Saturday, February 18, 2012

Hatiku terguris lagi

Assalamualikum,

Menemui pembaca semua, semoga sentiasa tenang dan berada dalam kemanisan iman…

Ya , hati saya terguris lagi. Ketika memasak nasi goreng kampung kegemaran anak-anak saya untuk sarapan tadi, air mata saya mengalir lagi. Peristiwa semalam masih menguris jiwa kewanitaan dan keibuan saya ini.

Sekali lagi saya dilabel ibu yang tidak bertanggungjawab oleh seorang wanita yang dekat dengan saya kerana dikatakan sibuk dengan kerjaya, meninggalkan anak-anak apabila bekerja ke luar kawasan dan mengabaikan anak-anak.

Saya tahu ini adalah antara cabaran yang perlu saya hadapi dalam perjuangan. Namun saya juga punya hati dan perasaan yang sekali sekala  terguris terutama jika ia datang dari orang yang dekat dengan saya yang sepatutnya menyokong bukannya melabel dan merendah-rendahkan saya.

Selama ini setiap cemuhan saya telan, cuba berbaik sangka dan memaafkan seperti kata nabi “maafkan mereka kerana mereka tidak faham”. Malah cabaran dan masalah yang dihadapi saya jadikan peluang untuk terus membaiki diri supaya lebih jaya dalam kehidupan. Cuma kali ini saya terpanggil untuk berkongsi rasa kerana saya dapat rasakan di luar sana ramai wanita yang senasib dengan saya….

Tidak semua wanita bernasib baik dapat dan mampu menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Kita individu unik yang dilahirkan daripada pelbagai latar belakang keluarga dan kita juga membina keluarga sendiri dengan keunikan kita sendiri.

Apa pun kita semua ada tanggungjawab di muka bumi Allah ini. Bagi saya kerjaya yang saya pilih adalah dakwah cara saya insan yang kerdil ini.

Selepas melalui pelbagai situasi, isteri dan ibu sepenuh masa , bekerja sepenuh masa, bekerja dari rumah, bekerja separuh masa dan berniaga, saya dapati semua situasi ada cabarannya yang tersendiri.( http://rentis.blogspot.com/2011/01/erti-bahagia-bagi-ku.html). Cabaran ada di mana-mana dan sering kali kita melakukan kesilapan.

Dalam apa keadaan sekali pun kita hanya wanita biasa yang sentiasa perlu muhasabah dan mendidik diri supaya dapat menjadi insan yang lebih baik dan seterusnya mengasuh dan mendidik anak-anak walau apa jua posisi kita dalam masyarakat.

Apa pun  sokongan daripada suami, keluarga, sahabat handai dan masyarakat sekeliling sangat diperlukan dan mampu menjadikan kita wanita luar biasa yang menyumbang kepada kelahiran generasi yang lebih gemilang.
Saya kongsikan satu kajian di Amerika Syarikat berkaitan isu ibu bekerja dan tidak bekerja bertajuk “ A national conversation about parenting, work, and family life” (http://library.adoption.com/articles/what-we-learn-when-we-ask-the-children-.html).
Walaupun kajian ini dilakukan di Amerika, ada persamaan dan kebenarannya dalam senario masyarakat Malaysia kini.
Saya petik beberapa perkara daripada kajian tersebut:-
Working mothers are neither good nor bad for children. Rather how children are parented makes the difference.

Children were asked to assess their parents on eight important parenting skills associated with children's healthy development, school readiness, and academic success. These essential parenting skills included (1) making the child feel important and loved; (2) responding to the child's cues and clues; (3) accepting the child for who he or she is, but also expecting success; (4) promoting strong values; (5) using constructive discipline; (6) providing routines and rituals; (7) being involved in the child's education; and (8) being there for the child (Galinsky, 1999, Chapter 2).

The study found no differences in children's assessments of their parents between those with mothers who were employed and those with mothers who were at home (p. 49). "What matters," says Galinsky, "is how children are being parented-what values the parents have, whether the parents follow what they preach, how parents connect to their children, and whether their children are priorities in the parents' lives" (Galinsky, 2000, p. 64).

Akhir kata  untuk  wanita-wanita yang senasib dengan saya di luar saya,
La tahzan, innallahamaana.
Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.
Wallahua’lam…
Rosnah Ahmad
Perkampungan Cenderawasih Kuantan

No comments: