejaskan kecantikan wajahnya serta pertuturannya, Susu dalam botol susu itu pun tidak sebaik direct feed walaupun susu ibu sekalipun sebab tak se segar susu direct feed .

Belum lagi topik makanan nutrient dense, sebab teringat tentang psychology anak . Ingat ya ibu bapa , siapa dia ketua rumah , ibubapa atau anak ?

- Dr Suriyakhatun

Monday, December 12, 2016

Kuatkan Asas Bahasa Arab al Quran

Seorang penuntut bahasa Arab al Quran perlu menguasai tiga perkara :

+ Huruf-huruf penting yang boleh merubah makna.

+ Kata nama - kata nama yang berpengaruh dalam pembinaan ayat.

+ Kata kerja dan perubahan - perubahan yang berlaku padanya.

Saturday, December 3, 2016

MENJADIKAN MASALAH PELUANG MENDIDIK DIRI

TIP MENGAPA MESTI MENULIS
MENJADIKAN MASALAH PELUANG UNTUK MENDIDIK DIRI
Oleh: Rosnah Ahmad

Mendidik anak-anak banyak cabarannya. Saya mengambil pendekatan untuk menjadikan masalah sebagai peluang untuk mendidik diri dan keluarga. Biasanya saya akan mencari alternatif  jalan penyelesaian kepada permasalahan yang sedang dihadapi. Saya berusaha menggunakan alternatif yang ditemui dalam menangani masalah  karenah anak-anak.  Kemudian saya menulis proses bagaimana saya menangani karenah anak-anak dalam perkongsian  Tip Keibubapaan dalam blog saya rentis.blogspot.com. Contoh:

TIP RAMADHAN: PUASA DIDIK ANAK LEBIH EMPATI

“Mak, adik lapar lah” rungut anak saya Izzuddin ( 10 tahun) setiap petang dari hari pertama puasa hingga ke hari ini.

“Kalau adik lapar, waktu berbuka puasa nanti Insyaa- Allah tersedia hidangan enak tetapi bayangkan orang miskin yang lapar belum tentu dapat makan hari ini. Sebab itu Allah perintahkan kita berpuasa supaya kita merasai derita orang miskin dan selalu bersedekah membantu mereka.” jawab saya dengan nada mendidik.

Izzuddin mengangguk seakan mengerti dan berhenti merungut. Sekurang-kurangnya untuk hari ini dan besok perkara yang sama mungkin berulang. Saya akan mengulangi jawapan-jawapan untuk mendidik. Apa pun senyuman dan ciuman mesra tetap saya berikan sebagai pengukuhan.

Kanak-kanak seawal 3 tahun sudah mula menunjukkan rasa empati dan belas kasihan kepada orang lain. Kanak-kanak berinteraksi dan memberi makna kepada kehidupan mereka secara natural dan dengan bantuan orang yang lebih dewasa.

Apa pun puasa mendidik sahsiah dan kerohanian anak. Selain lapar dan dahaga  mendidik anak untuk merasai kesengsaraan orang lain, puasa juga mendidik jiwa anak untuk selalu bersyukur, bersabar  dan bersedekah. Sebulan masa latihan jiwa berpuasa Insyaa-Allah dapat mengukuhkan keperibadian unggul anak.

Sekian. Wallahu A’lam.

#CoachingPenulisan
#MengapaMestiMenulis

TIP MENGAPA MESTI MENULIS #3- BELAJAR DAN MENGAJAR


Saya sering menggunakan penulisan sebagai salah satu cara untuk belajar dan memahami sesuatu. Sebagai contoh puisi  “Amanah” adalah teori, falsafah dan pandangan Islam terhadap pendidikan kanak-kanak usia awal.Proses menulis puisi ini membawa saya untuk benar-benar merujuk dan memahami teori dan falsafah Islam. Saya juga menggunakan puisi ini untuk mengajar dan advokasi.


Amanah...
Rosnah Ahmad

Dengarlah 
Suara hatiku
Insan kecil ibarat sebutir permata
Yang amat berharga
Yang sangat istimewa
Namun perlu digilap
Agar bercahaya...

Akulah anugerah Ilahi
Amanah buat ibu dan ayah
Yang dilahirkan ibarat kain putih
Yang sedia dicorak
Seperti sabda Rasulullah
Anak itu lahirnya fitrah
Ibu ayah bertanggunjawab
Membesarkan anak menjadi insan 
Yang beriman
Berakhlak mulia
Dan berilmu...

Ibu ayah,
Sayangilah aku
Santunilah fitrahku
Seperti pesan Saidina Ali
Bermainlah dengan anak
Beri dan ajarlah tentang sayang
Manjakan anak dengan lembut dan rasa cinta
Pada usia tujuh tahun pertama
Didiklah anak dengan ketegasan dan disiplin 
Pada usia tujuh tahun kedua
Bersahabatlah dengan anak
Pada usia tujuh tahun ketiga...

Ibu ayah,
Didiklah aku dengan akhlak mulia
Galakkan aku bermain ketika kecil
Agar hidup jiwaku
Seperti pesan Imam Al Ghazali
Hati anak adalah suci ibarat mutiara yang berharga
Indah bersih
Didiklah anak dengan akhlak yang mulia
Usah dicemari dengan teladan yang buruk
Anak yang tidak dibenarkan bermain
Akan mati jiwanya...
Ibu ayah,
Galakkan aku meneroka alam yang indah ini
Agar aku kenal Maha Suci Tuhan
Yang Maha Mencipta
Seperti pesan Cendiakawan Abdullah Nashih Ulwan
Hubungkanlah anak dengan alam
Agar subur imannya...

Ibu ayah,
Galakkan aku belajar dengan bahan maujud
Ajar aku dari mudah ke susah
Dari yang dekat kepada yang jauh
Secara berperingkat
Bimbinglah aku dengan lembut
Beri pujian atas usahaku
Usah kau paksa diluar kemampuanku
Nanti hilang minat belajarku
Seperti pesan Ibnu Khaldun
Didiklah anak dengan kelembutan
Bukan dengan kekerasan...

Ibu ayah,
Kenalilah potensiku yang berbeza
Usah banding-bandingkan
Seperti pesan Ibnu Sina
Didik anak dengan adab Islam
Galakkan perkembangan fizikalnya
Berilah peluang anak berkembang
Mengikut kecenderungannya...

Ibu ayah,
Ingatlah pesan Allah
Anak itu perhiasan dunia
Juga ujian buatmu
Janganlah engkau lalai...
Ibu ayah,
Didiklah aku dengan sabar
Dengan penuh kasih sayang
Dengan ilmu dan kemahiran
Serta amalan yang bersesuaian
Dengan tahap umur dan kecenderunganku
Doakan aku 
Menjadi anak yang soleh...

Ibu ayah,
Ingatlah...
Apabila kau pergi mengadap Ilahi
Terputuslah amalanmu
Kecuali tiga perkara
Sedekah jariah
Ilmu yang berguna
Dan anak soleh yang mendoakan

Friday, December 2, 2016

Manfaatkan Masa Cuti Sekolah Anak

TIP SENTUHAN BAPA BELAIAN IBU
Manfaatkan Masa Cuti Sekolah Anak
Oleh: Rosnah Ahmad

Cuti sekolah kembali lagi. Banyak sekali program-program untuk anak-anak memenuhi masa cuti mula diiklankan.

Saya tidak mengatakan program-program itu tidak bagus. Cuma diingatkan bahawa ibu bapa juga perlu meningkatkan kemahiran diri untuk mendekati anak.

Anak-anak memerlukan masa bersama ibu bapa dan keluarga. Mereka memerlukan masa santai dan kualiti di rumah dan meneroka minat yang  tidak dapat dilaksanakan semasa sesi persekolahan. Mereka mungkin ingin membaca buku-buku selain buku pelajaran sekolah atau ada lebih masa bersukan atau bermain.

Apa pun ibu bapa juga harus sedar peranan mereka semasa cuti sekolah. Masa untuk memberi lebih perhatian, berbual, memberi sentuhan dan belaian kepada anak-anak.

Ramai juga yang sering mengaitkan masa berkualiti hanya dengan percutian keluarga. Ini boleh menjadi penghalang kerana masalah kewangan,  masa atau cuaca yang tidak mengizinkan.

Ibu bapa harus lebih kreatif dalam menyantuni anak-anak. Manfaatkan alam dan bersekitaran rumah. Aktiviti santai seperti membaca, melukis, memasak dan bercerita sangat digemari kanak-kanak.

Saya petik dari buku "Bringing Up Boys" oleh Dr James Dobson

"The presence of parents is very beneficial at four key times of the day-- early morning, after school, dinnertime and bedtime. When that regular contact is combined with other shared activities between parents and kids, the most positive outcome is achieved."

Hargailah anak-anak dan masa yang ada.

Sayangi dan dekatilah anak-anak kita.

Wallahu A'lam.

#SentuhanBapaBelaianIbu
Rumah Sekolah Pertama
Ibu Bapa Guru Utama

Wednesday, November 30, 2016

Kembali kepada fitrah

Apabila fitrah tidak dirai
Semua jadi tidak natural
Dan jadi lebih rumit
Anak boleh jadi keliru dan stres
Kembali kepada fitrah
Mudahkan yang mudah

Tuesday, November 29, 2016

Thomaninah Seorang Trainer

Thomaninah Seorang Trainer ( Guru dan Pemimpin juga)

Tazkirah utk saya dan sahabat semua.

Sebagai trainer kita perlu ada thomaninah-  berhenti sebentar untuk refleksi dan belajar.

Kita juga perlu membaca dan menulis-menajamkan gergaji ie sharpening the saw. Usah "just on the go" sehingga kita tiada masa untuk thomaninah.

Sebagai trainer kita perlu ingat bahawa kita hendaklah mendidik diri dan keluarga kita dahulu dan lakukan apa yang kita cakap sebelum mengajar orang lain.

Surah As-Saff, Verse 2:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Surah As-Saff, Verse 3:
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Surah As-Saff, Verse 4:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Wallahu A'lam

Rosnah Ahmad

Pantun Kehidupan

Asal beras darilah padi
Asal kayu menjadi arang
Payah kita menabur budi
Emas juga dipandang orang

Pohon meranti tinggi menjulang
Tempat tempua membuat sarang
Budi sedikit tidakkan hilang
Akan menjadi sebutan orang

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang mencari musuh
Marilah kita menanam budi

Jangan suka mencabut padi
Bila dicabut hilang buahnya
Jangan suka menyebut budi
Bila disebut hilang berkahnya

Kalau keladi sudah ditanam
Jangan menanam sebelah pulasan
Kalau budi sudah ditanam
Jangan ditanya apa balasan

#sesekali berpantun...hihihi

Zamri Prk
Kuantan, Pahang
29.11.2016

Hidup subur rimbun menjadi
Makin bertandan si pisang tanduk
Hidup umpama resmi padi
Makin berisi makin tunduk

Rosnah Ahmad

Monday, November 28, 2016

Fitrah

Fitrah
Nukilan: Rosnah Ahmad

Anak kecil itu
Suka sekali menolong
Namun...
Selalu saja dilarang

Anak kecil itu
Suka sekali mencuba
Namun...
Selalu saja dikritik

Anak kecil itu
Suka sekali meneroka
Namun...
Selalu saja dikongkong

Anak kecil itu
Suka sekali berusaha
Namun...
Selalu saja dibanding

Anak kecil itu
Selalu saja berbeza
Namun...
Fitrahnya tidak dirai

Anak kecil itu
Selalu saja kecewa
Namun...
Adakah yang memahami

Anak kecil itu
Sebaik-baik kejadian
Anugerah Illahi
Amanah buat...
Ibu dan ayah.

GALAK ANAK URUS DIRI DENGAN HIKMAH

TIP SENTUHAN BAPA BELAIAN IBU
GALAK ANAK URUS DIRI DENGAN HIKMAH
Oleh: Rosnah Ahmad

Mengapa ibu bapa sering melakukan apa yang anak boleh buat sendiri?

Kemahiran urus diri anak perlu diterapkan di rumah oleh ibu bapa. Rutin dan persekitaran rumah yang kondusif membantu anak mengurus diri dengan baik.

Anak yang boleh mengurus diri adalah anak yang yakin, berdikari, mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpotensi menjadi anak yang cemerlang InsyaaAllah.

Contoh: Anak 4 tahun sudah boleh mengurus diri sebelum tidur dan bangun pagi.

Bagaimana melakukannya?

1. Sediakan bilik tidur, perabut dan peralatan anak atau sudut khas jika berkongsi bilik dengan adik beradik lain.Galak anak lukis ( tulis bagi yang sudah boleh menulis) senarai barang keperluan untuk di bawa ke tadika dan pusat jagaan dan tampal senarai untuk peringatan.

Tip:Gunakan laci untuk anak lelaki supaya tak kecoh di waktu pagi.http://rentis.blogspot.my/2016/11/gunakan-laci-untuk-galak-anak-lelaki.html?m=1

2. Ibu bapa perlu ingatkan anak buat permulaan dengan skrip yang sama. Contoh: Sekarang masa untuk kemas barang kakak. Ibu sebagai contoh juga mengemas barang sendiri dan barang anak kecil yang belum mampu buat sendiri. Usah berleter atau memarahi anak.

3. Galak anak kemas tempat tidur sendiri. Bimbing bagaimana melakukan dengan membuat bersama anak. Ibu perlu tegas jika anak tidak mahu melakukan tugasan supaya anak tahu walau apapun dia mesti melakukan rutin harian.

4. Bercerita bersama anak sebelum tidur. Pastikan anak tidur awal dan pada masa yang sama setiap malam. Bercerita sebelum tidur membantu menenangkan emosi anak Anak yang tenang sebelum tidur akan bangun dengan tenang. Baca doa tidur dan bangun tidur bersama anak. Anak mudah ingat dengan cara ini.

5. Ayah kejutkan anak bangun dengan menyeru anak untuk solat. Ayah diberi kelebihan untuk mendisiplinkan anak seperti Surah Luqman ayat 7:

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

6. Ayah asuh anak mandi dan urus diri sendiri. Ibu sediakan sarapan. Makan sarapan bersama.

7. Ayah hidupkan enjin kenderaan tanda masa untuk keluar. Anak pakai kasut dan bawa beg sendiri. Baca doa naik kenderaan. Hantar anak dengan doa, pelukan dan senyuman

8. Ibu bapa perlu sentiasa positif dan mendoakan kesejahteraan anak apabila menyerahkan anak pada tadika dan pusat jagaan.

9. Jika berlaku masalah, ibu bapa perlu sabar dan bantu anak sebagai pemudahcara. Sebelum tidur atau waktu senggang ibu berperanan mendengar masalah dan galakkan anak memikirkan alternatif untuk menyelesaikan masalah dan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Surah Al-Baqara, Ayat 45:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Surah Al-Baqara, Ayat 46:
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

10. Ibu bapa perlu bersatu hati menjadi pemimpin dan berperanan memperkasakan anak-anak menjadi pemimpin yang hebat.

" Parents must be a team. Life is to complete not to compete. "

" A good leader produces more leaders not followers"

Sekian. Wallahu A'lam.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
Perkasakan Institusi Keluarga
Rumah Sekolah Pertama
Ibu Bapa Guru Utama

Thursday, November 24, 2016

MAKNA KALLAA (كلا) DALAM BAHASA ARAB

Memahami bhs al quran...dr fb ustaz firdaus sulaiman👇�

MAKNA KALLAA (كلا) DALAM BAHASA ARAB

Bahagian 2

Kallaa mempunyai dua fungsi, iaitu :

1. Huruf jawab. --> ia sudah dibincangkan pada bahagian 1

2. Huruf al Rad'i wa al Jazri. Iaitu huruf yang menegaskan kenyataan yang berbentuk tegahan dan larangan daripada melakukan sesuatu perkara.

Seperti :

+ سأخرج ليلا مهما كان الأمر

+ كلا، لا تخرج

+"Saya akan keluar malam walau apapun yang terjadi."

+Jangan, jangan sekali kali awak keluar.

Oleh itu, dengan mendatangkan Kallaa, larangan kita menjadi tegas dan kuat.

Seperti dalam firman Allah SWT berikut:

وَاتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اٰلِهَةً لِّيَكُوْنُوْا لَهُمْ عِزًّا  

"Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka."
(QS. Maryam: Ayat 81)

Menyembah tuhan selain Allah adalah perkara syirik yang sangat dibenci Allah. Lalu Allah melarang dengan tegas daripada melakukan itu dengan berfirman :

Allah SWT berfirman:

كَلَّا    ؕ  سَيَكْفُرُوْنَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُوْنُوْنَ عَلَيْهِمْ ضِدًّا

"Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka."
(QS. Maryam: Ayat 82)

Maksud tidak sekali-kali pada ayat kedua adalah tidak dan jangan melakukan syirik yang disebut pada ayat sebelumnya.

Wallahu A'lam

3 Kemudahan Pada al Quran

3 Kemudahan Pada al Quran

Allah telah menjamin al Quran itu sebagai sesuatu yang mudah. Allah SWT sendiri yang menyatakan jaminan itu melalui firmanNya yang ditegaskan beberapa kali dalam surah al Qamar.

Allah berfirman :

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْاٰنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُّدَّكِرٍ
Terjemahan :

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"

(QS. Al-Qamar: Ayat 17)

Sebenarnya makna Zikr pada ayat di atas bukan hanya bermakna peringatan dan pengajaran.

Ulama tafsir mempunyai beberapa pendapat tentang makna zikr pada ayat di atas. Antaranya :

+ Zikr bermakna sebut dan lafazkan.
+ Zikr bermakna ingat dan hafal.
+ Zikr bermakna peringatan dan pengajaran.

Ketiga makna di atas boleh masuk untuk perkataan zikr.

Oleh itu, Allah telah memudahkan al Quran untuk dilafazkan atau dibaca, diingat atau dihafal, dijadikan peringatan dan pengajaran.

Hanya saja, adakah yang mahu?

Kemahuan amat penting untuk dimudahkan Allah mendapatkan perkara - perkara di atas. Di mana ada kemahuan, di sana ada jalan.

Wallahu A'lam

Thursday, November 17, 2016

AYAH MEMBENTUK PERIBADI ANA

Kita sedia maklum bahawa ayah adalah pembentuk disiplin terbaik untuk anak-anak. Dalam Surah Luqman banyak diceritakan perihal Luqman membentuk akhlaq dan disiplin anaknya.

Sebenarnya kebiasaannya anak lebih cepat mendengar kata ayah apabila disuruh. Mungkin ayah lebih tegas dan ini kelebihan yang Allah berikan kepada kaum bapa. Mereka juga mempunyai kurang kerisauan berbanding ibu. Suami saya contohnya tak banyak menegur anak, hanya bila perlu sahaja, selebihnya " lah dah memang budak-budak begitu, biar jelah".

Saya selalu mengingatkan suami supaya memainkan peranan mendisiplinkan anak-anak dalam banyak perkara terutama solat, rutin sekolah, mengaji dan waktu bermain.

Suami saya walaupun memanjakan anak -anak tapi mereka masih mendengar kata termasuk ‘Izzuddin yang masih kecil tu. Kadang-kadang bila abah pandang saja mereka dah tahu apa kena buat.

Sebenarnya semua bapa suka kalau diberi peluang untuk mendidik dan mendisiplinkan anak. Cuma kadang-kadang kita para ibu selalu ingin mendominasi. Teringat suami saya pernah menegur bahawa saya selalu nak buat semua perkara. Bukan apa saya ni dulu perfectionist sikit. Kalau orang lambat buat, tak tahan tengok. Tapi sekarang kena banyak bersabar sebab orang lain tidak sama dengan kita.

Ibu-ibu tidak harus melakukan semua perkara dan harus pandai membahagi tugas bersama seisi keluarga. Insyaa-Allah rumahtangga lebih harmoni dan semua ahli keluarga dapat memainkan peranan mereka. Kalau kita terlalu berfungsi orang lain dalam keluarga akan kurang berfungsi. Secara idealnya setiap ahli dalam keluarga mesti berfungsi secara normal.

Bagaimana untuk mengetahui samada kita telah terlalu lebih berfungsi. Cuba tuliskan senarai tugas-tugas kita, sekiranya terlalu panjang dan sukar untuk kita mencari masa untuk diri sendiri, ia bermaksud kita mungkin terlalu berfungsi.  Ini boleh mengakibatkan keletihan dan stress. Stres mengakibatkan hilang fokus dan sukar untuk ibu menyantuni anak-anak dengan tenang dan hikmah.

Sebagai ibu kita perlu pandai menjadi pemudahcara dan pembimbing kepada anak mengurus diri mengikut kesediaan tahap umur mereka. Ianya sangat baik bagi memupuk sikap bertanggungjawab dan suka menolong dalam diri anak.

Sekian. Wallahu 'Alam

#SentuhanBapaBelaianIBu
Rumah Sekolah Pertama
Ibu Bapa Guru Utama

Wednesday, November 16, 2016

Embrace your potential

Katakan saja...

Katakan saja...
Nukilan Rosnah Ahmad

Jika sayang
Katakan sayang
Jika rindu
Katakan rindu
Jika sedih
Katakan sedih
Jika suka
Katakan suka
Jika duka
Katakan duka
Jika kecewa
Katakan kecewa
Jika marah
Katakan marah
Tak mengapa
Katakan saja
Usah disembunyikan
Seringkali aku tertanya
Ada kalanya aku keliru
Ada tikanya riak wajahmu menakutkan
Adakah aku penyebabnya
Adakah aku tidak lagi disayangi..

Ibu ayah,
Katakan saja
Apa isi hatimu
Biar aku tahu apa makna riak wajahmu
Katakan saja
Apa yang kau rasa
Biasa saja aku bertanya banyak soalan
Usah kau jemu menjawabnya...

Ibu ayah,
Bantu aku fahami emosimu
Cermin untuk aku terokai emosiku
Moga aku lebih mengerti
Apa yang berlaku
Mengapa ada pelbagai emosi
Bagaimana aku mengurus emosiku
Agar aku lebih tenang menghadapi
Setiap yang bakal aku lalui
Seiring usiaku meniti dewasa...

PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.

OLEH SAIFUL NANG

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".

SAIFUL NANG

Monday, November 14, 2016

RIJAL

Rijal
Nukilan: Rosnah Ahmad

Aku sememangnya lasak
Suka berlari
Suka memanjat
Suka melompat...

Aku sememangnya mencabar
Ibu, ayah dan guru
Aku sukar duduk diam
Aku suka bergerak...

Aku anak yang sering disalah ertikan
Selalu dilabel nakal
Sukar dididik
Tak dengar kata
Degil dan lembab...

Aku bukan seperti yang disangka
Aku anak yang hebat
Anugerah Ilahi
Yang menjadikan aku sebaik-baik kejadian...

Aku rijal
Yang halus jiwanya
Serta melindungi
Raikan fitrahku
Seorang khalifah kecil
Generasi pewaris...

Aku amanah buatmu
Sayangilah aku
Aku...
Anak lelakimu.

Anak

Anak
Nukilan: Rosnah Ahmad

Ibu Ayah
Jika kau tiada masa bermain bersamaku
Ingatlah...
Aku cepat membesar
Masa kecilku hanya seketika
Saat indah yang tak akan kembali...

Ibu Ayah
Jika kau letih apabila pulang dari kerja
Ingatlah...
Pengasuhku juga sudah letih menjagaku
Aku perlukan perhatian darimu
Supaya aku membina hubungan dan rasa selamat bersamamu..

Ibu Ayah
Jika kau bosan dengan rengekkanku
Ingatlah..
Bahawa aku masih membutuhkanmu
Dekati aku agar aku rasa dihargai dan disayangi...

Ibu Ayah
Jika tingkah lakuku mendugamu
Ingatlah...
Aku anak yang perlu dididik
Usah memarahi aku
Didiklah aku dengan kebenaran dan kesabaran...

Ibu Ayah
Jika karenahku mengganggumu
Ingatlah...
Aku adalah ujian buatmu
Amanah Ilahi yang perlu disantuni
Ada hak aku yang kau perlu dilunaskan...

Ibu Ayah
Jika kau masih sibuk mengejar dunia
Ingatlah...
Dunia ini hanyalah  perhiasan yang melalaikan
Akhirat itu tempat tinggal yang lebih baik...

Ibu Ayah
Sesungguhnya mati itu pasti
Apabila kau pergi mengadap Ilahi
Maka terputuslah amalanmu
Kecuali tiga perkara...
Sedekah jariah
Ilmu yg berguna
Dan anak soleh yang mendoakan.

Gunakan Laci Untuk Galak Anak Lelaki Urus Diri

Pernah tak anda mengalami situasi anak lelaki tidak jumpa barang peribadi dan keadaan menjadi kelam kabut terutama di waktu pagi?

Anak lelaki dan anak perempuan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Antaranya pandangan mata perempuan lebih melebar manakala pandangan mata lelaki lebih tajam. Mata lelaki melihat umpama teropong, jelas dan lebih fokus berbanding perempuan. Mata perempuan  melebar untuk melihat lebih banyak iaitu meliputi lebih dari 180 darjah (lihat gambar di bawah).

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, otak lelaki dipersiapkan untuk memburu manakala perempuan mengurus rumahtangga.

Kerana mengambil kira perbezaan pandangan mata ini, saya menggunakan laci untuk suami dan anak-anak lelaki supaya memudahkan mereka menyimpan dan mengambil barang kepunyaan masing-masing. Saya juga melabel laci mengikut kategori seperti baju, seluar dan stokin. Ia sangat membantu terutama pada waktu pagi yang sibuk kerana ia memudahkan mereka mencari barang keperluan.

Saya dan anak perempuan lebih selesa menggunakan almari

Memahami perbezaan anak lelaki dan anak perempuan dapat membantu ibu bapa menerapkan kemahiran mengurus diri anak dengan berkesan sejak kecil.

Rujukan:

1. "Why Men Don't Listen And Woman Can't Read Map" -Alan and Barbara Pease

2. " Suami Hensem, Isteri Ohsem"- Ahmad Shafiai Uda Jaafar
(Pak Utih)

Sekian. Wallahu 'Alam.

# SentuhanBapaBelaianIbu
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
Perkasakan Institusi Keluarga

Friday, November 11, 2016

KONFLIK ANAK LARI DARI RUMAH


ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB
Konflik Anak Lari Dari Rumah

Soalan :

1.Terdapat banyak kes kanak-kanak larikan diri dari rumah disebabkan konflik ibu bapa. Lazimnya, apakah yang dicari oleh kanak-kanak terbabit dengan berbuat sedimikian?

2. Terangkan impak jangka panjang masalah ini kepada mereka? Adakah kualiti keyakinan diri, tahap kepercayaan mereka akan merosot?

3. Adakah kanak-kanak tersebut berkemungkinan untuk berkelakuan sama seperti ibu bapa mereka dengan tujuan membalas dendam terhadap apa yang pernah mereka lalui?

4. Sepatutnya, apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi mengelakkan semua perkara ini terjadi?

5. Bagi ibu bapa yang pernah melalui situasi ini, apa yang perlu dilakukan bagi menjernihkan kembali situasi sukar yang pernah mereka alami?

Jawapan saya:

1.Rumah seharusnya aman dan tenteram supaya anak rasa selamat dan suka berada dirumah. Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan dalam mengurus rumahtangga. Konflik adalah perkara yg tidak dapat dielakkan tetapi ibu bapa harus ada skil pengurusan konflik. Skil komunikasi berkesan juga sgt penting

2.Impak jangka panjang. Anak rasa tidak selamat, tidak percaya dan rendah keyakinan diri. Anak juga tidak merujuk kepada ibu bapa untuk apa-apa permasalahan. Mereka lebih cenderung mencari kawan-kawan dan orang lain..ini menyebabkan mereka terdedah kpd pelbagai gejala sosial dan mudah terpengaruh.

3. Teori Bandura-anak belajar dr peniruan.
Kemungkinan anak akan berkelakuan spt ibu bapa itu ada jika masalah ini tidak dibendung dr awal.

Anak juga mudah hilang rasa hormat terhadap ibu bapa. Dengan ini anak sukar mendengar nasihat ibu bapa

4. Ibu bapa perlu refleksi diri mereka terlebih dahulu dan jujur dlm mencari penyelesaian masalah. Ibu bapa boleh meminta bantuan kaunselor atau coach. Lebih awal masalah ditangani lebih baik, insyaaAllah.

Perubahan pd sikap ibu bapa insyaAllah akan terkesan pd anak..anak perlu didekati semula oleh ibu bapa dgn teknik komunikasi yg betul.

5. Apabila tersilap ibu bapa harus tertaubat dan berdoa serta meminta petunjuk daripada Allah.

InsyaAllah masalah adalah peluang kpd ibu bapa kembali berubah dan mendekati anak.

Kembalikan semula peranan ibu bapa di rumah supaya anak rasa selamat, dihargai dan disayangi. Institusi keluarga diperkasakan.

Ibu bapa juga harus tahu tahap dan kecenderungan anak supaya dapat mendekati anak dgn hikmah..

Ibu bapa anak bawah 7 tahun harus ada masa bermain dgn anak. Jadi anak rasa diberi perhatian dan dihargai. 7 thn kemudian anak perlu didisiplinkan. Ibu bapa perlu berkawan dgn anak remaja.

Pemantauan aktiviti2 anak juga penting terutama mutakhir ini dgn gadjet dan internet. Ibu bapa perlu pantau dan tegas dgn anak. Tegas bkn marah.

Ibu bapa perlu mengajak anak2 dlm aktiviti keluarga yg berkualiti utk mengeratkan hubungan dan menyemarakkan kasih sayang dalam keluarga.

Bulan Nov adalah Bulan Keluarga Kebangsaan Malaysia. Tema tahun ini -Saya Sayang Keluarga Saya.

Ayuh kita sama-sama kita memperbaiki diri dan mengajak ahli keluarga mengadakan aktiviti-aktiviti kualiti bersama.

http://rentis.blogspot.my/2007/05/10-tip-keluarga-berkualiti-capai.html?m=1

" Sentuhan Bapa Belaian Ibu"
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
Perkasakan Institusi Keluarga

Wallahu 'Ahlam
Rosnah Ahmad

Tuesday, November 8, 2016

RAGAM KASIH

Bila anda balik kerja..
Anak meragam
Fahamilah bahasa anak..

RAGAM KASIH
Nukilan Rosnah Ahmad

Ibu Ayah,
Apabila aku menangis
Peluk dan cium aku
Ungkapkan sayang
Kerana seharian aku
Tidak mendengarnya darimu

Ibu Ayah,
Apabila aku bosan
Bermainlah bersamaku
Kerana seharian aku
Bermain dengan kawan-kawanku

Ibu Ayah
Apabila aku mengganggu kerjamu
Dengan celoteh ku
Berhentilah sebentar
Berbual dengan ku
Kerana seharian
Aku bersama pengasuhku

Ibu Ayah,
Apabila aku merengek
Bawa aku keluar
Melihat keindahan alam
Agar damai jiwaku

Ibu Ayah,
Apabila aku lasak
Bawa aku ke taman
Biar aku berlari sepuasnya
Sampai kepenatan
Agar awal tidurku

Ibu Ayah,
Bila aku sukar lena
Dodoi aku dengan
Cerita yang asyik
Dan lagu yang merdu
Pasti indah sekali mimpiku

Ibu Ayah,
Besok
Moga aku bangun
Dengan ceria dan senyuman
Mahu ke taska lagi

Ibu Ayah,
Aku faham kau harus pergi
Sementara aku ditinggalkan
Cepat pulang ya...
Sungguh aku rindu

Ibu Ayah,
Tika bersua kembali
Ragamku tanda menagih kasih
Buat mengubat rindu 
Demi masa yang sedikit

Ibu Ayah,
Beri aku sedikit perhatian
Dalam ragam kasihku
Seketika cuma masa ku pinta
Tika usiaku masih memerlukan
Sebelum ia berlalu…
Agar aku tahu aku disayangi…..

Monday, November 7, 2016

Galak Potensi Sebenar Anak

Surat pengetua di Singapura ini patut dihayati oleh semua Ibubapa:

A school principal in Singanpore sent this letter to the parents before the exams..

Dear Parents,

The exams of your children are to start soon. I know you are all really anxious for your child to do well.

But, please do remember, amongst the students, who will be sitting for the exams, there is an artist, who doesn't need to understand Maths.

There is an entrepreneur, who doesn't care about History or English literature.

There's a musician, whose Chemistry marks won't matter.

There's a sportsperson, whose physical fitness is more important than Physics..like Schooling

If your child does get top marks, that's great! But, if he or she doesn't, please don't take away their self-confidence and dignity from them.

Tell them it's OK, it's just an exam! They are cut out for much bigger things in life.

Tell them, no matter what they score, you love them and will not judge them.

Please do this, and when you do, watch your children conquer the world. One exam or a low mark won't take away their dreams and talent.

And please, do not think that doctors and engineers are the only happy people in the world.

With Warm Regards,
The Principal

Saya sangat setuju dengan artikel di atas. Saya adalah anak yg dipaksa belajar Elektrical Engineering yang saya tidak minat.Pada masa itu saya lebih cenderung kepada accountancy.

Semasa belajar adalah proses yang sangat stres walaupun saya mampu menguasainya. Semasa bekerja keadaan menjadi lebih teruk. Antara saat paling indah dalam hidup saya adalah apabila saya berhenti kerja sebagai jurutera.

Pada hari ini saya bahagia dan tenang sekali melakukan apa yang saya minat.

Pada pendapat saya keputusan exam menunjukkan potensi anak supaya kita boleh menggalakkan anak terus memajukan diri dalam bidang yang diminati.

Anak  boleh jadi orang yang sangat cemerlang apabila diberi peluang melakukan apa yg diminati mengikut potensi anugerah Allah. Kerja bukan setakat kerjaya malah ia adalah ibadah dalam menjalani tujuan hidup sebagai hamba.

Alhamdulillah. I am doing what I like and InsyaaAllah I serve my life purpose.

Dikongsikan artikel berkaitan Teori Multiple Inteligence Howard Gardner.

http://rentis.blogspot.my/2007/04/tip-8-suburkan-minat-anak.html?m=1...

Wallahu 'Alam.
Rosnah Ahmad

Perkongsian Intipati Program Cara Mudah Faham Al-Quran

Antara intipati program Cara Mudah Memahami Al-Quran bersama Tuan Fazrul Ismail 6 Nov 2016 di Masjid Saidina Umar Al Khattab Cenderawasih Kuantan.

🌴Kita selalu dengar kata org yang hafal Al-Quran boleh bagi syafaat pada ibu bapa. Sebenarnya hafal saja tak boleh bagi syafaat. Perlu hafal dan diamal dalam kehidupan baru boleh bagi syafaat walau pun hafal satu ayat dan mengamalkannya.

🌴Formula hendak berjaya perlu kembali ke jalan Allah. Bahasa arab kembali adalah attubu---berkaitan dgn taubah. Nak berjaya dalam apa jua kena taubat. 17x kalimah taubah dlm surah At- Taubah.

🌴JANGAN RABUN AR -RAHMAN

Surah Az-Zukhruf, Ayat 36:
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

🌴BILA ANDA SYOK?...tanda fokus, kusyuk dan faham. Begitu juga jika syok dengan Al- Quran.

Surah Al-Hadid, Ayat 16:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

🌴ORANG TERSILAP- orang yang tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan penasihat tetapi mengambil Qarin sebagai penasihat.

Surah Az-Zukhruf, Verse 36:
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

🌴PANDUAN ORANG SILAP

Bertaubat dan berdoa meminta kurniaan yg besar seperti Nabi Sulaiman.

Surah Sad, Ayat 35:
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّن بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi".

🌴Tadabbur dan Tazakkur

Surah Sad, Ayat 29:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Apa itu Tadabbur dan Tazakkur ayat?

1. Tadabbur ialah apa yang disampaikan Allah melalui ayat itu.
2. Tazakkur ialah apa pelajaran/pengajaran ayat yang kita boleh ambil tindakan dalam hidup

Bila kita tadabbur dan tazakkur seolah-olah kita berinteraksi dgn Allah secara terus.

Al Quran adalah mukjizat, hadiah dan petunjuk Allah kepada kita semua.

🌴Contoh proses tadabbur dan tazakkur ( rujuk contoh borang dalam gambar)

Topik: Alif Laam Mim
Kod 2:1...ie kod tu utk surah n ayat..
Surah Al-Baqara, Ayat 1:
الم
Alif laam miim.

Tadabbur ( message dr Allah)

1. ALLAH saja yang tahu maksud Alif Lam Min
2. Saya tak tahu

Kita isi kolum tadabbur dulu. Ia lebih umum apa yang Allah sampaikan kepada semua..

Kemudian kita isi kolum tazakkur ie apa pengajaran yg kita boleh ambil tindakan .

1. Sebab saya tak tahu saya mesti belajar ilmu Al Quran
2. Apa bila sudah belajar baru saya sedar dan tahu apa yg saya tak tahu
3. Banyak perkara yang saya tak tahu
4. Anak saya pun tak tahu jadi sebagai ibu saya mesti menggalakkan anak saya belajar Al-Quran supaya dapat ilmu.

Dicadangkan kita tadabbur dan tazakkur sekurang-kurangnya satu ayat satu hari. Lebih banyak lebih baik supaya kita dapat rasa beza dalam kehidupan seharian.

Semakin banyak masalah, tanggungjawab dan jawatan seharusnya semakin banyak masa di peruntukkan untuk mentadabbur dan tazakkur Al-Quran supaya mudah semua urusan. Elok 4 jam sehari--dan semasa bangun malam seperti surah Al-Muzammil.

Wallahu 'Alam.
Rosnah Ahmad

Saturday, November 5, 2016

Merentas Jurang Generasi, Membina Jambatan Kasih.

Ezza Khalid:

Alhamdulillah, pagi tadi 5 Nov 2o16, Dr Har diizinkan Allah utk menyampaikn ceramah bertajuk : Merentas Jurang Generasi, Membina Jambatan Kasih.

Jemputan ceramah sempena Konvensyen Al Islam Rahmatan lil Alamin anjuran Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang bertempat d Auditorium MPSP Bdr Perda.

Nota penting dlm ceramah:

1. Perlu bincng tajuk Jurang Generasi utk meningkatkn kemahiran mengurus kepelbgaian yg timbul disebabkn latarbelakang & pengalaman hidup yg jauh berbeza antara generasi.

2. Saranan Allah SWT dlm ayat 13 Surah Al Hujurat - antara puak2 manusia yg perlu dikenal dgn taaruf yg lebih adalah kategori generasi usia yg pelbagai.

Surah Al-Hujraat, Verse 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

3. Secara amnya, generasi manusia hari ini boleh dibahagikn kpd :
i) Generasi Silent @ Tradisionalis : lahir tahun 1925 - 1945. Mereka kini berusia 71 - 91 tahun
ii) Generasi Baby Boomers : lahir tahun 1946 - 1964 . Kini berusia 52 - 70 thn
iii) Generasi X : lahir 1965 - 1979. Kini 37 - 51 thn
iv) Generasi Y : lahir 1980 - 1995. Now berumur 21 - 36 thn
v) Generasi Z : lahir 1996 - 2009. Kini berusia 7 - 20 tahun
vi) Generasi Alpha : lahir 2010 ke atas. Usia baru 6 tahun ke bawah.

4) Mereka yg lahir pd tahun2 transisi antara 2 generasi akan mempunyai pengalaman & cara berfikir yg dimiliki oleh kedua2 generasi.

5.  Ringkasnya :
Gen Silent adalah parents kpd Gen X.
Gen Boomers - parents utk Gen Y & siblings for Gen X.
Gen X - parents pd Gen Z & siblings for Gen Y.
Gen Y - parents for Gen Alpha & siblings for Gen Z.

6. Gen Silent - generasi tertua dlm lapisan komuniti. Sudah uzur @ nyanyuk, paling dependent kpd org lain. Cara menyantuni - berkhidmat spt dlm ayat 23 & 24  Surah Al Isra.

7. Gen Baby Boomers - generasi persaraan @ di puncak pmbabitan politik ( Hillary Clinton & Donald Trump - 69 & 70, respectively). Matang, byk penyesalan bila buat muhasabah diri. Rajin beramal & kembali kpd ajaran agama. Nenek & datuk yg berpelajaran tinggi & byk pengalaman.

8. Gen X : generasi sandwich yg brtgjwb menjaga ibu bapa yg sudah uzur (Gen Silent) & masih perlu menyara anak2 (Gen Z) & Alpha. Paling tinggi tekanan hidup esp dgn kenaikan harga barangn & kos sara hidup. Perlu yakin bhw keluarga bukan liabiliti @ beban, tapi medan amal soleh yg amat subur.

9. Gen Y : byk nama lain  - Millenials, Boomerang etc. Mmpunyai sudutpandng & nilai yg berbeza dgn generasi terdahulu sbb adanya teknologi yg tinggi khususnya ICT. Mahu fleksibiliti, kebebasan & keupayaan meneroka potensi diri. Gen yg lewat mahu kahwin & berkeluarga. Ibarat 'boomerang', ramai Gen Y kembali tinggal dlm rumah ibu bapa masing2 slps habis pengajian tinggi. Ibu Gen Y, tak mau terbelenggu dgn tugasan rutin sbg ibu & isteri. Bapa Gen Y - lebih komited dgn pnjagaan anak2, suka kerja freelance & tak suka kerja bawah org lain.

10. Gen Z - remaja belia, dikenal sbg warga digital (true digital natives). Hubungan komunikasi - internet & media sosial. Konsep pendidikan - flipped classroom.

11. Gen Alpha - internet @ iPad babies. Parents - kahwin lewat, tinggi kuasa mmbeli & kadar perceraian tinggi. Bilangan adik beradik sedikit. Golongn paling mewah dlm sejarah dunia.

Dr Harlina Hazirah Siraj.
Wallahua'lam

Nyatakan Rasa Syukur Pada Anak


"Syukur Alhamdulillah, Allah anugerahkan mak dan abah anak penyejuk mata seperti kamu", ungkapan saya kepada anak-anak selalu.

Nyatakan rasa syukur kepada setiap anak kita. Nyatakan keistimewaan setiap anak yang berbeza. Contoh: " Alhamdulillah Muhammad anak yang sangat prihatin terhadap kebajikan mak"

"Syukur Allah kurniakan mak anak yang patuh seperti Izzudin."

"Kakak anak yang sangat rajin, syukur Allah kurniakan mak dan abah anak yang rajin."

InsyaAllah anak merasa diri dihargai dan keyakinan diri mereka meningkat.

Setiap anak adalah unik. Usah banding-bandingkan.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaanNya kepada kami- 3 permata penyejuk hati kami. Nurin Husna, Muhammad Firdaus dan Muhammad Izzuddin.

Berdoalah selalu dengan doa dari surah Al-Furqan 25:74

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Wallahu'alam

Thursday, November 3, 2016

KURANG AJAR.. DARI MANAKAH IANYA BERMULA?

Copy paste

Masyarakat kita adalah masyarakat yang paling pantas sekali respon jika terdapat kesalahan guru terhadap anak muridnya. Tetapi bagaimanakah dengan kesalahan ibu bapa, terhadap anaknya?.

Za’ba, dalam Mencapai Keluhuran Budi Bab 5, Ibu Bapa – Guru Yang Pertama menulis tentang ‘kurang ajar’:

“Kita sangat marah jika dikata orang diri kita atau anak kita ‘kurang ajar’ kerana ‘kurang ajar’ itu bermakna bahawa emak bapa kita di rumah tidak cukup atau tidak tahu mengajar kita aturan adab yang halus-halus…”

“Padahal yang sebenarnya semua sifat-sifat perangai yang kekurangan dan rendah dan hina pada diri kita dan anak-anak kita itu ialah boleh disusun asalnya tersebab daripada ‘kurang ajar’ belaka. Sama ada kurang ajar oleh diri kita sendiri atau kurang ajar oleh emak bapa di rumah masa kita kecil-kecil.”

Kemudian Za’ba menyambung:

“Rumah itulah sekolah yang pertama kepada anak-anak itu bagi pelajaran bagaimana melakukan dirinya dalam kehidupan dunia ini; dan ibu bapa itulah guru sekolahnya yang awal pertama sekali.”

“Jikalau sekiranya asuhan dan didikan perangai yang didapatinya di rumah itu tiada senonoh atau tiada baik, maka itulah yang akan menjadikan dia ‘kurang ajar’, kurang amanah, makan suap dan sebagainya apabila ia telah besar kelak.”

Za’ba memberi contoh:

“Misalnya jika di sekolah guru-gurunya mengajar suruh bersih tetapi di rumahnya sentiasa kotor, ibu bapanya sendiri tiada bersih, suka buang air besar di parit atau di longkang-longkang sahaja umpamanya, barang di rumah bersepah-sepah tiada aturan, kain-kain tersepah di sana tersangkut di sini, kencing budak kecil berlelehan di lantai – maka betapakah dapat dipersetujukan di antara dua macam sekolah itu?.

Mudahnya, 3 poin penting Za’ba dalam bab ini ialah:

1. Kalau anak kurang ajar, maknanya ibu bapa yang tak tahu mengajar anak (dalam bahasa mudah, ibu bapalah yang kurang ajar dulu).

2. Rumah ialah sekolah pertama anak, ibu bapa ialah guru sekolah anak yang terawal sekali.

3. Kalau rumah kau pun kain bersepah, janganlah gedik bila anak kena tampar, nak saman cikgu.

Jarang sekali kita, sebagai ibu bapa sedar bahawa salah satu kesalahan kita terhadap anak-anak ialah – melepaskan tanggungjawab mengajar anak kepada guru di sekolah formal.

Kerana kita terlalu fokus kepada tanggungjawab guru – yang kononnya ditugaskan untuk mendidik anak kita. Padahal dalam masa yang sama, tak sedar kita juga sebagai ibu dan bapa – punya tanggungjawab yang lebih besar kerana, anak itu ialah anak yang kita sama-sama lahir dan besarkan.

Begitulah Za’ba mengingatkan kita entah berapa puluh tahun yang lalu dalam karangannya. Terpulanglah kepada kita untuk mengambil manfaat.

ISTIDRAJ

Tazkirah dr Klinik d'Hijrah
TV Hijrah

🌴Apa itu Istidraj..

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

🌴Beza rahmat dan istidraj

Rahmat =pemberian dgn kasih sayang Allah

Istidraj=pemberian dgn kemurkaan Allah

Allah tidak menzalimi kita..kita yang menzalami diri kita sendiri

Semakin banyak Allah bg nikmat pada kita seharusnya kita makin dekat dengan Allah..

🌴Tips dr Ustazah Norhafizah Musa

1. Memperkemaskan tauhid kita..perbaiki niat dan matlamat..kenal dan beriman kpd Allah..cari ilmu..dekati majlis ilmu yg mendekatkan diri kpd Allah.Taubat nasuha.
2. Berdoa utk Allah pimpin kita menjadi org yang mensyukuri segala nikmat. Mohon Allah jadikan kita orang yg gunakan nikmat yang diberi utk mencari redhaNya
3. Banyakkan sedekah.Tingkatkan amal
4. Sedar semua dr Allah kpd Allah kita kembali..

🌴Istidraj tidak tertaluk kpd kesusahan atau kesenangan seseorang.Tapi bergantung pada ketaatan dan dekatnya seseorang dgn Allah. Ada orang yang susah tp dekat dgn Allah.

Berikhtiar dan usaha dpt nilai ibadah. Berbaik sangka dgn Allah bila diuji dan kesenangan dan kesusahan.

🌴Jangan kita jadi seperti Qarun...wana'uzubillah

Biasakan yang betul
Betulkan yang biasa

Wallahualam
Rosnah Ahmad
#SemakinHariSemakinTenang

Wednesday, November 2, 2016

Usah menghukum

Memang senang untuk mengata
Jika tidak kena pada diri sendiri
Memang lebih mudah untuk empati
Jika diri sudah mengalami

Jika tak mampu menolong
Berdoalah...
Usah menghukum.

Tegas

Bertegas itu perlu
Dalam berurusan
Demi kesejahteraan semua

Orang yang tegas
Adalah orang yang ada prinsip
Dan berhak dihormati.

#DirimuBerharga

Tuesday, November 1, 2016

Oppressive Silence

Petikan dari buku " Bringing Up Boys" oleh Dr James Dobson

"BONDING" antara ibu dan anak sgt penting...anak yg kurang bonding terdedah pada stres.

Mary Carlson seorang penyelidik dari Harvard Medical School menjalankan kajian di Rumah anak yatim Romania yang padat dengan bayi yang diabaikan. Staf di rumah anak yatim tersebut terlalu sibuk dan tiada masa untuk memberi sentuhan walaupun semasa bayi diberi susu.

Mary Carlson terkejut dengan keadaan yang senyap iaitu " oppressive silence" di situ.

" Oppressive silence" adalah keadaan di mana anak tidak menangis..meragam..tak berbunyi...didapati stres hormon yg tinggi dalam darah iaitu hormon cortisol yang merosakkan otak. Perkembangan anak sangat terjejas sehingga anak menunjukkan tahap perkembangan separuh dari umur mereka.

Wallahua'lam

Monday, October 31, 2016

Ikhlas

Bila kau sedar usahamu yang penting
Kau tidak mudah mengalah dan bersedih
Kejayaan bukan diukur dengan...
Apa yang kau capai
Apa yang kau ada
Berapa orang yang kau pengaruhi
Berapa orang pengikutmu
Tetapi DIA menilai keikhlasan hatimu
Dalam beramal...

Rosnah Ahmad
#DirimuBerharga

Sunday, October 30, 2016

Prevail

Be you
Be unique
Those who honour you
Will stay
Those who try to find perfection in you
Will never appreciate you...

Walk alone if you have to
With your head held high
Walk through the path
Of those who prevail.

#YouMatter

Saturday, October 29, 2016

Pulang petang

Bunyi cengkerik itu seakan mengerti
Seperti sedang menyanyi lagu rindu
Aku seakan pulangnya petang
Seperti sedang menanti senja

Thursday, October 27, 2016

Damaikan hatimu dengan zikrullah


Ikhlaskan hati

Assalamualaikum..salam keindahan dan kedamaian...🌻☘🌴🌱

Indahnya mimpi di malam hari
Serinya mentari damainya pagi
Ikhlaskan hati dalam memberi
Agar amalmu tidak rugi
🌺🍁🌹🌸🌻

Indahkan akhlaqmu

Indahkan akhlaqmu
Luhurkan budimu
Ikhlaskan hatimu
Perkasakan dirimu

#DirimuBerharga
#YouMatter

Bila DIA mengizinkan

Bila DIA melapangkan
Semua menjadi mudah
Bila DIA mengizinkan
Semua menjadi sudah

Bila diri mensyukuri
Semua menjadi indah

Wednesday, October 26, 2016

Matematik dan Sains Bermula Dengan Pembentukan Konsep

Konsep adalah batu asas kepada pengetahuan. Konsep digunakan dalam dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Jika kita memerhati kanak-kanak kita dapat melihat bagaimana mereka membina dan menggunakan konsep.
Contoh:-
Padanan satu dengan satu
☘Mengagihkan satu biji rambutan kepada setiap orang.
☘Meletakkan satu guli ke dalam satu lubang dalam permainan congkak.
Pengelasan
☘Mengasingkan rambutan kuning dan merah dalam bakul berlainan.
☘Meletakkan pinggan dan cawan ke dalam besin berlainan selepas makan.
Menyukat
☘Menuang air, pasir, beras dan bahan lain dari satu bekas ke satu bekas.
☘Menyukat tepung, telur, gula dan marjerin untuk aktiviti membuat kek cawan
Pola
☘Menyusun bunga dan daun berselang seli
☘Membuat rantai tangan dengan susunan keratan straw yang bercorak.
Konsep-konsep lain yang dibentuk termasuk konsep masa, ukuran, seriasi, ruang, parts and whole, konsep nombor, bentuk, membanding dan membilang.
Zaman kanak-kanak adalah tempoh masa kritikal bagi membina konsep-konsep asas dan skil memproses konsep untuk mengembangkan konsep yang ada dan memperolehi konsep-konsep baru.
Pembentukan konsep diperolehi kanak-kanak melalui bermain dengan bahan konkrit. Mereka juga  meneroka, mengeksperimen dan mengalami ( 3E-Explore, Experiment & Experience).
Anak yang banyak bermain akan membina konsep dengan baik. Semakin anak membesar semakin banyak konsep yang diperolehi. Mereka menggunakan konsep-konsep ini apabila memasuki alam persekolahan untuk mempelajari sains dan matematik.
Oleh itu, ibu bapa harus memberi banyak peluang kepada anak bermain dan meneroka dengan menyediakan persekitaran dan peralatan yang menggalakkan perkembangan kognitif.
Dikongsikan artikel berkaitan dari blog saya.
http://rentis.blogspot.my/2012/07/kanak-kanak-sebagai-saintis.html?m=1
"Anak yang tidak dibenarkan bermain akan mati jiwanya" Imam Al-Ghazali
Rumah sekolah pertama
Ibu bapa guru utama!
Wallahu'alam.
#SentuhanBapaBelaianIbu
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
Perkasakan Institusi Keluarga

Tuesday, October 25, 2016

Anak 3 Tahun Pakai Selipar Terbalik

ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB
BAGAIMANA MENGELAK ANAK PAKAI SELIPAR TERBALIK
Bapa: Salam, Puan. Apa yang sepatutnya dibuat kalau anak 3 tahun selalu pakai selipar terbalik? Betulkan setiap kali atau biarkan sahaja?
Saya: Wslm wrt..Blh kita mudahkan..eg tandakan sikit di sisi belah dlm selipar guna marker dan bg tahu anak bila pakai yang ada tanda tu di temukan di tgh...jap sy cuba lukis.
Konsepnya kita ibu bapa sebagai pemudahcara..bila anak smp sesuatu kebolehan kita mudahkan..bukan kita buatkan ie kita pakaikan anak selipar sokmo...
Apa pun proses nk ajar anak tu ambil masa..kalau msh terbalik biar je dulu..bdk2 kdg2 nk explore..cuma kdg2 pakai selipar terbalik ni bahaya sikit sbb blh jd tk berapa stabil bila berjalan..
Proses nak bimbing anak juga perlu dgn lembut, sabar dan kasih sayang
wallahualam
Hrp ada gaya seliper lukisan tu
...�huhu

Sunday, October 23, 2016

Anak


Readers are nurtured at home


Selagi Ada Hayat

Wahai anak, berbaktilah kepada kedua orang tuamu...

Selagi Ada Hayat
Nukilan: Rosnah Ahmad

Di suatu masa
Kau sering membawaku berjalan
Menaiki basikalmu
"Pegang erat" pesanmu
Sesekali kau menoleh ke belakang
Ku peluk erat pinggangmu...

Di ketika itu
Banyak saja tanyaku
Berulang-ulang apa yang sama
Banyak saja pintaku
Meminta apa mahuku
Banyak saja ragamku
Menagih perhatian
Meraih kasih...

Di masa kini
Ku membawa kau berjalan
Menaiki keretaku
"Hati-hati melangkah" pesanku
Sesekali ku menoleh ke sisi
Memastikan kau selesa...

Di ketika ini
Banyak juga tanyamu
Berulang-ulang apa yang sama
Banyak juga pintamu
Meminta apa mahumu
Banyak juga ragammu
Menagih perhatian
Menduga kasih...

Lat masa yang berlalu
Pilu hatiku
Melihat kau dimamah usia
Melihat kau semakin lemah...

Demi masa yang berbaki
Selagi ada hayatmu
Juga hayatku
Ku pohon petunjuk dariNya
Agar baktiku tiada jemu
Agar sabarku tiada had
Agar kataku tiada kasar
Agar hatiku tiada keluh
Agar doaku tiada henti...

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Ampuni dosaku
Dan dosa kedua ibu bapaku
Kasihani mereka
Sebagaimana mereka  mengasihaniku
Di waktu kecilku...

Thursday, October 20, 2016

Read to me

Read to me Mom
Read to me Dad
It is my favourite time
Being near you
Sitting in your lap
Reading to me
Sometimes the same story
Again and again
Until it become my story...

Read to me mom
Read to me dad
Read to me stories from The Quran
Read to me stories of The Prophets
Read to me tales of fabulous things
Read to me rhymes and poems
Read to me everyday...

Read to me Mom
Read to me Dad
I love hearing your soft voice
Echoing the sounds
Uttering the words
Reading the sentences
From varieties of books
It is so meaningful to me...

Read to me mom
Read to me dad
It is our bonding time together
So I feel loved and secure
And I develop my interest in reading
That gives me confidence
To explore and learn...

Read to me Mom
Read to me Dad
When you are finished
Please read to me again
Thank you Mom
Thank you Dad
I will treasure our sweet memories
Forever...
I love you Mom
I love you Dad.

Readers and writers


Wednesday, October 19, 2016

Cerita Ibu

Ibuku bercerita padaku
Cerita kisah dari Al-Quran
Cerita kisah Nabi
Cerita kisah rakyat
Cerita kisah teladan
Kisah si Tanggang
Arnab dan kura-kura
Semut dan serigala
Anjing dan bayang-bayangnya
Dan banyak lagi...

Ibuku bercerita padaku
Dengan suaranya yang lunak
Berulang-ulang
Hingga aku ingat jalan ceritanya
Hingga...
Aku kenal Allah
Aku sayang Nabi
Aku faham maksud derhaka
Aku nampak hikmah sabar
Aku tahu akibat menipu
Aku sedar orang tamak selalu rugi...

Ibuku bercerita padaku
Sebelum waktu tidurku
Ibuku bercerita padaku
Hingga lena tidurku...

Ibuku bercerita padaku
Masa yang kutunggu
Saban hari
Tanpa jemu...

Ibuku bercerita padaku
Indah sungguh zaman kanak-kanakku
Bahagia sekali kenangan bersamamu
Oh ibu....
Sungguh aku rasa amat disayangi
Dan aku amat menyayangimu.

Rosnah Ahmad
#SentuhanBapaBelaianIbu
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
Perkasakan Institusi Keluarga

Tuesday, October 18, 2016

CIPTA MASA KUALITI BERSAMA ANAK

Harta dan anak adalah ujian. Kesibukan mencari rezeki banyak mencuri masa ibu bapa bersama anak dan keluarga.
Apapun ibu bapa harus bijak mengurus diri dan keluarga dengan baik. Masa berkualiti bersama anak juga sangat penting.
Apabila pulang dari kerja anak seakan meragam kerana mereka memerlukan perhatian, penghargaan dan kasih sayang. Sebaliknya ibu bapa sering sibuk dengan kerja rumah seperti membasuh, memasak dan mengemas.
Perasaan sorang anak yang ditinggalkan seharian harus diambil berat oleh ibu bapa. Sebaiknya dekatilah anak terlebih dahulu seperti mengajak anak ke taman, bermain atau berbual dengan mereka sebelum membuat kerja-kerja rumah.
Kerja-kerja rumah perlu diurus dengan lebih efisien supaya ada masa berkualiti bersama anak. Jika mampu boleh gunakan khidmat Pengurus Kediaman untuk menolong mengurus kediaman mengikut keperluan keluarga supaya ibu bapa ada lebih masa untuk menyantuni anak.
Layari blog saya rentis.blogspot.com untuk tip-tip mencipta waktu.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/lebih-baik-dari-pembantu-rumah-1.398819
Surah Al-Anfal, Ayat 28:
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
Sekian. Wallahua'lam.
# SentuhanBapaBelaianIbu
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
Perkasakan Institusi Keluarga

Perhiasan yang memperdaya

Wahai sahabat,
Dunia ini hanya sementara
Perhiasan yang memperdaya
Semakin banyak impian mu tercapai
Semakin dekat diri mu dengan kematian

Wahai sahabat,
Demi masa berbaki
Ayuh...
Beriman dan beramal soleh
Berpesan-pesan dengan kebenaran
Berpesan-pesan dengan kesabaran
Agar diri mu tidak kerugian

Monday, October 17, 2016

Rumah Madrasah Pertama

Pilihlah jalan taqwa dalam menghadapi karenah anak

Setiap hari sebagai ibu bapa kita menghadapi pelbagai kerenah anak-anak.

Anak adalah amanah. Anak juga adalah ujian. Pilihan di tangan ibu bapa, bagaimana menyantuni karenah anak-anak.

Sesungguhnya Allah mengilhamkan pada setiap jiwa jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan.

Contoh, jika anak menyepahkan rumah, ibu bapa ada pilihan samada untuk memarahi anak atau menjadikan situasi itu peluang mendidik anak sikap bertanggungjawab, bekerjasama dan menolong.

Maka beruntunglah ibu bapa yang memilih jalan taqwa dalam menyantuni anak-anak. Jalan kefasikan hanya membawa kepada  kerugian.

Surah Ash-Shams, Ayat 8-10
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Wallahu'alam

#SentuhanBapaBelaianIbu
Kembalikan Peranan Ibu Bapa
Perkasakan Institusi Keluarga

Wednesday, October 12, 2016

Sepi itu indah

Agar aku lebih mengerti

Istimewa buatmu..insan hebat bergelar ibu tunggal...

AGAR AKU LEBIH MENGERTI
Nukilan Rosnah Ahmad

Gelap…
Sukar aku mencari Nur
Tiada sudah dahan tempat berpaut
Bagaimana harus aku bangkit
Apatah lagi melangkah…

Perit…
Penuh kepayahan
Menerima hakikat
Prasangka dan kata nista
Menambah runtun jiwa
Hanya air mata
Teman berduka…

Dunia…
Dengarlah rintihan ku
Tanpa menghukum
Berikan aku sokongan
Agar aku tahu
Aku tidak keseorangan
Tika kepayahan menghimpit
Aku berhak dilindungi
Bukan dihukum
Atau diprasangka…

Masa…
Mengubati duka
Aku belajar memaafkan
Dan melupakan
Kerana aku yakin
Allah tidak menguji
Di luar kemampuan ku…

Amanah…
Memaksa aku bangkit
Walau dalam kedukaan
Tabah jua aku melangkah
Menerima hakikat
Mengubah cara berfikir
Melihat masalah sebagai peluang
Bertindak memotivasikan diri
Memacu kekuatan yang ada
Menuju kecemerlangan...

Sepi…
Sepi itu menjadi indah
Hatiku kembali berbunga
Ku temui Cinta abadi
Kekasih hati ku
Yang menghidupkan Nur
Di kalbu
Menyuluh lagi menerangi…

Kini…
Aku tidak bersedih lagi
Malah sudah mampu mengukir senyuman
Hari hari ku semakin indah
Malam malam ku semakin damai
Aku semakin yakin melangkah
Demi masa yang berbaki
Demi amanah
Demi DIA
Yang Maha Pengasih
Maha Mengetahui...

Syukur…
Redha jua aku dengan segala ketentuanNya
Sesungguhnya...
Apa yang berlaku
Tersirat hikmah sebuah kehidupan
Agar aku lebih mengerti.

Tetamu Senja

Tetamu senja
Salamnya merdu
Senyumannya manis
Santunnya luhur
Singgah berteduh
Membasah tegak
Mengalas perut
Menghilang lenguh

Tetamu senja
Singgahnya sebentar
Bekalnya sedikit
Sekadar kudrat
Yang ada
Berkelana
Mencari
Hingga di jemput
Pulang...

Sunday, October 9, 2016

Remaja

Terjumpa karya anakanda Nurin Husna ketika remaja

Judul Sajak  :   Remaja
Oleh               :   Nureen Rahman

Remaja
Umur mu semakin meningkat
Banyak perubahan sedang berlaku
Adakah engkau sedari…
Adakah ia terlintas
Di benak fikiran mu

Remaja
Zaman kanak-kanak mu telah berlaku
Engkau semakin membesar
Fizikal mu semakin berubah
Pemikiran mu semakin matang
Pergaulan mu juga harus dikawal

Remaja
Peringkat umur mu adalah tahap yang mencabar
Banyak masalah yang menimpa diri mu
Fikirkanlah adakah ia berpunca
Daripada zaman yang semakin berteknologi
Atau pilihan diri yang bisa diurus

Remaja
Cuba engkau renungkan
Dengan siapa engkau bergaul
Semua itu akan mempengaruhi
Kebahagiaan hidup mu
Dan generasi akan datang

Remaja
Kau penentu hala tuju
Ayuh kuatkan semangat juang
Memperkasakan diri
Agar maruah bangsa digalas
PEWARIS generasi hebat…..

Nukilan   :  Nurin Husna binti Abd Rahman
                   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang
                   Daerah Rompin, Pahang

Wednesday, October 5, 2016

Anak Mampu Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa

Tip Sentuhan Bapa Belaian Ibu
Anak Mampu Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa.
Oleh:Rosnah Ahmad

Kanak-kanak mampu menguasai lebih daripada satu bahasa dengan baik jika dimulakan dari awal di persekitaran rumah, taska, tadika atau pusat jagaan di mana anak diasuh.
Fitrah anak mempelajari bahasa bermula dengan mendengar secara natural. Mereka tidak kisah nahu, tidak takut silap atau orang tidak faham. Mereka gemar membina bina ayat sendiri dan lebih cepat belajar bahasa apabila minat sesuatu seperti melalui cerita dan nyanyian.

Kanak-kanak memperolehi bahasa melalui:

-Pendengaran
-Peniruan
-Pengulangan dan praktik
-Penghargaan dan galakkan orang dewasa
-Pembelajaran tidak langsung.

Faktor persekitaran yang menggalakkan perkembangan bahasa anak adalah:-

-Persekitaran yang menyeronokkan-tiada tekanan
-Beri banyak peluang mendengarnya
-Beri banyak peluang menggunakannya
-Elak terjemahan-natural dan kaitkan dengan kehidupan
-Kaedah pengulangan berkesan
-Gabungkan komunikasi verbal dan non verbal
-Wujudkan suasana ingin tahu

-Iktiraf secara positif setiap kemajuan yang dicapai-elak komen negatif
Persekitaran rumah taska, tadika, pusat jagaan dan sekolah menyokong perkembangan bahasa kanak-kanak. Ibu bapa dan pendidik seharusnya selalu berkomunikasi menggunakan bahasa yang betul dan sesuai dengan tahap umur anak. 

Dikongsikan video adik Maryam Hasnolbasri Hassan yangsudah menguasai 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin dengan baik.
https://www.facebook.com/rosnah.ahmad.75/videos/10154585608549231/

Wallahu'alam.
#EverydayEnglish
#SentuhanBapaBelaianIbu

Beauty is around you

Beauty is within you

Tuesday, October 4, 2016

Fahami dan Aplikasi Falsafah Pendidikan, Teori dan Pandangan Agama

Tip Untuk Pengusaha dan Pendidik Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak
Fahami dan Aplikasi Falsafah Pendidikan, Teori dan Pandangan Agama
Oleh: Rosnah Ahmad

Mengusahakan perniagaan yang berkaitan pendidikan memerlukan kefahaman berkaitan falsafah pendidikan dan pedagogi. Ia juga melibatkan teori dan pandangan agama serta aplikasi.

Justeru itu pengusaha dan pendidik seharusnya memahami, mengaplikasi dan membiasakan diri berhujah menggunakan falsafah pendidikan, teori dan pandangan agama terutama apabila bercakap dengan pelanggan.

Ini InsyaAllah akan melahirkan hubungan yang baik dan kepercayaan pelanggan kepada servis yang ditawarkan. Contoh, jika ada masalah berkaitan anak, berbincanglah dengan ibu bapa bersandarkan falsafah, teori dan pandangan agama yang relevan dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan anak.

Kefahaman dan aplikasi berkaitan falsafah pendidikan, teori dan pandangan agama serta aplikasi dalam konteks budaya kita adalah satu kemahiran yang seharusnya ada pada semua pengusaha dan pendidik dalam bidang pendidikan demi kesejahteraan anak-anak yang dididik.

" Bersama ke arah kecemerlangan diri."

Wallahu'alam.

Rosnah Ahmad
Tinta Ori Training & Consultancy
" Empowering You"

Monday, October 3, 2016

Hijrah

Hijrah
Rosnah Ahmad
Dalam perjalanan
Adakala aku tersilap
Adakala aku terjatuh
Adakala aku tersadung
Adakala aku tersungkur
Hingga adakala aku keletihan...
Dalam perjalanan
Dalam kepayahan
Adakala aku berhenti
Berehat seketika
Bukan mengalah
Sekadar melepaskan lelah
Bangkit jua aku
Meneruskan perjalanan...
Dalam perjalanan
Dalam hijrahku
Menuju pengislahan
Moga istiqamah
Moga dimudahkan
Moga diredhai
Hingga ke negeri abadi
Hingga mataku tertutup.