Sunday, November 30, 2014

RPA- Apa yang tenggelam, apa yang timbul

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) di TASKA


Bidang: Deria dan Perkembangan Dunia Persekitaran (DPDP)
Umur Kanak-Kanak: 4 tahun          Bilangan Kanak-Kanak: 3 orang
Tema: Alam
Tajuk: Apa yang tenggelam, apa yang timbul
Pengetahuan Sedia Ada/ Kebolehan:
Kanak-kanak sudah mengetahui pelbagai jenis benda yang ada di muka bumi dan boleh membuat ramalan.

Objektif:
1. Kanak-kanak boleh membuat rumusan daripada pemerhatian, apa tenggelam, apa yang timbul. (DPDP)
2. Kanak-kanak boleh membuat ramalan benda yang tenggelam atau timbul. (DPDP))
3. Kanak-kanak boleh bersoal jawab berkaitan benda yang tenggelam dan timbul. (BKLA)

Bahan:
1. Bekas lutsinar berisi air      6. Pensil (4)
2. Daun (4)                              7. Pen (4)
3. Duit syiling (4)                   8. Buah oren
4. Kertas kecil (4)                   9. Tuala tangan (4)
5. Pemadam (4)                       10.Kain buruk

Ruang: Ruang hadapan taska

Langkah: (Nota: pedagogi yang digunakan adalah pembelajaran 3E-ujikaji)
1. Ucapkan salam kepada kanak-kanak. Bermesra dengan kanak-kanak dengan bertanya khabar.
2. Kemudian berbual dengan kanak-kanak tentang pelbagai benda dalam dunia persekitaran.
*saya gunakan pengetahuan sedia ada terus dalam bermesra
3. Mengajak kanak-kanak ke ruang hadapan untuk membuat ujikaji "apa yang tenggelam apa yang timbul"
4. Galakkan kanak-kanak membuat RAMALAN (hipotesis) samada daun tenggelam atau timbul
" Adik-adik cuba teka daun tenggelam atau timbul bila di masukkan dalam bekas berisi air ini"
5. Galakkan kanak-kanak MEMBUAT EKSPERIMEN. Kemudian galakkan kanak-kanak membuat PEMERHATIAN semasa menjatuhkan daun dalam air.
"Cuba adik lihat...."
6. Galakkan kanak-kanak membuat ANALISA daripada pemerhatian " Adik-adik, daun tenggelam atau timbul"
7. Ulang langkah 4-6 untuk duit siling, kertas, pemadam, pensil dan pen.
8. Galakkan kanak-kanak bersoal jawab semasa ujikaji.
9. Beri pujian, galakan dan bimbingan atas kanak-kanak sepanjang proses membuat ramalan, pemerhatian dan analisa.
*masukkan plan kontigensi pula
10. Galakkan kanak-kanak meramal buah oren samada tenggelam atau timbul. Ulang langkah 3-7.
11. Bersoal jawab kanak-kanak dan galakkan kanak-kanak membuat KESIMPULAN "apa yang tenggelam dan apa yang timbul" (*PENUTUP untuk penilaian pencapaian kanak-kanak)
12. Galakkan kanak-kanak mengemas peralatan dan ruang aktiviti. Berikan penghargaan dan ucap terima kasih kepada kanak-kanak atas kerjasama yang diberikan.
13. Kembalikan kanak-kanak kepada pendidik.

Perhatian.
Keselamatan
1.      Pastikan bahan selamat.
2.      Pastikan kanak-kanak tidak masukkan duit siling ke dalam mulut.
3.      Pastikan lantai di lap sekiranya air tumpah.
Kebersihan
1.      Pastikan kanak-kanak membasuh dan mengelap tangan dengan betul selepas aktiviti.
2.      Pastikan ruang aktiviti dibersihkan selepas selesai.
3.      Pastikan bahan yang dibawa bersih.
Kesihatan
1.      Pastikan kanak-kanak tidak memakan bahan ujikaji.

No comments: