Thursday, March 6, 2008

PELUANG BERSAMA IBU TUNGGAL

Salam,

Menemui pembaca semua moga sentiasa berada dalam kemanisan iman dan rahmatNya.

Masa begitu pantas berlalu dan semakin hari semakin banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini.

Dua minggu lepas saya berpeluang memberi latihan dan mendekati 30 ibu tunggal di Kota Bharu Kelantan yang menjalani Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Ianya satu pengalaman yang menginsafkan dan mengingatkan saya supaya lebih bersyukur dan lebih prihatin terhadap kaum sejenis.

Saya dimaklumkan bahawa ada 7 kategori ibu tunggal iaitu wanita yang:-

1. kematian suami
2. bercerai
3. suami dalam penjara
4. digantung tidak bertali (suami tidak pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah)
5. dalam edah
6. bersuami tetapi mengambil alih tugas suami kerana suami tidak berupaya
7. masih bujang tetapi mempunyai anak angkat

Empat hari lepas saya menghadiri Bengkel Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah iaitu bengkel untuk jurulatih yang akan melatih ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah untuk mengusahakan Taska Rumah di bawah Projek Asuhan Prihatin yang dikendalikan oelh Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM)dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Peserta yang menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) selama 5 hari dengan bayaran hanya RM10 akan diberi latihan untuk menjadi Pengusaha Taska Rumah dengan bimbingan mentor yang dilantik selama 6 bulan. Kepada yang layak boleh membuat pemohonan melalui Persatuan Pengasuh Atau Persatuan Taska Negeri di seluruh Malaysia. Saya salah seorang yang mewakili Pesatuan Pengasuh Negeri Pahang.

Kursus ini merangkumi tajuk-tajuk berikut:-

1.Perkembangan menyeluruh kanak-kanak di bawah 4 tahun
2.Merancang Persekitaran di dalam dan luar Taska Rumah
3.Merancang Jadual Aktiviti di Taska Rumah
4.Menjaga keselamatan kanak-kanak di Taska Rumah
5.Amalan asuhan yang menggalakan perkembangan menyeluruh kanak-kanak Taska di Rumah
6.Penglibatan ibu bapa d Taska Rumah
7.Kegiatan yang dirancang: cerita,nyanyian dan permainan tradisi
8.Memilih dan menyediakan barang permain daripada bahan kos rendah di Taska Rumah
9.Penyediaan makanan seimbang bagi kanak-kanak di Taska Rumah
10.Tugas-tugas Pengusaha Taska Rumah
11. Pentadbiran dan kewangan di Taska Rumah
12. Penyakit berjangkit dan pertolongan cemas
13. Perlindunagn kanak-kanak di Taska Rumah
14. Akta Taska 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan Taska Rumah-proses pendaftaran Taska Rumah.

Ia satu permulaan yang baik bagi satu perjalanan yang masih jauh bagi kami jurulatih dan mentor. Insya-Allah dengan latihan, motivasi dan kesungguhan semua jurulatih dan mentor, amanah yang berat ini mampu dilaksanakan. Moga usaha kecil ini akan melahirkan generasi yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wallahua'lam. Sekian.

5 comments:

izwanny said...

askum...tertarik dgn apa yang di kemukakan..bagaimana nk mgikuti kursus....

Rosnah Ahmad/Mak Long said...

Salam,
Maaf lambat respon. Boleh hubungi persatuan taska atau pengasuh negeri terdekat atau persatuan pengasuh berdaftar malaysia

SHIMA,MARAN said...

ASKUM KAK ROS...MASIH INGAT LAGI STAFF LAMA..SHIMA...WALAUPUN SAYA DAH BERTUKAR KERJAYA,SAYA MASIH MENGIKUTI PEKEMBANGAN INTITUSI TSKA DARI ERA..DAN SAYA MENYIMPAN IMPIAN UNTUK MEMBUKA TADIKA SENDIRI NANTI...KAK ROS SEBAGAI IDOLA SAYA...

nurul said...

askm pn ros,sy slah seorg pesrt kaak bwh progrm ikit kb kelantn. sy memg berminat utk mengemudkn sebuah taska. sy ingin mulakn dgn taska umah ttp sy masih blurr, kekuatan dr segi apa yang sy perlu ada sblm mula. skrg sy blm ada calon, peruntukan modal diperlukan brp? adakah sy perlu sediakan tempt kemudia br promosi? skrg sy d ipoh,perak.sy brsemangat utk mencurahkan ilmu yg sy pelajari sms kursus terutama cerita & nyanyian. sy jd risau status ibu tunggl buat sy jauh dr masyrkat, terutama permpn bersuami.. harap pn dpt bg sedikit tip & kt semngt.. sy akn miliki buku puan sentuhan papa belaian mama. wpun putera sy tiada papa bersama dia. thanks.. salam

Rosnah Ahmad/Mak Long said...

Salam.

Maaf kerana tidak perasan komen2 ini.Boleh telefon saya secara peribadi sekiranya perlukan bimbingan berkaitan penubahan taska insya-Allah. PM saya di facebook atau emel untuk mendapatkan no.telefon saya.

Wassalam