Saturday, November 29, 2014

Mari Mengemas Meja Makan (RPA)

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) DI TASKA
MARI MENGEMAS MEJA MAKAN (RPA)

Bidang: Awal Metametik dan Pemikiran Logik (AMPL)
Umur Kanak-Kanak: 3 tahun
Bilangan Kanak-Kanak: 4 orang
Tema: Peralatan di dapur
Tajuk: Mari mengemas meja makan

Pengetahuan Sedia Ada/ Kebolehan: Kanak-kanak sudah boleh mengenal peralatan di dapur seperti pinggan, cawan dan sudu.

Objektif:
1. Kanak-kanak boleh mengasingkan pinggan dan cawan (AMPL)
2. Kanak-kanak boleh bekerjasama menolong mengemas meja makan (SSEK)
3. Kanak-kanak boleh berbual mengenai sikap yang baik iaitu bekerjasama, menolong dan berdikari (BKLA)

Bahan:
1. Pinggan (5)
2. Cawan(5)
3  Sudu (5)
4. Alas meja
5. Besin sederhana besar (3)
6. Tuala tangan (5)

Ruang: ruang makan

Langkah: (Nota: Pedagogi yang digunakan adalah bermain-permainan kognitif)
1. Ucapkan salam kepada kanak-kanak. Bermesra dengan kanak-kanak dengan berbual.
2. Ajak kanak-kanak ke ruang makan untuk bermain mari mengemas meja makan.
3. Galakkan kanak-kanak mengenal cawan dan pinggan dengan mengambil pinggan dan cawan. (buat kebolehan dahulu. Kalau kanak-kanak boleh ambil maknanya mereka sudah kenal)

*Sekarang galakkan objektif
4. Galakkan kanak-kanak mengasingkan pinggan dan cawan dalam besin yang berlainan.
5. Galakkan kanak-kanak bekerjasama menolong mengemas meja makan.
6. Galakkan kanak-kanak berdikari mengurus diri selepas makan.
7. Galakkan kanak2 berbual tentang sikap baik, menolong, bekerjasama dan berdikari.
*masukkan pula elemen pujian dan galakan
8. Beri pujian pada usaha kanak-kanak dan beri galakan serta bimbingan sepanjang proses bermain mari mengemas meja makan

*masukkan pelan kontigensi pula
9. Sekiranya kanak boleh mengasingkan pinggan dan cawan galakkan kanak-kanak mengasingkan pinggan, cawan dan sudu. Ulang langkah 3 hingga 7 untuk pinggan, cawan dan sudu.

*kemudian masukkan penutup- elemen penilaian aktiviti.
10. Bersoal jawab dengan kanak-kanak "selepas makan kita mesti buat apa"
11. Galakkan kanak-kanak mengemas peralatan dan ruang aktiviti. Berikan penghargaan dan ucap terima kasih kepada kanak-kanak atas kerjasama yang diberikan.
12. Kembalikan kanak-kanak kepada pendidik.

Perhatian:
Keselamatan
1. Pastikan peralatan yang selamat digunakan seperti pinggan, cawan dan sudu plastik.
Kebersihan.
2. Pastikan kanak-kanak membasuh dan mengelap tangan dengan betul sebelum dan selepas aktiviti.

Kesihatan
1.Pastikan peralatan yang digunakan bersih.

No comments: