Saturday, November 8, 2014

SABAR YANG CANTIK

Alhamdulillah dapat bersama pengusaha dan penyelia TASKA/TADIKA menghadiri bengkel pengurusan dan pemantauan bersama Jabatan Tenaga Kerja Pahang.Nanyak isu berkaitan terutama pemakaian gaji minima dibincangkan....

Untukmu wahai Pendidik Permata Negara..terimalah ..

Sabar Yang Cantik
Rosnah Ahmad

Wahai pendidik Permata Negara
Murni sungguh niatmu
Besar sungguh pengorbananmu
Banyak sungguh jasanya
Kaulah pengganti tangan yang menghayun buaian
Mengasuh dan mendidik
Menyayangi dan mengasihi
Si kecil modal insan negara...

Wahai Pendidik Permata Negara,
Walau berliku jalan dirintis
Walau onak yang dipijak
Walau ranjau yang ditempuh
Walau hak diri belum dipenuhi
Teruslah melangkah dengan yakin
Dengan niat dan hala tuju yang jelas
Dengan kesabaran yang sebaik-baiknya
Sabar yang cantik...

Wahai Pendidik Permata Negara,
Teruslah berjuang
Dengan harta dan dirimu
Demi Permata Negara
Hanya keranaNya
Usah kau berundur
Usah kau gentar
Bersatulah dalam barisan yang lurus
Ibarat bangunan yang kukuh
Tangan yang menghayun buaian
Bisa saja menggoncang dunia...

Wahai Pendidik Permata Negara,
Kaulah penolong Tuhanmu
Pembela agamaNya
Usah bersedih
Sesungguhnya DIA sentiasa bersamamu...

Wahai Pendidik Permata Negara,
Mohonlah pertolongan Allah
Dengan jalan sabar
Dengan mengerjakan solat
Dengan kusyuk
Yakinlah dengan pertolonganNya
Yakinlah bahawasanya setiap jiwa akan betemu dengan TuhanNya
Kembali padaNya
Doaku untukmu
Moga kau tergolong orang-orang yang beruntung
Orang-orang yang mendapat kemenangan di sisiNya...

Wahai Pendidik Permata Negara,
Hidup ini satu perjuangan
Bersabarlah...
Dengan kesabaran yang cantik
Allah pasti menolongmu
Dengan apa yang kau sukai
Iaitu pertolongan dan kemenangan yang cepat
Percayalah
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Segala sesuatu...

No comments: