Sunday, December 27, 2015

Pemilihan Institusi Sokongan Untuk Si Kecil

Ibu bapa adalah pendidik utama anak-anak. Institusi seperti TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-kanak diperlukan oleh ibu bapa sebagai sistem sokongan dalam pendidikan anak-anak.

Ibu bapa perlu memilih institusi sokongan untuk anak-anak dengan bijak.

Elakkan daripada hanya melihat kepada faktor keceriaan sahaja. Keadaan persekitaran yang harmoni dan tidak terlalu meriah memadai dan sangat sesuai dengan fitrah kanak-kanak.

Yang lebih penting untuk diteliti semasa pemilihan adalah aspek perkembangan dan pengasuhan kanak-kanak serta perancangan tahunan. Kemahiran pengusaha, penyelia dan pendidik juga sangat penting demi kesejahteraan si kecil.

Pilihlah program yang berpusatkan kanak-kanak.

Dikongsikan artikel saya berkaitan TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan Kanak-kanak. Moga bermanfaat.

TIP 6: TASKA/TADIKA/PUSAT JAGAAN DAN KELAS FARDHU AIN http://rentis.blogspot.com/2007/04/tip-6-taskatadikapusat-jagaan-dan-kelas.html

Kanak-kanak membina identiti diri dalam dunia sebenar bukan dalam dunia fantasi.

Santuni fitrah
Raikan fitrah.
Sayangi dan dekati anak.

Wallahua'lam

Happiness is real

Saturday, December 26, 2015

Dengan IzinNya...

Awan kelabu menghiasi langit
Bulan purnama tiada lagi kelihatan
Dengan izinNya...
Langit tidak lagi menangis
Rintik hujan menemani perjalanan...

Dalam apa jua keadaan
Tetapkan aku dalam jalan kebenaran
Dalam jalan kemuliaan
Hingga saat nafasku yang terakhir
Wahai Tuhan
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Pengasih
Yang Maha Pengampun
Yang Maha Pemberi Petunjuk...

Wednesday, December 23, 2015

Muhammad

Tika aku merindui kasih seorang ibu
Teringat aku padamu
Engkau yatim jauh lebih awal...

Tika aku mengorak langkah
Menempuh onak dan duri
Ingat aku pada kesabaranmu dalam perjuangan
Yang jauh lebih menduga...

Tika aku kepayahan dalam menyampaikan
Ingat aku pada ketabahanmu dalam tabligh
Membawa ummah kepada cahaya illahi
Yang jauh lebih menguji...

Tika aku keletihan dalam mengembara
Ingat aku kepada kegigihanmu
Dalam hijrahmu dengan unta dan berjalan kaki
Yang jauh lebih mencabar...

Tika aku kesunyian
Ingat aku pada pertapaanmu
Di Gua Hira' di puncak Jabal Nur
Yang jauh lebih terasing...

Tika aku dizalimi
Ingat aku pada budi pekertimu
Walau dicaci dan dikeji
Akhlakmu  jauh lebih terpuji...

Ya Habibi
Ya Habiballah
Ya Nabiyallah
Ya Rasulullah
Sebuah nama Agung
Muhammad
Qudwah hasanah
Seluruh umat...

Selawat dan salam buatmu
Sallallahu alaihi wassalam...

I know I Am Dying

I Know I Am Dying
Rosnah Ahmad

I know I am dying
Therefore I make everyday as my last
I check my wish list
As though it is now I only have...

I know I am dying
I learn to appreciate
I cherish the connections
I treasure relationships over money
Over things...

I know I am dying
Now is the time to feel happy
A time to show lots of love
A time to forgive
A time to reconcile...

I know I am dying
I am only passing through the world
I make my life simple and light
I remind myself not to accumulate
But to give more...

I know I am dying
What matters most is have I done my life purpose
Have I served my creator...

I know I am dying
Time is running out
Now is the time
To do good deeds
For He created death and life
As a test for me
Truly...
He is The Almighty
The Giver of Life
The Taker of Life...

O Allah
The First
The Last
The Doer of Good
The Guide
Guide me in doing good deeds
Until it is the time for me to leave here
For a better place
The hereafter...

O Allah
The Ever Living One
The Forgiving
Grant me Husnul Khotimah.

Bangsaku

Bangsa itu
Dikatakan bangsa berdaulat
Bangsa itu
Dikatakan tuan
Bangsa itu
Dikatakan tak hilang di dunia
Bangsa itu
Dikatakan mudah lupa
Bangsa itu
Dikatakan mendustakan janji

Bangsa itu
Bangsaku...

Transformasi Diri Inspirasi Ummah

Salam kedamaian ...

Damai hati kembali ke rumah
Rahmat Allah Yang Maha Pemurah
Transformasi diri inspirasi ummah
Modaliti ASPIRE menyantuni fitrah.

ASPIRE TO INSPIRE
ASPIRE TO CHANGE
ASPIRE TO JANNAH

#abangsmartaspireteam

Tuesday, December 22, 2015

The Wisdom of A House

Copy paste frm whatsap. Thank you.

I asked myself how to handle life?
My room gave me all the answers:

Roof said: Aim high.

Fan said: Be cool.

Clock said: Value time.

Calendar said: Be up to date.

Wallet said: Save now for the future.

Mirror said: Always observe yourself.

Lamps said: Light up other's life.

Wall said: Share others' load.

Window said: Expand the vision.

Floor said: Always be down to earth.

Stairs said: Watch each step you take.

The most inspiring one:

Toilet bowl said: When it's time to let go, just let it go....

And I add...

Kitchen said...I am the heart of the house..

Door said..welcome your guest...

Gate said..send your guest to me before goodbyes

Porch said...give me some beauty..plant some trees..not just park the cars

House said...remember you are leaving me and your grave is inviting

Wallahu'alam
Rosnah Ahmad

Monday, December 21, 2015

Aspire

Sendiri

Sendiri
Bicara ku seakan sepi
Sendiri
Langkah ku seakan longlai
Sendiri
Ku butuhkan teman
Teman dalam berbicara
Teman dalam melangkah
Teman dalam perjuangan
Teman sejati
Sepertimu
Sahabat...

#aspireteam

Rosnah Ahmad
Lebu, Bentong

Sunday, December 20, 2015

Laksam

Terima kasih Shahrom atas perkongsian resepi.

Bahan untuk laksam

1 Paket tepung beras
2 sb tepung gandum
1800 ml air
garam secukup rasa.

Cara:

🌹Campur semua bancuh sampai sebati
🌹sapu minyak pada tutup periuk,  tuang adunan dan ratakan (mcm buat lempeng), kemudian dikukus. Adunan dah mengelembung sikit,  masaklah tu.. 😊

🌷🌷 kalau adunan tak cukup  masak,  bila kita nak menggulungnya dia akan pecah...

Bahan untuk Kuah

1 Kg ikan selayang @ kembung
2 Labu bwg besar
1 sudu serbuk lada hitam
1/2 Kg santan
Garam secukup rasa

Cara:

🌷 blender isi ikan.  Campur kesemua bahan,  masak sampai naik wap

🎀🎀 kuah dia tak perlu masak sampai mendidih,  cukup sekadar naik wap je.

🎀🎀 selalu mengacaunya supaya isi ikan tak bergentel

Sedia dihidang dengan ulam kesukaan dan sambal belacan.

Ps  Petua sambal cik nah..lada kering yg di rendam air panas; cili hidup dan belacan. Tumbuk atau kisar.

🌺🌺 Ok selamat mencuba... 😎😎

Saturday, December 19, 2015

Latih Anak Berbakti Kepada Ibu Bapa

Didiklah anak untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Bermula dari awal usia dengan perkara-perkara yang mampu mereka lakukan.

Usah biarkan anak leka dengan kesenangan dan kemudahan. Sudah menjadi fitrah ibu bapa menyayangi anak-anak dan menyediakan segalanya untuk mereka. Namun anak perlu dididik dan dilatih untuk berbakti sejak kecil. Jika anak merungut nasihat dan tegurlah dengan baik. Ingatkan mereka ayat Quran berkaitan perintah Allah untuk anak berbakti kepada kedua ibu bapa.

Jika tidak dilatih dari kecil bimbang anak lupa berbakti kepada ibu bapa hingga dewasa atau hingga usia tua ibu bapa yang lemah dan perlukan bakti anak-anak.

Bagi ibu bapa yang masih mempunyai Ibu bapa, berbaktilah kepada keduanya. Tunjukkan kepada anak amal baik terhadap ibu bapa supaya anak memcontohi In Syaa Allah.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا . وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنْ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .الإسراء 23- 24 

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Al Isra(17):23)

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Al Isra(17):24)

Santuni Fitrah Anak.

Wallahu'alam

Rosnah Ahmad

Thursday, December 10, 2015

Hari ini lebih baik dari semalam

Assalamualaikum
Salam keindahan dan kesyukuran 🌸🌻

Cabaran setiap dari kita berbeza
Usah menilai sukses dengan perbandingan hasil orang lain
Usaha ke arah kebaikan diri
Hari ini lebih baik dari semalam...

Wednesday, December 9, 2015

Khalifah Allah- Rahmat buat semua

Cerita semalam
Mendekati si comel
Dirimu disayangi
Fitrahmu disantuni
Potensimu digilap
Bercahayalah dirimu
Wahai anak
Anak yang baik
Yang mengajak orang lain jadi baik
Yang memakmurkan alam
Khalifah Allah
Rahmat Allah buat semua....

@Surau Al hidayah Kg Melayu Sempalit, Raub Pahang.

Tuesday, December 8, 2015

Ujian

Kehilangan
Kedukaan
Kematian
Seringkali dikatakan dugaan
Buat diri...

Kesenangan
Kegembiraan
Kehidupan
Seringkali dilupakan dugaan
Buat diri...

Seringkali jua
Jika rahmatNya dicabut
Berputus asalah diri lagi tidak berterima kasih
Jika datang kebahagiaan sesudah bencana
Nescaya sangat gembira dan banggalah diri...

Wahai diri
Sedarlah
Hidup dan matimu adalah ujian
Jadilah orang yang sabar
Dalam mencari redha Tuhanmu
Dalam mengerjakan amal soleh
Moga kau mendapat anpunan dan pahala yang besar
Dan mendapat kesudahan yang baik
Di sisiNya...

Monday, December 7, 2015

Pupuk Nilai Estetika dan Hargai Keindahan

Semalam anak saya Muhammad Firdaus (19) kembali dari bercuti dan menghadiahkan bunga hidup yang dibeli dari Cameroon Highland. Ada yang untuk ditanam dan ada untuk hiasan dalam.

Saya suka bunga hidup  untuk hiasan dalam dan luar rumah. Elemen alam yang sangat cantik dan menenangkan.

Bunga hidup juga sentiasa berubah. Semalam bunga ros contohnya  belum mekar sepenuhnya. Setiap hari ada perubahan yang berlaku. Ini adalah rangsangan yang memberi input yang berlainan kepada otak anak.

Ianya juga baik untuk perkembangan deria anak dan pemahaman dunia persekitaran anak.

Anak-anak perlu didedahkan dengan nilai estetika. Nilai estetika timbul dari keindahan suatu objek yang di lihat. Keindahan yang dilihat akan dicerap oleh otak melalui pancaindera dan menilai seberapa indah objek tersebut.

Saya juga suka melukis elemen alam. Selain hiasan rumah, saya menjadikan bunga-bunga sebagai objek untuk anak-anak berkreatif menggunakan pelbagai alat seperti krayon, pensil warna, berus, span dan warna air. Cara ini sangat bagus berbanding dengan hanya mewarna sahaja dengan pensil warna.

Anak yang mempunyai nilai estetika akan menghargai keindahan. Mereka juga in syaa Allah melihat kebesaran Allah SWT dan  berusaha menjaga keindahan alam ini.

Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah itu cantik, Ia suka kepada yang cantik"- Riwayat Muslim.

Santuni dan raikan fitrah anak.

Sekian.Wallahua'lam.

Rosnah Ahmad

Karipap Pusing Sardin

Terima kasih kepada sahabat saya Fauzian Sahar yang kongsikan resepi maknya kepada saya masa kami belajar dulu.

Karipap pusing ini sudah menjadi kegemaran keluarga dan kawan- kawan saya. Proses membuatnya juga menjadi aktiviti bersama yang bahagia.

Saya dan keluarga suka inti sardin. Boleh juga buat inti ayam atau daging.

Bahan:

Bahan A:
4 cawan tepung gandum
I biji telur
I sudu kecil garam
Air sejuk

Cara:
Gaul tepung dengan telur dan garam hingga sebati
Masukkan air sejuk, uli hingga lembut

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
Margerin/butter
Campur dan uli hingga sebati (lihat gambar di bawah)

Inti sardin:
I tin sardin mackeral
3 biji kentang dipotong dadu
2 biji bawang besar dimayang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji lada kecil merah ( tambah jika suka pedas)
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
1 keping asam keping

Cara:

Tumbuk/kisar lada, bawwng merah dan bawang putih
Tumis hingga masak
Masukkan sardin dan kentang
Masak hingga kentang lembut
Masukkan asam keping dan garam secukup rasa
Masukkan bawang besar yang di mayang
Hancurkan sardin
Angkat dan sejukkan.

Cara mencanai kulit seperti gambar di bawah.

Boleh digoreng terus atau dibekukan. Keluarkan dan goreng terus. Tidak perlu tunggu lembut semula.

Goreng dengan api sederhana hingga garing.

Masak-memasak membawa bahagia.

Selamat mencuba.

Masak memasak membawa bahagia

Petang tadi saya dan anak-anak membuat karipap pusing sardin kegemaran kami sekeluarga.

Proses membuat karipap pusing memang agak rumit tetapi ia memberi banyak masa bersama anak-anak. Sambil masak kami berbual, meluahkan perasaan dan bergurau.

Memasak juga adalah proses sains yang bagus untuk anak.  Mereka juga melalui proses 3E-explore, experiment, experience.

Memasak adalah saat indah bersama yang in syaa Allah tetap mekar dalam ingatan anak-anak.

Masak memasak membawa bahagia.

Dikongsikan resepi karipap pusing sardin kegemaran kami.

Karipap Pusing Sardin http://rentis.blogspot.com/2015/12/karipap-pusing-sardin.html

Wallahu,alam.

Sunday, December 6, 2015

DEKATI ANAK, BUAT MEREKA RASA ISTIMEWA

Mendekati anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam kesibukan kita ibu bapa menjalankan tanggungjawab bekerja dan menguruskan rumahtangga, kadang-kadang kita hilang keseimbangan dan anak-anak rasa terpinggir. Apabila ini berlaku anak-anak akan sengaja melakukan perkara-perkara yang memeningkan kepala ibu bapa hanya sekadar ingin menarik perhatian mereka.

Salah satu cara yang telah saya amalkan untuk mendekati dan membuatkan anak-anak rasa isimewa adalah keluar dengan seorang anak secara bergilir-gilir. Contohnya hari ini saya menghabiskan sepetang bersama anak sulung Nurin Husna yang berusia 9 tahun. Kami pergi membeli-belah dan makan bersama. Sepanjang tempoh itu saya banyak memberi nasihat, kata-kata perangsang dan motivasi.

Saya juga memberi keutamaan pada anak untuk membeli keperluan peribadinya yang munasabah. Anak-anak merasai diri mereka sangat dihargai dan istimewa kerana bila keluar beramai-ramai mereka hanya mengikut sahaja dan ibu bapa selalunya mengutamakan keperluan keluarga.

Kadang-kadang rasa kasihan apabila melihat ada anak yang ketinggalan jauh di belakang semasa mengikut ibu bapa mereka membeli belah.

Saya dapati anak-anak lebih mudah meluahkan isi hati mereka dengan cara ini. Anak-anak saya juga sudah memahami dan sedia bergilir untuk keluar bersama saya. Seronok  melihat anak rasa dihargai dan memegang erat tangan saya semasa berjalan bersama.

Saya usaha lakukan tip ini sebulan sekali tapi kadang-kadang ada anak yang memerlukan perhatian yang lebih kerana beberapa faktor seperti semasa kami baru dapat anak ketiga. Muhammad Firdaus, anak kedua saya pada ketika itu berusia enam tahun merasa agak tersisih dan cepat terasa. Jadi saya lakukan dengan lebih kerap. Kadang-kadang kalau tak berkesempatan untuk keluar saya  mengajak anak berjalan-jalan keliling kawasan perumahan dan berbual dari hati ke hati.

Wallahua'lam.

Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com
Artikel tip keibubapaan 2004 edited...

Anak Itu Satu Rahmat

Tip Sentuhan Papa Belaian Mama:
Anak itu satu rahmat dari Allah SWT.

Surah Maryam, ayat 21:
قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَلِنَجْعَلَهُ آيَةً لِّلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِّنَّا وَكَانَ أَمْرًا مَّقْضِيًّا

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Rahmat pada umumnya mengandung pengertian kasih sayang, keadilan, dan kesejahteraan.

Seharusnya ibu bapa dan guru menyantuni anak-anak dengan kasih sayang, keadilan dan kesejahteraan.

Pilihlah jalan taqwa dalam mendidik anak-anak agar pintu rahmat Allah terbuka luas buat kita.

Jika kita beriman dan bertaqwa maka terbuka luas pintu rahmat Allah SWT.

Surah Al-Araf, ayat 96:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Semoga kita tergolong orang yang bertaqwa yang menyantuni anak-anak secara fitrah dan mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.

Wallahua'lam.

Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com

Saturday, December 5, 2015

Resepi Donat Pelbagai

Dikongsikan resepi dari apuan Zuriada semasa Karnival Keluarga Rahmah di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Pahang.

Boleh dibakar, kukus dan di pelbagaikan jadi donut, pizza, pau goreng dan roti.

Selamat mencuba

Perkasa Diri


Perkasa diri
Perkasa anak
Perkasa keluarga
Perkasa komuniti
Keluarga rahmah
Negara makmur
Bermula dengan anda..

Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com

Wednesday, November 25, 2015

Right Brain Left Brain

Whasap conversation with Faisal Abdul Rahman...CEO Empire Putra College...

Manusia ada 2 bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan.  Otak kiri untuk  logik rational matematik,Otak kanan untuk kreativiti, seni, bahasa.

Left brain does critical thinking; right brain does creative thinking

Some people are more left than right and vice versa

Ini berkaitan dgn perkembangan cognitive, sebab lain part of the brain terhubung lebih kuat akibat scaffolding yg di beri senasa perkembangan awal.

Jadi lain org lain...ITU ciptaan TUHAN

Tapi masa right brain sedang berfikir secara kreatif, left brain jangan ganggu. Klu ganggu nanti process kreativiti akan terganggu

Kita fikir step by step. Right dulu, then left

Ini teknik 6 thinking hat Edward di Bono

We need balance thinking but step by step

Not both at the same time or at the same discussion

This is CREATIVE THINKING VS CRITICAL THINKING
We must know the difference.
Whole brain thinking

We put the right brain functions in early units and left brain in subsequent units.

Then we get them to debate

Itu kolb learning cycle

Yg hubungkan RB n LB tu corpus collosum
Corpus collosum size: it is reported that a woman's brain has a larger corpus collusum, which means women can transfer data between the right and left hemisphere faster than men. Men tend to be more left brained, while women have greater access to both sides.

Macam jambatan...perempuan n lelaki jambatan lain saiz..

That is why women can mutitask and men are more focus

Because women are suppose to take care of the nest...men are to hunt

Right Brain Left Brain

Whasap conversation with Faisal Abdul Rahman...CEO Empire Putra College...

Manusia ada 2 bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan.  Otak kiri untuk  logik rational matematik,Otak kanan untuk kreativiti, seni, bahasa.

Left brain does critical thinking; right brain does creative thinking

Some people are more left than right and vice versa

Ini berkaitan dgn perkembangan cognitive, sebab lain part of the brain terhubung lebih kuat akibat scaffolding yg di beri senasa perkembangan awal.

Jadi lain org lain...ITU ciptaan TUHAN

Tapi masa right brain sedang berfikir secara kreatif, left brain jangan ganggu. Klu ganggu nanti process kreativiti akan terganggu

Kita fikir step by step. Right dulu, then left

Ini teknik 6 thinking hat Edward di Bono

We need balance thinking but step by step

Not both at the same time or at the same discussion

This is CREATIVE THINKING VS CRITICAL THINKING
We must know the difference.
Whole brain thinking

We put the right brain functions in early units and left brain in subsequent units.

Then we get them to debate

Itu kolb learning cycle

Indah

Disebalik senyuman
Tersimpan harapan
Tersemat keyakinan
Termeteri ikatan...

Disebalik senyuman
Terungkai persoalan
Terpadam kemarahan
Terlerai sengketa...

Disebalik senyuman
Ukhwah dipadu
Usaha dipacu
Ummah disantun...

Disebalik senyuman
Terpancar nur
Terang lagi menerangi
Segalanya indah
Ku kembali damai.

Sunday, November 22, 2015

Love Me

Assalamualaikum..Salam kedamaian🌵🌿🌹🌻

Love me
Rosnah Ahmad

Mom, Dad
Crawl with me
Jump with me
Swim with me
Play with me...

Mom, Dad
Listen to my stories
Tell me stories
Talk to me
Laugh with me...

Mom, Dad
Let us go to the nature
Let us smell the flowers
Let us paint the rainbow
Let us explore...

Mom, Dad
Leave your handphones
Leave your chores
Leave your worries
Come and have fun with me
While I am still young....

Mom, Dad
I need your time
I need to feel your presence
I need you to be in the moments...

Mom, Dad
Don't just catch the moments
Be in the moments
So that I feel loved...

Mom, Dad
Pictures are beautiful
But memories are forever
Let us create a lot of  memories together
The sweet memories that strengthen our love
That keeps us at peace
While there is still time...

Mom, Dad
Love me...
And I will love you.

Thursday, November 19, 2015

Execute your purpose

It is not the car that you drive
It is what drives you
It is not the extrinsic and what you get
It is the intrinsic and what you give
It is not what you have achieved
It is what you have become
Life...
Execute your purpose
Have faith!

Rosnah Ahmad

Monday, November 16, 2015

Perbezaan Upaya Anak-anak Tanda Kebesaran Allah

Terima kasih kepada penulis ini.
PERBEZAAN Upaya Anak2 Tanda Kebesaran ALLAH 
~Bismillahirrahmanirrahim~
Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.
Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.
Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Learning process won't stop till death..

Berapa A?

Saya tidak suka bertanyakan soalan itu lagi. Mengapa?

Ya. Bagi saya soalan itu kadang-kadang menyebabkan ada anak yang berduka dan seolah-olah membandingkan dan wewujudkan persaingan antara satu sama lain.

Yang lebih penting adalah menggalakkan anak-anak memahami tujuan hidup dan berusaha memperkaiki diri dan menjadi orang yang bermanfaat.

Setiap anak adalah unik. Ujian perlu dilihat sebagai refleksi tentang kekuatan dan pencapaian diri anak secara berperingkat.

Ibu bapa dan orang dewasa dalam masyarakat harus sentiasa memberi sokongan dan motivasi berterusan dalam proses P&P dan kehidupan harian yang bermakna.

Surah At-Tin, Verse 4:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Sayangi dan dekati anak-anak kita.

Santuni fitrah anak.

Wallahu'alam
Rosnah Ahmad

PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT-Saiful Nang


Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".

SAIFUL NANG

*Foto kredit kepada beritaterkini.my

Saturday, November 14, 2015

Manfaatkan Masa Cuti Sekolah

TIP SENTUHAN PAPA BELAIAN MAMA-Manfaatkan Masa Cuti Sekolah.

Cuti sekolah hampir tiba. Banyak sekali program-program untuk anak-anak memenuhi masa cuti mula diiklankan.

Saya tidak mengatakan program-program itu tidak bagus. Cuma diingatkan bahawa ibu bapa juga perlu meningkatkan kemahiran diri untuk mendekati anak-anak.

Anak-anak memerlukan masa bersama ibu bapa dan keluarga. Mereka memerlukan masa santai dan kualiti di rumah dan meneroka minat yang  tidak dapat dilaksanakan semasa sesi persekolahan. Mereka mungkin ingin membaca buku-buku selain buku pelajaran sekolah atau ada lebih masa bersukan atau bermain.

Apa pun ibu bapa juga harus sedar peranan mereka semasa cuti sekolah. Masa untuk memberi lebih perhatian, berbual, memberi sentuhan dan belaian kepada anak-anak.

Ramai juga yang sering mengaitkan masa berkualiti hanya dengan percutian keluarga. Ini boleh menjadi penghalang kerana masalah kewangan,  masa atau cuaca yang tidak mengizinkan.

Ibu bapa harus lebih kreatif dalam menyantuni anak-anak. Manfaatkan alam dan bersekitaran rumah. Aktiviti santai seperti membaca, melukis, memasak dan bercerita sangat digemari kanak-kanak.

Hargailah anak-anak dan masa yang ada.

Sayangi dan dekatilah anak-anak kita.

Wallahua'lam.

Friday, November 13, 2015

The Enlightening

In the night of delight
You wispered softly
The words of love
So that I would sleep tight
In a blissful dream...

In the light of dawn
You called my name gently
So that I would wake up
To this moments of love
Full of hope...

In the present of today
I remembered the dream of the night
I walked into a beautiful garden
I heard your voice inviting
"Come to me,
Come to my path"

I saw myself fallen for you
I felt my heart springing with happiness
As I followed your path
Smiling away
Singing a song
A song of joy...

O my love
It is you
All along
Who keeps me alive
Who makes me happy
I need your love
Day and night
Don't ever leave me...

O my love
Love me
Love me so.

Come To Me

Like the blossom night flowers
Looking up to the sky
Gazing at the moon and the stars
In serenity
In delight
Love is in the night
Love is inviting
Come to me
Come to me...

~Rosnah Ahmad~

Sambal Ikan Terengganu

Saya kongsikan resepi sambal ikan ala Terengganu.

Bahan:

1 kg ikan selayang
I biji kelapa parut
6 ulas bawang merah
I inci halia
3 batang serai
Garam secukup rasa
I sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus

Cara:

1.Rebus ikan. Ambil isi dan tumbuk
2.Mayang bawang merah atau tumbuk
3. Hiris serai dan tumbuk
4. Ketuk halia
5. Campur semua bahan, lada hitam dan garam secukup rasa. Boleh tambah gula jika suka. Goreng dengan api perlahan hingga kering.

Sedap dimakan dengan nasi dan ulam atau nasi kerabu. Juga dengan nasi impit.

Selamat mencuba.

Wednesday, November 11, 2015

Paint Your Masterpiece

Alone

Alone
Rosnah Ahmad

Here
I am alone
No need for company
Absolutely alone...

Here
I be still
In silence
In my own sanctuary
Feeling the sense of belonging...

Here
Solitary
The world is freely mine
To be unmasked
To give it no choice
But rolling ecstacy at my feet...

Here
For a long time
Quietly by myself
Gives me great ideas
The real self-motivation
That comes from within
Allowing my true self to emerge
Allowing my dream life to come true...

Here
I am alone
I am at peace...

Sunday, November 8, 2015

Luhur budi

Bayu

Bayu itu
Gemersiknya ibarat perindu
Melagu merdu
Dalam dengar yang asyik...

Hembusan bayu itu
Menyapa mendayu
Membuai rasa
Mengulit jiwa
Tersirat hakikat...

Suara bayu itu
Segelintir yang mendengar
Tiada yang sudi mengamati
Bimbang dibayangi
Takut kehilangan
Hanya berpaut
Pada yang disayangi...

Setia

Setia
Rosnah Ahmad

Sering kali kucari
Akan dikau
Tika aku berduka...

Sering kali jua kuterlupa
Akan dikau
Tika aku bersuka...

Rapuhnya cintaku padaMu
Alpa dalam keindahan
Ralik dalam kegemerlapan
Leka dalam kegemilangan...

Kembali aku mencari
Akan dikau
Tika diuji dengan dukacita...

Aduhai Kekasih
Yang amat mencintai
Segala puji bagiMu
Yang menghilangkan segala dukacita...

Aduhai Kekasih
Dengan rahmatMu
Dengan kesantunanMu
Dengan kelunakanMu
Setiaku padaMu
Dalam suka dan duka
Dalan senyum dan tangis
Dalam senang dan susah
Dalam rindu dan dendam
Redha dan meredhai
Segalanya akan damai
Segalanya akan indah...

Saturday, November 7, 2015

Isu Semasa Pendidikan Anak-anak

Kursus Keibubapaan - Isu Semasa Pendidikan Anak-anak
**********************************
Tarikh : 8 Nov 2015

Kisah Siti Hajar & Ismail.
Siti Hajar lari2 ke kiri & ke kanan sebanyak 7 kali di tengah2 padang pasir. Walaupun hopeless,itulah usaha. Dan Allah berikan rezeki. Keluarnya air zam-zam terpancut drpd bawah kaki nabi Ismail. Terbinanya Mekah.

The point is, yakin kepada Allah dan teruskan usaha.

9 lisan negatif
>>>>>>>>>>>>

✔ Menyindir
"bersihnya bilik kamu"
Anak2 tak suka orang yang menyindir.

✔ Mengugut
Contoh "Kalau kamu tak buat homework, muallimah potong markah". Tapi markah tak potong pun. So martabat kita akan jadi rendah di mata anak2.

✔ Mengungkit
Contoh : "Menyesal mak bagi kamu makan aiskrim. Nanti mak jugak yang nak kena kemas".

✔ Membebel
Bila bebel ni, banyak sangat isi taruk dalam tu. Last2 satu apa pun dia tak faham 😂

✔ Membanding
"Kenapa kamu tak boleh jadi macam kakak kamu? Rajin, pelajaran baik.."
Potensi setiap anak itu berbeza. Islam pun tak ajar membandingkan.

Contoh kalau dia dapat 15 markah peperiksaan pertama. Ajar dia bersyukur. Ini reZeki dia pada masa sekarang. Nanti usaha lagi ye.

Exam lepas tu, usaha lagi, dapat 30. Takpe. Ajar dia bersyukur. Ajar dia yakin, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatnya.

Jangan takut2kan anak. Tapi boleh bandingkan dengan Rasulullah. Dengan ayat yang proper.

✔ Mencaci, menghina, menganjing, mencarut
Dalam Islam pun tak benarkan kita samakan manusia dengan binatang.

✔ Merendah-rendahkan

✔ Mengumpat
Mengumpat dengan adik beradik kita, duk mengumpat anak2 kita. Jangan lupa, setiap kata2 ibu ni doa. Sama la dengan guru2.

✔ Menuduh & memfitnah
Siasat betul2, sabitkan betul2, hukum dengan hukuman yang baik. Jangan menuduh.

8 lisan positif
>>>>>>>>>>>>

✔ Melembutkan lisan
+Kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail
As-Saffat 37:102
Nabi Ibrahim panggil Nabi Ismail "Wahai anak kesayanganku" masa nak bagitau Allah suruh sembelih dia.
IBU BAPA SEBAGAI CONTOH

+Surah Taha 20:42-44
Allah suruh Nabi Musa berjumpa Firaun tapi Allah pesan, cakap dengan lemah lembut. Itu Firaun. Anak kita bukan Firaun.

✔ Menasihati
Mesti positif.

✔ Mengingatkan
3 tahun (7-10tahun) x 5(5 waktu solat) x 365 (hari setahun) = 5475 kali.

Selagi mana kita tak nasihat anak kita 5475 kali, macam mana kita nak pukul kalau dia tak solat?
Kena nasihat sebelum menghukum.

0-6 tahun - layan dia macam raja
7-akil baligh - jadi guru dia
12++ - jadi kawan dia

✔ Bercerita

✔ Memberi perumpamaan

✔ Menggunakan logik

✔ Diam

✔ Doa
Senjata yang sangat kuat bagi orang Islam.

IBU BAPA SEBAGAI CONTOH
========================

Kita ni contoh terbaik untuk anak2 kita. Kalau nak anak kita baik, kita kena baik dulu.

Dulu takde hp. Jadi anak2 paling nakal pun pegi curi rambutan sebelah. Nak buat lebih2, ramai orang kampung memerhati.

Sekarang, kemungkaran tu berlaku di dalam rumah. Dengan hp masing2.

Soalan
~~~~~

1. Nagging - Mendesak
Memang kena desak, nak suruh dia berjaya. Tapi kena tukar. Jangan desak tapi MOTIVASI.
Kena tengok tahap/kemampuan & ilmu/kemahiran. Kena bertepatan.

2. Pavlov's Classical Conditioning
Kita upah anak untuk dia dapat sesuatu.

✔Positive reinforcement - bila kita tambah pleasure. Kecil2 takpe la, nak suruh solat, bg gula2. (SELALU/ BANYAK2)
+guna jadual, bintang2

✔Negative reinforcement - bila kita tarik blk pleasure. Abah bg smartphone, tp markah abg tak improve. So abah amek blk phone. (KADANG2)

✔Punishment - pain, kesakitan (JARANG2) Kena ada syarat.
+tujuan
+berpada2
+time-bound (kena ada limit
Kalau ada pelajar bising, asingkan dia dengan kawan2, berdiri depan dengan syarat TAK boleh lebih daripada 5 minit!

Be Like Flowers

Monday, November 2, 2015

Senangkan Hatimu


Jika pendapatmu diterima
Senangkanlah hatimu
Kerna jika baik maka mengalir pahala kepadamu...

Jika pendapatmu ditolak
Senangkanlah hatimu
Kerna jika tidak baik maka tidak mengalir dosa kepadamu...

Senangkanlah hatimu
Dalam apa jua keadaan
Kerana Allah mengganjarkan usahamu
Bukan keberhasilanmu...

Senangkanlah hatimu
Sucikan niatmu
Teruskan usaha murnimu
Kerna hidup adalah satu perjuangan
DIA menjadikan mati dan hidup
Untuk menguji dan menilai amalmu...

Wahai Tuhan kami
Masukkan kami ke dalam urusan agama kami
Dengan kemasukan yang benar lagi mulia
Keluarkan kami daripadanya
Dengan cara keluar yang benar lagi mulia
Kurniakan kami dari sisiMu
Hujah keterangan serta kekuasaan
Yang Menolong kami...

Wahai Tuhan kami
Yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Yang Maha Berkuasa
Ampunilah kami
Cukuplah Engkau
Sebagai penolong kami
Dan tempat kami bersandar.

Leading

Letting go
Is growing
Delegating
Is empowering
Inspiring
Is leading...

Sunday, November 1, 2015

You have greatness within you

A letter by a father

Beautiful letter written by a father to his son 👌. Must send to your children

Following is a letter to his son from a renowned Hong Kong TV broadcaster and Child Psychologist. The words are actually applicable to all of us, young or old, children or parents !  This applies to daughters too. All parents can use this in their teachings to their children.

Dear son ,

I am writing this to you because of 3 reasons

1.  Life, fortune and mishaps are unpredictable, nobody knows how long he lives. Some words are better said early.

2.  I am your father, and if I don't tell you these, no one else will.

3.  What is written is my own personal bitter experiences that perhaps could save you a lot of unnecessary heartaches.

Remember the following as you go through life

1. Do not bear grudge towards those who are not good to you. No one has the responsibility of treating you well, except your mother and I.

To those who are good to you, you have to treasure it and be thankful, and ALSO you have to be cautious, because, everyone has a motive for every move. When a person is good to you, it does not mean he really likes you. You have to be careful, don't hastily regard him as a real friend.

2.  No one is indispensable, nothing is in the world that you must possess.  Once you understand this idea, it would be easier for you to go through life when people around you don't want you anymore, or when you lose what/who you love the most.

3.   Life is short.
When you waste your life today, tomorrow you would find that life is leaving you. The earlier you treasure your life, the better you enjoy life.

4.  Love is but a transient feeling, and this feeling would fade with time and with one's mood. If your so called loved one leaves you, be patient, time will wash away your aches and sadness.  Don't over exaggerate the beauty and sweetness of love, and don't over exaggerate the sadness of falling out of love.

5.  A lot of successful people did not receive a good education, that does not mean that you can be successful by not studying hard! Whatever knowledge you gain is your weapon in life.  One can go from rags to riches, but one has to start from some rags!

6.  I do not expect you to financially support me when I am old, neither  would I financially support your whole life. My responsibility as a supporter ends when you are grown up. After that, you decide whether  you want to travel in a public transport or in your limousine, whether rich or poor.

7.   You honour your words, but don't expect others to be so. You can be good to people, but don't expect people to be good to you. If you don't understand this, you would end up with unnecessary troubles.

8.   I have bought lotteries for umpteen years, but I could never strike any prize. That shows if you want to be rich, you have to work hard! There is no free lunch!

9.   No matter how much time I have with you, let's treasure the time we have together. We do not know if we would meet again in our next life.

                 Your Dad

Read it twice...
Ask your son & daughter to read it thrice.

Worth a read... . 👍👍👍🙏

What you have become

Saturday, October 31, 2015

Kita berbeza

Perjuanganmu bersama orang besar
Perjuanganku bersama orang kecil
Perjuanganmu berhawa dingin
Perjuanganku berhawa angin
Perjuanganmu berteman supir
Perjuanganku  berteman tiada
Perjuanganmu berbuah lumayan
Perjuanganku berbuah harapan
Perjuanganmu
Perjuanganku
Duniamu
Duniaku
Berbeza...

Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com

Path

Belajar memahami

Sahabat

Sahabat yang baik itu memahami
Sahabat yang baik itu memayungi
Sahabat yang baik itu melindungi
Sahabat yang baik itu mendoakan
Sahabat yang baik itu anugerah illahi

Monday, October 26, 2015

Stand tall

Upgrade yourself
Empower the leader in you
Stand tall
Never let fear consume you
Have faith! Execute

Perjuangan

Berjalan
Bukan seperti...
Di atas permaidani merah
Di tabur bunga bungaan
Di puji-puji kebesaran...

Melangkah
Bukan diiringi...
Dengan senyuman
Dengan paluan kompang...

Berbakti
Bukan untuk...
Di kenali
Di sanjung
Di balas...

Hidup...
Satu perjuangan
Bersifat rabbani
Bersifat pembebasan
Bersifat perdamaian
Bersifat kasih sayang
Mengembalikan insan kepada fitrah...

Setiap perjuangan...
Perlukan pengorbanan
Perlukan kefahaman
Akan ada ujian
Akan ada dengki
Akan ada musuh
Itulah sunnatullah
Itulah hakikat...

Wahai para pejuang
Usah kau gentar
Bersiap siaga dan bertaqwalah pada jalan kebenaran
Bersabar dan kuatkanlah kesabaranmu
Yakinlah dengan janji tuhanmu...

Senyumlah...
Wahai para pejuang
Usah kau bersedih
Usah kau berputus asa
Sesungguhnya...
DIA bersamamu
DIA menyayangimu
DIA menjanjikan syurga buatmu
Cukuplah DIA...
Sebagai penolongmu
Dan tempat kamu bersandar.

He

He often forgets...
My birthdays
But he buys me flowers
Everytime he misses me...

He often forgets...
Our anniversaries
But he treats me
All the time...

He doesn't often
Surprise me with presents
But he fills
Washes and services my car
All the time...

He doesn't often...
Say that he is sorry
But he cleans
And works around the house...

He doesn't say much
But he listens
Attends to my needs when he can afford...

He doesn't often...
Echo the words
I love you
But I understand
His language of love
Honoring me
In his own way
For I am grateful...
Thank you Allah.

Sunday, October 25, 2015

Raikan

Anak kecil itu
Ingin sekali menari
Di pentas sekolah
Sayang sekali rupanya tiada
Tidak terpilih dia...

Anak kecil itu
Ingin sekali menyanyi
Bersama koir sekolah
Sayang sekali suaranya tiada
Tidak terpilih dia...

Anak kecil itu
Ingin sekali melihat
Lukisannya ditampal
Menghiasi dinding-dinding kelas
Sayang sekali lukisannya tidak cukup cantik
Tidak terpilih dia...

Anak kecil itu
Cuba pula menulis
Ingin sekali melihat
Tulisannya mewarnai majalah-majalah sekolah
Sayang sekali tulisannya tiada yang suka
Tidak terpilih dia...

Anak kecil itu
Akur dengan kekurangan diri
Cuba belajar sebaik mungkin
Jika itu penambat hati
Ibu ayah juga guru
Redha jua dia...

Anak kecil itu
Kini dewasa
Namun jiwanya seakan terpenjara
Seakan belum merdeka
Meneroka dia
Mencari diri yang hilang
Menemui bahagia di jiwa
Damai jua dia...

Ingat dia...
Pada pesan Rasul
Anak-anak adalah fitrah
Raikan keunikan
Suburkan minat
Santuni akhlak
Sayangi mereka seadanya...

Itulah tazkirah buat dia
Yang kini bergelar
Seorang ibu dan guru...

Blank sheet

Stepping Stones

Anak Itu Mengikutku

Saturday, October 24, 2015

Guilt feeling

Guilt feeling deter you from having fun and being in the moment which in turn kills creativity.

Friday, October 23, 2015

Selagi Ada Hayat ...

Assalamualaikum sahabat yg dirindu...

Salam keindahan dan kedamaian🌴🌿🍁🍀🌺

Selagi Ada Hayat
Rosnah Ahmad

Di suatu masa
Kau membawaku berjalan
Menaiki basikalmu
"Pegang erat" pesanmu
Sesekali kau menoleh ke belakang
Ku peluk erat pinggangmu

Di suatu masa
Banyak saja tanyaku
Berulang-ulang apa yang sama
Banyak saja pintaku
Meminta apa mahuku
Banyak saja ragamku
Menagih perhatian
Mendamba kasih...

Di masa kini
Ku membawa kau berjalan
Menaiki keretaku
"Hati-hati melangkah" pesanku
Sesekali ku menoleh ke sisi
Memastikan kau selesa...

Di masa kini
Banyak juga tanyamu
Berulang-ulang apa yang sama
Banyak juga pintamu
Meminta apa mahumu
Banyak juga ragammu
Menagih perhatian
Menduga kasih...

Lat masa yang berlalu
Pilu hatiku
Melihat kau dimamah usia
Melihat kau semakin lemah...

Demi masa yang berbaki
Selagi ada hayatmu
Juga hayatku
Ku pohon petunjuk dariNya
Agar baktiku tiada jemu
Agar sabarku tiada had
Agar kataku tiada kasar
Agar hatiku tiada keluh
Agar doaku tiada henti...

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Ampuni dosaku
Dan dosa kedua ibu bapaku
Kasihani mereka
Sebagaimana mereka  mengasihaniku
Di waktu kecilku...

#Kg Durian Sebatang

Saturday, October 17, 2015

Dari Sekolah Itu

Demi masa
Yang kian lampau
Demi kenangan
Yang kian pudar
Namun sekolah itu...
Tetap mewarnai
Tetap menerangi
Insan kecil
Yang kini sudah dewasa....

Demi masa lalu
Saban tahun bersama
Suka duka
Di sekolah itu
Meniti usia remaja
Membentuk peribadi
Membina jatidiri
Menjalin ukhwah...

Demi masa berbaki
Wahai sahabatku
Walau di mana baktimu
Ingatlah...
Tujuan hidupmu
Matlamat perjuanganmu
Asal usulmu
Pengorbanan dan doa kedua ibu bapamu
Juga harapan dan jasa gurumu
Dari sekolah itu...

Friday, October 16, 2015

Nyanyian cengkerik

Wahai sang cengkerik
Dodoikan tidurku
Lagukan nyanyian kasihmu
Buat daku yg merindu

Thursday, October 15, 2015

Express Yourself

The leader in you

Embrace change
Awaken the attributes of a leader
Empower the leader in you
Stay grounded
Life...
Serve your purpose
Have faith! Execute

Rosnah Ahmad
rentis.blogspot.com

Tuesday, October 13, 2015

Lukisan menggunakan buah naga

Lukisan menggunakan kulit buah naga..

1.Vinca menggunakan capan ibu jari
2.Cherry blossoms menggunakan berus lukisan

Sesuai untuk aktiviti kreatif bersama anak-anak TASKA dan TADIKA kerana tidak bahaya. Juga sangat mudah dan hasilnya cantik.

Selamat mencuba.

Wallahualam...