Tuesday, January 27, 2015

ISU MEROTAN

Dikongsikan artikel relevan.
Bagi saya mendidiklah dengan kelembutan dan ketegasan.. Wallahualam...

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/dr-asyraf-wajdi-dusuki/merotan-anak-bukan-budaya-islam-1.354711

Dan perkongsian dr watsap

ROTAN...1 nasihat sinikal..

1 malaysia bersuara memberi respon tentang usul seorang menteri wanita bahawa ibu bapa yang merotan anak-anak merupakan 1 kesalahan dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Pada Ustaz, ada pro dan kontra cadangan yang tak berapa nak masuk akal namun Ustaz suka melihat dari 1 dimensi yang berbeza.

1. Semua ibu bapa tidak bersetuju bahawa merotan anak-anak 1 kesalahan.

2. Semua Ibu bapa bersetuju bahawa merotan merupakan 1 sunnah nabi saw.

3. Semua ibu bapa setuju bahawa merotan dapat mendidik anak-anak berakhlak mulia.

Semuanya Ustaz bersetuju. Namun, apakah pendidikan anak-anak hanya selesai dengan merotan sahaja?

Apabila anak-anak tidak solat terus dirotan. Apabila anak-anak degil terus dirotan. Apabila anak-anak melawan terus dirotan. Maka puaslah hati ayah ibu apabila anaknya menangis dirotan.

Ustaz suka memetik kata Prof dr zul, pakar ENT UMMC yg merawat tonsil Ustaz katanya banyak doktor hanya "treat symptom but not treat disease" (hanya merawat symtom bukan merawat penyakit).

Apa bezanya ayah ibu yang merawat syntom anak degil tak nak solat atau tak nak baca quran dengan hanya merotan sedangkan tidak merawat punca anak tidak solat, punca anak tidak baca quran?

Tunjukkan perancangan strategik ayah ibu terhadap pendidikan anak-anak dan pelan kontigensi sekiranya perancangan tidak berjaya?

Kalau susah untukk faham, Ustaz permudahkan...

1. Berapa ramai ibu ayah yang rotan anak tak solat mengajar sendiri anak solat dan bersolat berjemaah bersama-sama anak?

2. Berapa ramai pula ayah ibu yang membawa anak-anak berjemaah di masjid-masjid? Orang marah bila masjid dipenuhi dengan anak-anak kecil yang bising bermain. Namun, Ustaz ingin bertanya, ke mana anak-anak remaja yang sepatutnya ayah perlu ajak datang ke masjid?

3. Saat ini ketika artikel ini ditulis hampir masuk waktu maghrib. Mana ayah yang bersiap sedia membawa semua anak lelaki ke masjid.

Maka pada Ustaz berlaku adillah dengan anak-anak. Memang benar Rotan 1 didikan tetapi bukanlah penyelesaian semata-mata. Sedarilah bahawa didikan berterusan yang disulami dengan kasih sayanglah yang lebih berkesan.

: عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال عليه الصلاة والسلام:
((اعملوا بطاعة الله، واتقوا معاصي الله، ومروا أولادكم بامتثال الأوامر، واجتناب النواهي، فذلك وِقايةٌ لهم ولكم من النار))

Kadang kala kita perlu bersetuju dengan sikap kita yang memukul dulang, air terpercik ke muka sendiri.

Harap selepas membaca tulisan ini jangan pulak dilabel Ustaz menentang sunnah atau menyokong tindakan menteri. Letih nak menjawabnya nanti.

Doakan anak-anak Ustaz istiqomah solat dan melakukan amal solih. Semoga kita semua dirahmati Allah. Aamiin. Wallahu A'lam::

Goodbye misery

Monday, January 26, 2015

Glorify your heart

10 steps to let go of resentment

https://www.psychologytoday.com/blog/the-therapist-is-in/201103/10-steps-letting-go-resentment

http://m.huffpost.com/us/entry/6481582?ir=Good+News&ncid=fcbklnkushpmg00000023

http://www.mindbodygreen.com/0-13128/how-to-attract-the-right-people-into-your-life.html

Sunday, January 18, 2015

Saturday, January 17, 2015

Meminta dan Memberi Maaf

Meminta dan Memberi Maaf
Rosnah Ahmad

Sebagai manusia setiap dari kita tidak sunyi dari kesalahan.

Apa jua kesalahan yang kita lakukan kita perlu memuhasabah diri dan meminta maaf. Kita juga perlu koreksi diri. Jika kita terus melakukan kesalahan yang sama ia bukan kesilapan lagi. Malah ia boleh menjadi budaya yang tidak baik dalam diri.

Ada ketika orang lain pula melakukan kesalahan terhadap diri kita.Sebagai manusia sudah tentu emosi kita akan terkesan dengan perkara begini.  Memaafkan adalah amalan yang mulia. Namun proses memberi maaf seringkali memerlukan masa.

Apapun dalam dunia serba mencabar ini kita perlu juga mengambil iktibar dan berhati-hati supaya perkara yang sama tidak berlaku lagi.

Kita juga perlu belajar mengambil apa yang berlaku sebagai maklumbalas untuk terus melakukan pengislahan diri. Mungkin ada tindakan yang perlu diperbetulkan untuk melindungi diri dari diperlakukan perkara yang sama. Semua ini akan mematangkan diri kita.

Yang penting juga kita  tidak melakukan kesalahan itu kepada orang lain. 

Meminta dan memberi maaf banyak hikmahnya. Antaranya ia menghindari sifat benci dan dendam. Berbahagialah jiwa yang mengamalkannya.

Surah Ash-Shura, Ayat 43:
وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.

Manusia itu tidak sunyi dari kesalahan
Meminta dan memberi maaf itu mulia
Belajar dari apa yang berlaku itu bijaksana
Mengislahkan diri itu kejayaan

Kita bukan terbaik tetapi kita boleh menjadi lebih baik. Semoga kita berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Sekian. Wallahu'alam.

Monday, January 12, 2015

Berkata Benar Walaupun Pahit

Berkata Benar Walaupun Pahit
Rosnah Ahmad

Kehidupan di dunia ini memang tidak adil. Hanya akhirat tempat yang adil dan tempat tinggal yang lebih baik.

Adakala kita mungkin dimusuhi kerana kita membuat perkara yang benar. Ada juga suara-suara yang dengki. Kadangkala dari orang yang berkata mereka menyayangi kita. Inilah yang paling melukakan.

Bersabar adalah cara yang baik. Namun pada usia yang menghampiri setengah abad ini membuat saya lebih yakin dan memahami erti sabar yang sebenarnya.

Sekurang-kurangnya kita perlu bersuara menyatakan kita tidak suka diperlaku sedemikian rupa.


Saya dapati bila saya bertindak begini saya lebih disegani dan dihormati. Setidak-tidaknya saya menunjukkan saya seorang yang ada prinsip yang jelas.

Budaya kita agak kurang bersikap berterus terang. Lebih ramai memilih untuk berdiam diri dan menangis. Itu mungkin boleh pada awalnya tetapi memendam rasa akan lambat laun memakan diri sendiri dan tidak menyelesaikan masalah.

Pilihlah untuk tidak menjadi mangsa pada keadaan begini. Belajarlah mengurus emosi dan bertindak dengan hikmah. Peliharalah maruah diri.

Usah bersedih bila kita dipihak yang benar. Allah sentiasa bersama kita.

Berkatalah benar walaupun pahit.

Wallahu'alam.

Langit Menangis Lagi

Terima kasih kepada En. Mohd Nizam Ismail yang menerbitkan artikel ini untuk tatapan orang Singapura.

Sunday, January 11, 2015

Finding the true love

Seorang wanita

Santuni Anak Sesuai Dengan Usia

Santuni Anak Sesuai Dengan Usia
Rosnah Ahmad

Hari ini saya menghantar anak bongsu saya ke asrama untuk pendaftaran tingkatan satu. Dua lagi anak saya sedang mengikuti pengajian di peringkat tinggi.

Ya. Begitu cepat masa berlalu. Rasa seperti baru saja saya dan suami menghadapi karenah anak-anak semasa kecil.

Kecil lawannya besar
Ada lawannya tiada
Hidup lawannya mati.

Itulah hakikat kehidupan. Sentiasa berubah. Tiada yang kekal.

Anak-anak juga berubah dalam fasa-fasa yang berbeza mengikut umur mereka. Fitrah ibu bapa yang menyayangi anak harus disuburkan dengan ilmu dan kemahiran keibubapaan yang sesuai dengan tahap umur dan zaman.

Sebagai ibu bapa kita sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Namun sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita juga  menghadapi ujian dalam mendidik anak-anak.

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Surah Al-Anfaal ayat 28)

Apapun sikap sentiasa membuat refleksi diri dan mengambil masalah sebagai maklum balas untuk terus memperbaiki diri sudah tentu membawa kepada kemajuan diri dan anak-anak.

Hargailah masa-masa bersama di setiap fasa perkembangan anak. Setiap fasa ada keindahannya tersendiri. Detik yang berlalu pasti menjadi kenangan. Semoga banyak sekali kenangan indah bersama yang tercipta. Ini membantu anak menghadapi masa hadapan dengan lebih yakin.

Berdoalah selalu untuk kesejahteraan diri dan anak-anak. Doa itu senjata orang beriman.

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Yang menguasai hari pembalasan
Tetapkan hati kami pada jalan kebenaran
Golongkan kami dalam golongan orang yang bertaqwa
Jauhilah kami dan keluarga kami
Dari azab api neraka...

Dikongsikan artikel saya  yang berkaitan. Moga bermanfaat.

http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-32-himpunan-doa-untuk-anak.html?m=1

http://rentis.blogspot.com/2014/11/amanah.html?m=1

Friday, January 9, 2015

Mengurus Rasa Bersalah

Mengurus Rasa Bersalah
Rosnah Ahmad

Sebagai wanita kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri. Pada masa yang sama kita juga mahukan yang terbaik untuk keluarga.

Dalam memenuhi impian dan tanggungjawab kadang-kadang kita hilang kesimbangan.

Sebagai wanita adalah natural untuk melihat ke dalam diri dan seringkali dihimpit rasa bersalah terhadap suami dan anak-anak. Kita merasa belum cukup baik sebagai isteri dan ibu.

Melihat ke dalam adalah sesuatu yang baik. Rasa bersalah menandakan ada sesuatu yang tidak selari dengan fitrah diri.

Namun perasaan ini harus ditangani dengan bijak supaya diri tidak terus dibelenggu rasa bersalah dan cuba memuaskan hati semua orang di sekeliling kita. Kita boleh jadi terlalu penat dan hilang kawalan emosi. Wanita perlu bijak mengurus emosi dan keluarga.

Peranan dan fungsi setiap ahli keluarga perlu difahami oleh setiap ahli keluarga. Setiap ahli keluarga juga perlu berfungsi mengikut fungsi masing-masing.

Elakkan diri dari terlalu berfungsi hingga ahli keluarga yang lain kurang berfungsi.

Saya mengamalkan konsep pemimpin yang baik melahirkan pemimpin yang lebih baik. Sebagai contoh jika kita pandai mengemas rumah, anak-anak sepatutnya menjadi orang yang lebih pandai mengemas rumah dengan bimbingan kita. Bukan hanya kita yang melakukan kerja-kerja mengemas rumah hingga anak-anak tidak mendapat kemahiran tersebut.

Jadilah isteri juga ibu yang bahagia dan tenang supaya kita dapt menyantuni suami dan anak-anak dengan lebih hikmah.

Suara ibu yang lunak
Dari hati ibu yang tenang dan bahagia
Melunakkan jiwa anak
Yang fitrahnya suci...

Dikongsikan 2 artikel saya yg berkaitan topik ini. Moga bermanfaat. Waallahu'alam.

http://rentis.blogspot.com/search?q=rasa+bersalah&m=1

http://rentis.blogspot.com/2010/04/tip-keibupaan-45-jadilah-ibu-bapa-yang.html?m=1

Sun up

Tip memilih TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan

Ibu bapa yang sedang memilih taska/tadika/pusat  jagaan untuk anak-anak diharap dapat membuat pemilihan dengan bijak.
Elakkan daripada hanya melihat kepada faktor keceriaan sahaja. Keadaan persekitaran yang harmoni dan tidak terlalu meriah memadai dan sangat sesuai dengan fitrah kanak-kanak.
Yang lebih penting untuk ditanya semasa pemilihan adalah aspek perkembangan dan pengasuhan kanak-kanak serta perancangan tahunan. Kemahiran pengusaha, penyelia dan pendidik juga sangat penting demi kesejahteraan si kecil.
Pilihlah program yang berpusatkan kanak-kanak.
Dikongsikan artikel saya berkaitan TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan Kanak-kanak. Moga bermanfaat.
TIP 6: TASKA/TADIKA/PUSAT JAGAAN DAN KELAS FARDHU AIN http://rentis.blogspot.com/2007/04/tip-6-taskatadikapusat-jagaan-dan-kelas.html
Wallahua'lam.

Mari Bercerita Sayang

Mari Bercerita Sayang
Rosnah Ahmad

Musim tengkujuh yang dingin membawa saya mengimbau kenangan yang bahagia sekali.

Musim tengkujuh mengingatkan saya kepada cerita arwah mak menghiburkan kami adik beradik. Kenangan indah yang sungguh menghangatkan.

Cerita dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan. Bercerita memberi banyak kebaikan kepada anak-anak dan ibu bapa. Sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dengan macam-macam gajet yang ada sekarang.

Dekatilah anak-anak kita dengan bercerita. Insya-Allah ia akan juga menjadi kenangan terindah buat anda dan anak seperti segarnya kenangan saya bersama arwah mak yang sudah pergi 28 tahun yang lalu.

Dalam kedinginan tengkujuh
Kasihmu tetap menghangatkan
Sehangat cerita-ceritamu
Kenangan terindah
Masih segar tetap utuh
Abadi dalam jiwaku
Tenanglah kau di sana
Doaku untuk mu ibu...

Ya Allah cucuci rahmat ke atas roh ibuku. Kasihinya sebagaimana ia mengasihi sewaktu aku kecil.

Dikongsikan artikel saya bertajuk " Cerita Membentuk Peribadi Anak".  Artikel ini saya tulis ketika anak-anak saya masih kecil. Sering saja saya merindui detik-detik indah itu.

Moga bermanfaat. Wallahu'alam.

http://rentis.blogspot.com/search?q=bercerita&m=1